• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Jazz Diiktiraf Kereta Kompak Paling Reliabel di UK - Tinjauan What Car?

Honda Jazz Diiktiraf Kereta Kompak Paling Reliabel di UK - Tinjauan What Car?

October 30, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA Jazz memang jadi kegemaran ramai peminat kereta sejak generasi pertama lagi. Kini selepas memasuki generasi keempat, model kompak itu baru-baru ini diiktiraf majalah What Car? sebagai 'Kereta Kecil Paling Reliabel' berasaskan Kajian Reliabiliti 2017. Apa yang mengagumkan, pemilik Jazz mendakwa mereka tidak menghadapi sebarang masalah langsung.

Kajian tersebut diterbitkan majalah What Car? yang merupakan antara perintis majalah pengguna automotif di Britain. Keputusan kajian diperoleh daripada tinjauan ke atas 14,208 pemilik kereta tentang sebarang permasalahan dihadapi mereka sepanjang tempoh 12 bulan lalu.

BACA >>> Perhatian!!! Honda Panggil Balik HR-V (2016) untuk Tukar Bar Stabiliser Depan

PELBAGAI MASALAH DITINJAU

Kategori masalah pula dipecahkan kepada 14 bahagian seperti bateri, badan kereta, brek, elektrik enjin, ekzos, lampu luaran, sistem bahan api, kotak gear/klac, kemasan dalaman, elektrik bukan enjin, stereng dan suspensi. Selain itu, kos dan tempoh pembaikan turut dijadikan penanda aras tahap kerosakan dan realibiliti.

Menurut Majalah What Car?, tiada seorang pun pemilik Jazz yang mendaftar dalam tinjauan, melaporkan tentang kerosakan kereta mereka, sekali gus melayakkan model buatan pengeluar dari Jepun itu menerima markah reliabel sempurna.

BACA >>> #PanduUji: Honda Jazz Sport Hybrid Si Kompak Kecil Tapi Berbisa

Selain Jazz, dua lagi model Honda, Civic Hatchback dan Tourer turut mencatat markah tinggi dalam kategori kereta famili dengan catatan skor reliabel 94.5 peratus.

Selain kereta baharu, kajian turut membabitkan pemilik kenderaan lama (4-10 tahun). Menariknya, Honda Civic Diesel memperoleh skor reliabel 100 peratus kerana tiada seorang pun pemilik model itu membuat laporan kerosakan. Menurut editor What Car?, Steve Huntingford, model Honda meraih skor terbaik dalam kajian kali ini kerana rata-rata pemilik jenama itu mengaku gembira dengan kereta yang mereka miliki.

Artikel Berkaitan

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Jazz, kajian, Roda4, Segmen B, subkompak, tinjauan, What Car?

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
    #BikinKereta: Twisted Mahu Bikin Suzuki Jimny, Pecah Rekod Dua Dekad Ubah Suai Defender
  • Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
    Masalah Beg Udara, Toyota Amerika Utara Panggil Balik 96k Unit Corolla Cross
  • GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
    GWM Ora Bawa Sedan Elektrik Retro Premium ke UK, Jarak Pandu 482km!
  • Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'
    Ducati Hypermotard 950 RVE (2024) Dapat Liveri Baharu dengan Grafik 'Street Art'

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my