Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Honda HR-V Kekal SUV Subkompak Paling Popular Malaysia
Auto Terkini

Honda HR-V Kekal SUV Subkompak Paling Popular Malaysia

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEBH 14,800 unit Honda HR-V terjual antara Januari hingga November 2019, sekali gus mengekalkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu sebagai SUV subkompak paling popular di Malaysia dengan menguasai 79 peratus perkongsian pasaran dalam segmen tersebut.

Honda Malaysia ialah wakil pengeluar yang menjadi perintis kepada populariti segmen SUV kompak di Malaysia menerusi pengenalan HR-V pada 2015 dan kekal di kedudukan teratas selama empat tahun berturut-turut dengan jualan lebih 87,000 unit setakat November lalu.

Prestasi jualan positif itu meletakkan HR-V sebagai model kedua Honda paling laris yang menyumbang 19 peratus daripada keseluruhan jualan. Pembeli Lembah Klang ialah penyumbang terbesar, iaitu 49 peratus, disusuli Wilayah Selatan (18 peratus) dan Utara (17 peratus).

BACA >>> Honda HR-V Kekal Status Raja SUV Subkompak Malaysia!

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, HR-V paling baharu diperkenalkan awal tahun lalu yang juga kali pertama Honda Malaysia melancarkan varian RS.

“Kami juga memperkenalkan varian hibrid pertama kali dalam segmen SUV subkompak, manakala jualan varian petrol dan hibrid kekal positif dan diterima baik pengguna. Saya berterima kasih kepada pengguna yang terus memberi sokongan dengan memilih HR-V sebagai pilihan kenderaan harian,” katanya.

BACA >>> #PanduUji: Honda HR-V Hybrid, Si Abang Berkuasa dengan Prestasi Setanding Enjin 2.0L

Selain pengenalan varian baharu, Honda Malaysia turut memperkenalkan warna baharu Passion Red Pearl yang mendapat maklum balas baik daripada pembeli HR-V dengan rekod 29 peratus berbanding warna lain untuk model sama.

Di pasaran, HR-V didatangkan dalam empat varian: Hybrid, RS, V dan E. HR-V Sport Hybrid i-DCD dikuasakan enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan suntikan terus yang memberikan lonjakan prestasi dan kecekapan bahan api memuaskan, serta dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan Motor Kuasa Tinggi Bersepadu (Integrated High Power Motor, IHPM).

Auto Terkini Honda Honda HR-V Honda HR-V facelift Honda HR-V Hybrid Honda HR-V RS Rekod Jualan Honda SUV SUV kompak Toichi Ishiyama
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BYD Dolphin G DM-i Untuk Eropah, Jarak EV 105 km, Jarak Penuh Lebih 1,000 km!

    10/06/2026
    Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan
    Auto Terkini

    Konflik Asia Barat Lonjak Bil Subsidi Bahan Api Malaysia Kepada RM7.5 Bilion Pada April

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Indonesia Naikkan Harga Petrol Pertamax RON92 Kepada RM3.64 Seliter Mulai Hari Ini

    10/06/2026
    Auto Terkini

    Ducati Desmo450 EDS Diperkenalkan, Motosikal Enduro Pertama Ducati

    10/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.