Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda EV FUN 2026 Diuji di Eropah, Diketuai ‘Otai’ Masatsugu Tanaka
Roda2

Honda EV FUN 2026 Diuji di Eropah, Diketuai ‘Otai’ Masatsugu Tanaka

Abang HirataBy Abang Hirata06/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda EV FUN 2025

HONDA mengeluarkan rakaman ujian baharu motosikal konsep Honda EV FUN yang sedang dibangunkan dan diuji di jalan raya Eropah.

Motosikal yang kali pertama dipamerkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) di Itali pada 2024 itu ialah model naked bike middleweight yang menampilkan pek bateri tetap dan keserasian dengan pengecasan pantas CCS2 gred automotif.

Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026

Masatsugu Tanaka: Arkitek Sebalik Pembangunan

Pembangunan motosikal itu diketuai Masatsugu Tanaka, yang tampil sebagai penunggang dalam rakaman tersebut. Beliau mempunyai kerjaya panjang dan cemerlang bersama Honda dengan pengalaman lebih dua dekad dalam pembangunan motosikal.

Honda EV FUN 2025 - Masatsugu Tanaka
Honda EV FUN 2026

Memulakan kerjayanya di Honda sejurus tamat sekolah, Tanaka-san sentiasa berpegang pada cita-cita untuk mencipta motosikal nombor satu di dunia, dan portfolio model yang dihasilkan beliau menjadi bukti keupayaannya.

Antara 1998 dan 2006, Tanaka-san memperhalusi pengendalian model seperti CBR600F, CBR600RR, CBR1000RR Fireblade, dan Gold Wing sebagai Ketua Projek Ujian untuk motosikal kapasiti besar.

Honda EV FUN 2025

Sejak 2006, sebagai Timbalan Ketua Projek Besar, beliau menerajui pembangunan model popular seperti VFR800F, VFR1200F, VFR1200X CrossTourer, CRF1100L Africa Twin dan NT1100.

Dinamik kerjaya Tanaka-san terus berkembang, sejak 2022 beliau bertanggungjawab dalam pembangunan dan ujian dinamik dalam jabatan elektrifikasi.

Motosikal EV yang Seronok

Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026

Pemindahan pengetahuan dan pengalaman luas beliau, digabungkan dengan semangat pasukan jurutera muda berdedikasi untuk membangunkan motosikal elektrik menyeronokkan, memastikan konsep EV FUN memiliki keseimbangan, kestabilan dan faktor keseronokan yang sinonim dengan jenama Honda.

Menurut Tanaka-san, Honda membangunkan model FUN elektrik pertama jenama itu di bawah konsep utama Be the Wind yang menawarkan tunggangan senyap dan lancar sebagai ciri unik model EV.

Honda EV FUN 2025

Selain itu, model itu juga memberikan rasa kesatuan dengan jentera yang membolehkan penunggang berasa seperti angin.

Menurutnya, segala pengalaman selama 20 tahun dengan model motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) diaplikasikan pada motosikal EV itu untuk mencipta sebuah model yang benar-benar mengujakan.

Ujian di Eropah, di Pasaran Tidak Lama Lagi

Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026

Ujian ekstensif telah dijalankan di Eropah, di mana pelanggan utama mereka berada, bagi menilai prestasi tunggangan, pengecasan dan kegunaan harian.

Setiap aspek model diperhalusi teliti untuk memastikan pelanggan mendapat tunggangan boleh dipercayai dan membolehkan mereka fokus kepada kenikmatan semata-mata.

Tanaka-san mengakhiri kenyataan dengan memberitahu Honda EV FUN baharu akan datang tidak lama lagi, dan mereka tidak sabar untuk orang ramai merasainya.

Melihat kepada gaya, Honda EV FUN berpotensi menjadi satu lagi produk hit Honda, tetapi bergantung kepada harga dan jarak pemanduan.

Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026
Honda EV FUN 2026 - Masatsugu Tanaka
Honda EV FUN 2026- Masatsugu Tanaka
Honda EV FUN 2026 - Masatsugu Tanaka
Honda EV FUN 2025 - Masatsugu Tanaka
Honda EV FUN 2026 - Masatsugu Tanaka
Honda EV FUN 2026 - Masatsugu Tanaka
Honda EV FUN 2026 - Masatsugu Tanaka
Honda Honda EV FUN Honda EV Fun Concept Masatsugu Tanaka motosikal elektrik roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    24/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    By Abang Hirata30/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.