Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j
Auto Terkini

Ferrari Luce: 4 Motor Elektrik, 1,050 ps, Jarak 530 km dan Kelajuan 310 km/j

Abang HirataBy Abang Hirata26/05/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

FERRARI Luce diperkenalkan di Rome sebagai model elektrik penuh pertama Ferrari, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam evolusi teknologi Maranello.

Pelancaran diadakan di Vela di Calatrava, Città dello Sport, sebuah lokasi simbolik yang dipilih untuk mengaitkan masa depan Ferrari dengan sejarah awal kejayaan mereka di Rome pada tahun 1947 menerusi Ferrari 125 S.

Ferrari Luce dibangunkan sebagai kemuncak strategi pelbagai tenaga Ferrari, di mana elektrifikasi digunakan sebagai satu cabang teknologi tanpa menggantikan enjin pembakaran dalaman sepenuhnya.

Model ini juga membuka segmen baharu yang lebih praktikal dalam barisan Ferrari.

Rekaan Luar dan Kerjasama dengan LoveFrom

Untuk projek ini, Ferrari mengambil pendekatan berbeza dengan melibatkan LoveFrom yang diketuai Sir Jony Ive dan Marc Newson. Pendekatan ini membolehkan perspektif reka bentuk luar industri automotif dibawa masuk, sebelum diselaraskan semula dengan Studio Rekabentuk Ferrari.

Pendekatan ini bukan sekadar perubahan gaya, tetapi satu proses reka bentuk terbuka yang memberi kebebasan awal kepada LoveFrom sebelum disemak semula agar kekal selari dengan DNA Ferrari.

Luaran dengan Bahasa Aerodinamik Baharu

Bahagian luar Ferrari Luce direka sepenuhnya berdasarkan seni bina elektrik baharu yang membolehkan konfigurasi ruang lebih fleksibel tanpa kompromi terhadap prestasi aerodinamik.

Hasilnya ialah sebuah Ferrari yang bukan sahaja lebih praktikal, tetapi juga memperkenalkan bahasa rekaan baharu yang lebih kemas dan teknikal.

Ringkasnya, Luce bukan seperti kebiasaan Ferrari era moden tetapi membawakan perspektif baharu untuk kereta dari Itali ini. Tidak kurang juga, Luce membawa elemen retro.

  • Model Ferrari kedua dengan empat pintu dan pertama dengan lima tempat duduk
  • Glass house direka sebagai struktur tertutup yang bersambung hingga ke bahagian bawah badan
  • Sayap aerodinamik depan dan belakang direka seolah terapung
  • Permukaan badan direka tanpa gangguan aliran udara
  • Lampu depan dan belakang menjadi sebahagian permukaan utama badan
  • Lampu belakang halo diinspirasikan 360 Modena dan 458 Italia
  • Rim terbesar Ferrari setakat ini:
    • 23 inci depan
    • 24 inci belakang
  • Dua rekaan rim: lima jejari tempa dan turbin aerodinamik
  • Kaca teknikal Corning® digunakan termasuk pada bahagian kabin

Ferrari turut memperkenalkan warna pelancaran yang direka untuk menyerlahkan identiti moden model ini.

  • Azzurro La Plata
  • Giallo Luce
  • Rosso Dino
  • Bianco Artico
  • Rosso Fiammante

Aerodinamik Dibangunkan Secara Intensif

Pembangunan aerodinamik Ferrari Luce mengambil masa lebih lima tahun menggunakan simulasi dan ujian fizikal yang sangat mendalam untuk memastikan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan.

  • 6,000 simulasi CFD
  • 250 jam ujian terowong angin skala
  • 80 jam ujian kenderaan sebenar

Rekaan akhir memberi tumpuan kepada pengurangan seretan secara ekstrem sambil mengekalkan kestabilan dan keselesaan.

  • Permukaan badan licin tanpa gangguan aliran
  • Radiator berbentuk profil aerodinamik seperti titisan air
  • Pengelap cermin direka khusus untuk aerodinamik
  • Sayap terapung depan dan belakang
  • Gril aktif pertama Ferrari
  • Suspensi boleh turunkan bahagian depan sehingga 10mm
  • Rim turbin mengurangkan seretan sekitar 5%
  • Pengurusan air hujan untuk kurangkan aero bunyi

Kabin Sebagai Ruang Pemanduan Generasi Baharu

Bahagian dalaman Ferrari Luce direka untuk menyeimbangkan antara minimalisme moden dan fokus pemandu. Setiap elemen direka supaya fungsi mekanikal dan digital dapat berinteraksi secara semula jadi.

  • Stereng tiga jejari daripada aluminium kitar semula
  • Paparan instrumen pemandu bergerak bersama stereng untuk kekal dalam garis pandang pemandu
  • Gabungan butang mekanikal, suis fizikal dan paparan digital OLED
  • Sistem e Manettino untuk kawalan tenaga dan karakter kuasa
  • Manettino lima mod pemanduan kekal

Sistem Torque Shift Engagement pula diperkenalkan sebagai pendekatan baharu kawalan kuasa tanpa simulasi transmisi tradisional.

  • Pedal kanan meningkatkan kuasa dan tork
  • Pedal kiri meningkatkan tahap regeneratif braking
  • Tiada simulasi gear, hanya perubahan karakter penghantaran kuasa

Sistem Paparan dan Antara Muka Digital

Ferrari Luce menggunakan pendekatan paparan berlapis untuk menghasilkan pengalaman visual yang lebih mendalam, dengan setiap skrin memainkan peranan berbeza dalam struktur kabin.

Paparan ini dibangunkan bersama Samsung Display untuk memastikan integrasi digital yang lebih kemas dan responsif.

  • Kluster instrumen 12.9 inci
  • Skrin tengah 12 inci
  • Skrin belakang 10.1 inci dan 6.3 inci

Selain itu, Ferrari memperkenalkan kunci digital baharu yang juga berfungsi sebagai elemen reka bentuk.

  • Kunci Corning Gorilla Glass dengan paparan E Ink
  • E Ink hanya menggunakan tenaga ketika perubahan warna
  • Pertama dalam industri automotif

Sistem Penyejukan dan Pengurusan haba

Sistem terma Ferrari Luce direka semula sepenuhnya kerana keperluan EV berprestasi tinggi memerlukan pengurusan tenaga yang jauh lebih rumit berbanding enjin pembakaran dalaman.

  • Tiga medium utama: bendalir penyejuk, air dan udara
  • Penyejukan air dibahagi kepada suhu rendah, sederhana dan kabin
  • Tiga gril aktif untuk keseimbangan penyejukan dan seretan
  • Sistem boleh pra-penyejukan dan pra-pemanasan dari jauh

Struktur Casis dan Integrasi Bateri

Struktur Ferrari Luce dibina sepenuhnya daripada aluminium dengan integrasi bateri sebagai elemen struktur utama, menjadikan casis lebih ringan tetapi lebih kukuh.

  • Aluminium sepenuhnya tanpa penggunaan keluli
  • Gabungan hollow casting, extrusion dan kepingan aluminium
  • Subfrem belakang dipasang secara elastik buat pertama kali
  • Bateri menjadi sebahagian struktur badan

Ferrari turut menekankan peningkatan kekuatan struktur secara ketara.

  • 25% lebih kukuh lenturan
  • 35% lebih kukuh torsional
  • Bateri menyumbang:
    • 20% kekuatan lenturan
    • 40% kekuatan torsional

Trenkuasa Empat Motor Elektrik

Ferrari Luce menggunakan konfigurasi empat motor elektrik yang dibangunkan sepenuhnya di Maranello, satu untuk setiap roda, bagi mencapai kawalan dinamik maksimum.

  • Kuasa maksimum 772kW (1,050ps)
  • Tork maksimum 990Nm pada motor
  • Tork maksimum 11,500Nm pada roda
  • Seni bina 800V

Pendekatan empat motor ini bukan sahaja meningkatkan kuasa, tetapi membolehkan kawalan torque vectoring yang lebih tepat pada setiap roda.

Gandar depan

Gandar depan direka untuk respons pantas dengan fokus kepada kestabilan dan kawalan arah.

  • 210kW (ps)
  • 280Nm motor / 3,400Nm roda
  • 30,000rpm
  • 65kg

Gandar belakang

Gandar belakang menyumbang majoriti kuasa dan tork bagi memberikan karakter pemanduan lebih agresif.

  • 620kW (ps)
  • 710Nm motor / 7,750Nm roda
  • 25,500rpm
  • 129kg

Bateri 122kWj dan Sistem 800V

Bateri Ferrari Luce dibangunkan bersama SK On dan direka sebagai struktur integral kepada casis, bukan sekadar sumber tenaga.

  • Kapasiti 122kWj
  • Senibina 800V
  • 210 sel (15 modul × 14 sel)
  • Ketumpatan tenaga 305Wh/kg
  • 740Wh/l ketumpatan volum
  • Pengecasan pantas sehingga 350kW
  • Tambah 70kWj dalam 20 minit

Sistem keselamatan dan struktur turut diperincikan dengan mekanisme perlindungan tenaga tinggi.

  • Fius utama putus dalam 3 milisaat jika arus melebihi 2,000A
  • Sistem penyejukan berlapis aluminium
  • Bateri menyumbang kepada kekakuan struktur

Dinamik Pemanduan dan Kawalan Pintar

Ferrari Luce menggunakan sistem kawalan dinamik paling kompleks dalam sejarah Ferrari, dengan setiap roda dikawal secara bebas dalam tiga dimensi pergerakan.

Sistem ini direka untuk menjadikan kereta lebih stabil, responsif dan boleh diramal dalam semua keadaan pemanduan.

  • Side Slip Control X
  • FLOW torque vectoring
  • Virtual differential (vDiff)
  • eTrac traction control
  • ABS Evo
  • FDE+
  • ASC 3.0
  • PCV 3.0

Sistem ini disokong oleh Unit Kawalan Kenderaan baharu yang menyatukan semua kawalan utama.

  • Mengurus rangkaian 800V, 48V dan 12V
  • Kemas kini kawalan 200 kali sesaat
  • Mod Range mengurangkan penggunaan sehingga 15%
  • Vehicle State Estimator mempelajari gaya pemanduan

Prestasi keseluruhan

Walaupun membawa sistem elektrik kompleks dan dengan berat (kerb) 2,260 kg, Ferrari Luce masih mengekalkan prestasi kereta super sebenar dengan bantuan pusat graviti rendah dan pengurusan tork pintar.

  • 2,260 kg
  • 47:53 agihan berat
  • 0–100km/j dalam 2.5 saat
  • 0–200km/j dalam 6.8 saat
  • Kelajuan maksimum melebihi 310km/j
  • Jarak sehingga 530km

Sistem Bunyi Berasaskan Mekanikal Sebenar

Ferrari menolak pendekatan bunyi tiruan dan memilih untuk menggunakan bunyi sebenar daripada sistem mekanikal elektrik.

  • Bunyi diambil dari getaran gandar
  • Sensor accelerometer pada gandar belakang
  • Diproses secara masa nyata
  • Kiri dan kanan menghasilkan karakter bunyi berbeza
  • Bunyi hanya diperkuat bila diperlukan

NVH dan keselesaan kabin

Ferrari Luce direka untuk menjadi Ferrari paling selesa pernah dihasilkan, tanpa mengorbankan karakter pemanduan.

  • Sistem cagak gandar dua lapis
  • Mass damper pada stereng
  • Penebat aero dioptimumkan
  • Pembatalan bunyi elektromagnet
  • Sesendal (bushing) berubah kekerasan mengikut beban

Spesifikasi Ringkas Ferrari Luce

  • Dimensi: Panjang 5,026 mm, lebar 1,999 mm, tinggi 1,544 mm, jarak roda 2,961 mm
  • Berat (kerb): 2,260 kg
  • But: 597 L
  • Tayar depan: 265/35 R23
  • Tayar belakang: 315/30 R24
  • Brek depan: 390 mm CCM
  • Brek belakang: 372 mm CCM
  • Empat motor elektrik
  • Kuasa: 772 kW (1,050 ps)
  • Tork motor: 990 Nm
  • Tork roda: 11,500 Nm
  • Bateri: 122 kWj
  • 0–100 km/j: 2.5 saat
  • 0–200 km/j: 6.8 saat
  • Kelajuan maksimum: 310 km/j
  • Jarak: 530 km
  • Pengecasan: 350 kW
Ferrari Ferrari Luce
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Vellfire Cuba Lari Ops JPJ, Lebih 20 Saman AES Tertunggak

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Volvo ‘Sekolahkan’ Pemandu Tentang Keselamatan di Litar Sepang

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Volvo Lancar ‘Kalkulator Selamat’, Nilai Emosi dan Kewangan Sebuah Kehilangan

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Caj Jalan Genting Highlands Bermula Khamis Ini, Harga Mula Caj RM3.30

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.