Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD Masuk Malaysia, Temani Jazz Facelift
Auto Terkini

Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD Masuk Malaysia, Temani Jazz Facelift

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SERIUS mahu mengejar misi jualan 100,000 unit tahun ini, Honda Malaysia melancarkan pula Honda Jazz rupa baharu yang tampil dengan varian Sport Hybrid. Lebih mengujakan, kereta subkompak segmen-B itu dipadankan transmisi klac-dual i-DCD (intelligent Dual-Clutch Drive), sama seperti model domestik Jepun (JDM).

Honda Jazz baharu varian petrol dan Sport Hybrid kini boleh ditempah di 90 pengedar sah Honda seluruh negara, di mana varian hibrid dijangka diserahkan kepada pelanggan pada suku ketiga tahun ini (Julai 2017). Model ini juga bakal ditayangkan kepada umum pada acara Test & Buy Event anjuran Carlist.my MAA Drive bertempat di Pusat Konvensyen Setia City (Dewan 1 dan 2) pada 13 – 14 Mei ini.

APA MENARIK TENTANG HONDA JAZZ DI MALAYSIA?

  • Diperkenalkan pada 2003.
  • Sudah terjual 77,000 unit.
  • 60 peratus jualan Honda disumbangkan Jazz generasi ke-3 yang diperkenalkan pada 2014.
  • Jualan Januari – April 2017 menyumbang 13 peratus (4,400 unit) keseluruhan jumlah jualan Honda.
  • Honda ialah pengeluar automobil pertama Malaysia menawarkan kereta hibrid, iaitu pada 2004.
  • Honda ialah pengeluar automobil pertama Malaysia memasarkan kenderaan hibrid secara pemasangan tempatan (CKD) pada 2012.
  • Malaysia ialah negara ketiga dunia yang memasang kenderaan hibrid secara CKD selepas Jepun dan Amerika Syarikat.

HONDA JAZZ HYBRID BAHARU

  • Malaysia ialah negara kedua selepas Jepun (foto atas) yang ditawarkan teknologi klac-dual i-DCD Hybrid System.
  • Jazzy Hybrid menggunakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan transmisi 7-kelajuan i-DCD yang dipadukan motor berkuasa tinggi (HPM).
  • Jazz Hybrid mampu bergerak dalam mod kenderaan elektrik (EV).
  • Unit Kuasa Pintar (IPU) dibangunkan daripada bateri Litium-ion (Li-ion) yang ada kapasiti besar untuk memberikan prestasi lebih baik.
  • Kedudukan bateri diletakkan di bawah lantai but belakang.
  • Sistem hibrid Honda sebelum ini menggunakan teknologi Bantuan Motor Bersepadu (Integrated Motor Assist – IMA).
  • Sistem IPU baharu lebih berkuasa menyimpan tenaga yang membolehkan penggunaan tenaga elektrik lebih lama (lebih 1.5 kali ganda kapasiti tenaga), selain lebih kompak dan ringan.
  • Gabungan kedua-dua sistem (konvensional dan hibrid) membolehkan Jazz Hybrid mencapai kuasa 135hp yang menyamai kuasa enjin 1.8L.
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) turut ditala semula supaya tampil lebih sporty dan selesa dipandu.

HONDA JAZZ BAHARU

  • Dikuasakan enjin 1.5L i-VTEC dengan transmisi variabel berterusan (CVT).
  • Menampilkan perubahan seperti gril krom, rekaan bampar depan dan belakang, rim aloi dua-tona, lampu siang (DRL) LED.
  • Sistem masukan pintar dan punat penghidup enjin pula didatangkan standard bagi semua varian.
  • Opsyen kerusi semi-kulit dan kamera undur.
  • Dilengkapi ciri keselamatan Bantuan Brek (BA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Signal Henti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Daki (HSA).
  • Ada opsyen 6-beg udara dan pautan ISOFIX.
Auto Terkini Honda Honda Jazz Honda Jazz Hybird Honda Malaysia Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.