Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda Jazz Diiktiraf Kereta Kompak Paling Reliabel di UK – Tinjauan What Car?
Auto Terkini

Honda Jazz Diiktiraf Kereta Kompak Paling Reliabel di UK – Tinjauan What Car?

Abang HirataBy Abang Hirata19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Jazz memang jadi kegemaran ramai peminat kereta sejak generasi pertama lagi. Kini selepas memasuki generasi keempat, model kompak itu baru-baru ini diiktiraf majalah What Car? sebagai ‘Kereta Kecil Paling Reliabel’ berasaskan Kajian Reliabiliti 2017. Apa yang mengagumkan, pemilik Jazz mendakwa mereka tidak menghadapi sebarang masalah langsung.

Kajian tersebut diterbitkan majalah What Car? yang merupakan antara perintis majalah pengguna automotif di Britain. Keputusan kajian diperoleh daripada tinjauan ke atas 14,208 pemilik kereta tentang sebarang permasalahan dihadapi mereka sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

BACA >>> Perhatian!!! Honda Panggil Balik HR-V (2016) untuk Tukar Bar Stabiliser Depan

PELBAGAI MASALAH DITINJAU

Kategori masalah pula dipecahkan kepada 14 bahagian seperti bateri, badan kereta, brek, elektrik enjin, ekzos, lampu luaran, sistem bahan api, kotak gear/klac, kemasan dalaman, elektrik bukan enjin, stereng dan suspensi. Selain itu, kos dan tempoh pembaikan turut dijadikan penanda aras tahap kerosakan dan realibiliti.

Menurut Majalah What Car?, tiada seorang pun pemilik Jazz yang mendaftar dalam tinjauan, melaporkan tentang kerosakan kereta mereka, sekali gus melayakkan model buatan pengeluar dari Jepun itu menerima markah reliabel sempurna.

BACA >>> #PanduUji: Honda Jazz Sport Hybrid Si Kompak Kecil Tapi Berbisa

Selain Jazz, dua lagi model Honda, Civic Hatchback dan Tourer turut mencatat markah tinggi dalam kategori kereta famili dengan catatan skor reliabel 94.5 peratus.

Selain kereta baharu, kajian turut membabitkan pemilik kenderaan lama (4-10 tahun). Menariknya, Honda Civic Diesel memperoleh skor reliabel 100 peratus kerana tiada seorang pun pemilik model itu membuat laporan kerosakan. Menurut editor What Car?, Steve Huntingford, model Honda meraih skor terbaik dalam kajian kali ini kerana rata-rata pemilik jenama itu mengaku gembira dengan kereta yang mereka miliki.

Auto Terkini Honda Honda Jazz kajian Roda4 Segmen B subkompak tinjauan What Car?
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.