Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda City Hatchback 2024 Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM85.9k
Roda4

Honda City Hatchback 2024 Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM85.9k

Han OthmanBy Han Othman16/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia hari ini melancarkan Honda City Hatchback 2024 versi dipertingkat (facelift) dengan mengemas kini rekabentuk lebih dinamik dan sporty. Model baharu kali ini lebih panjang, iaitu 4,369mm (4,350mm untuk varian S,E, dan V)

Model hatchback ini sudah dibuka tempahan sejak hujung bulan lalu di semua rangkaian pengedar Honda Malaysia seluruh negara. Berikut spesifikasi model baharu ini.

VARIAN, HARGA DAN ENJIN

Ada lima varian (empat petrol, satu hibrid) ditawarkan pada harga seperti berikut:

  • S – RM85,900
  • E – RM90,900
  • V – RM95,900
  • RS – RM100,900
  • e:HEV RS (hibrid) – RM112,900

Varian petrol (foto kiri) dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan output kuasa 121ps (118hp) dan tork 145Nm, manakala varian hibrid menggunakan trenkuasa 1.5L e:HEV dengan output kuasa 109ps (106hp) dan tork 253Nm (varian e:HEV RS sahaja). Semua varian petrol kini dilengkapi pedal syif untuk lebih keseronokan memandu.

CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Semua varian mendapat ciri keselamatan standard seperti:

  • 6 beg udara SRS.
  • Walk Away Auto Lock – kereta dikunci automatik apabila pemandu jauh atau meninggalkan kereta.
  • Kamera undur multisudut resolusi tinggi (kecuali varian S).
  • Honda LaneWatch (varian V dan RS).
  • Aplikasi telefon pintar Honda CONNECT (varian RS sahaja, tetapi boleh ditambah untuk varian S,E dan V).

PAKEJ HONDA SENSING, SATU CIRI BAHARU

Semua varian kini dilengkapi pakej sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Honda SENSING sebagai ciri standard seperti berikut:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Sistem Brek Mitigasi Rempuhan (CMBS)
  • Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
  • Mitigasi Tukar Jalan (RDM)
  • Amaran Tukar Lorong (LDW)
  • Lampu Suluh Tinggi Automatik (AHB)
  • Notifikasi Kereta Depan Gerak (LCDN)
  • Susur Halaju Perlahan (LSF), untuk e:HEV RS sahaja

VARIAN e:HEV RS YANG PALING PREMIUM

Varian e:HEV RS tampil lebih profil agresif dan sporty dengan penampilan seperti berikut:

  • Gril depan sarang lebah (honeycomb) baharu dengan gril bawah (depan) dan bampar lebih agresif serta kemasan lampu kabus.
  • Bampar belakang baharu dan sil sisi untuk imej sporty.
  • Papan pemuka mendapat kemasan trim merah dan sulaman benang putih.
  • Kerusi kulit dengan sulaman benang merah.
  • Unit infotainment 8 inci dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto (termasuk varian petrol RS).
  • Kluster instrumen TFT 7 inci.
  • Rim aloi 16 inci Berlina Black (hitam).
  • Menerima ciri tambahan, iaitu LSF untuk keselesaan pemanduan.
HONDA CITY HATCHBACK RS e:HEV 2024 FACELIFT
HONDA CITY HATCHBACK RS 2024 FACELIFT
hatchback Honda Honda City Hatchback 2024 Facelift Honda Malaysia Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

26/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

25/05/2026
Chery Tiggo 9
Roda4

Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

22/05/2026
Australia menjadi antara pasaran pertama luar Jepun bakal menerima Pusat Prestasi Nismo
Auto Terkini

Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor Pusat Prestasi Nismo Buka di Australia

25/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Auto Terkini

Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

By Shazwan Hisam15/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Foto acah Honda City facelift
Auto Terkini

Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

By Syafie20/05/2026
Denza B8 2026
PHEV

Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

By Syafie22/05/2026
Ferrari HC25 2026
Roda4

Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

By Abang Hirata18/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.