Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda Jepun Tayang Dua Varian CBR250RR (2023) Serba Baharu di Litar Motegi
Roda2

Honda Jepun Tayang Dua Varian CBR250RR (2023) Serba Baharu di Litar Motegi

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju27/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HONDA membuat kejutan sempena penganjuran GP Jepun 2022 di Litar Motegi, menampilkan model sportbike serba baharu CBR250RR yang sudah dilancarkan di Indonesia sejak 19 September lalu.

Portal Young Machine mendedahkan wakil Honda di Jepun ‘berkunci mulut’ mengenai CBR250RR serba baharu tetapi tidak menafikan ia akan dilancarkan di negara itu tidak lama lagi.

Malah lebih banyak maklumat didedahkan ketika pelancaran di Indonesia berbanding di Jepun. Tetapi ada juga perbezaan ciri CBR250RR di kedua-dua negara.

BACA >>> AHM Perkenal Honda CBR250RR (2022) dengan Ciri Dipertingkat untuk Indonesia

HONDA CBR250RR

  • Ada label dengan teks dalam bahasa Jepun di tangki minyak, mengesahkan motosikal itu akan dilancarkan tidak lama lagi.
  • Konsol suis pada sebelah kiri hendal ada paparan Honda Selectable Torque Control (HSTC / Sistem Kawalan Cengkaman). Ciri itu tiada ditawarkan untuk model di Indonesia.
  • Model untuk jalan raya awam berwarna putih biru iaitu warna yang tidak ditawarkan di Indonesia.
  • Tiada ciri Quick Shifter (QS) untuk model Jepun (Indonesia ada QS)
  • Lampu signal belok jenis capang (Indonesia disatukan dengan lampu posisi)

BACA >>> Perbandingan: Honda CBR250RR vs Kawasaki Ninja ZX-25R, Model Mana Terpantas 0-100kmj?

HONDA CBR250RR VERSI LUMBA

Versi lumba pula menggunakan nombor 93 Marc Marquez tetapi liveri itu mungkin tidak dijual bersama motosikal tersebut. Warnanya serba hitam. Apa yang pasti, ada beberapa komponen disertakan bersama iaitu:

  • Muffler buatan Endurance Racing
  • Sistem monoshock gred tinggi
  • Tiada peg kaki pembonceng dan kit nombor plat
  • Ada teknologi Quick Shifter
  • Pelindung hujung bar hendal dan pelana tunggal
  • Tiada lampu signal belok dan cermin sisi

Selain itu, CBR250RR yang dipertontonkan itu dikatakan ada beberapa persamaan dengan model yang dilancarkan di Indonesia. Ada juga sedikit kelainan ciri.  Berikut ialah perinciannya:

  • Perubahan desain kowl berbanding model terdahulu.
  • Malah output kuasa dilaporkan bertambah dari 40hp kepada 41hp.
  • Fork depan SFF-SP buatan Showa
  • Sistem lampu kecemasan
  • Ada teknologi klac Assist & Slipper
  • 3 mode tunggangan

BACA >>> Honda Bakal Lancar Sportbike 250cc 4-Silinder, Mahu Cabar Kawasaki ZX-25R!
BACA >>> Apakah Perbezaan Quick Shifter dan Klac Auto Kapcai Seperti Honda EX-5?
BACA >>> Sah! Modenas Bawa Masuk Kawasaki Ninja ZX-25R Tahun Depan

SUMBER: Young Machine

2022 MotoGP Japan autoterkini Honda CBR250RR (2023) Litar Motegi Jepun Marc Marquez roda2 sportbike 250cc
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.