Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Honda CT125 Hunter Cub (2022) Guna Enjin Baharu, Harga RM14.1k!
Roda2

Honda CT125 Hunter Cub (2022) Guna Enjin Baharu, Harga RM14.1k!

Abang HirataBy Abang Hirata25/10/20226 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEMBARA menggunakan motosikal jenis kapcai boleh dilihat sebagai alternatif menyeronokkan selain motosikal jenis advencer dengan sesaran enjin besar.

Antara kelebihan kapcai seperti Honda CT125 Hunter Cub adalah mudah dikendali dan penggunaan petrol menjimatkan. Tidak dinafikan kapasiti tangki minyak kapcai tidak besar, tetapi ia boleh diatasi dengan membawa tong simpanan berasingan.

BACA >>>> Perbandingan: Honda CT125 Hunter Cub vs CT125 Concept

Di Jepun, Honda CT125 Hunter Cub yang dilancar pada 2020 baru saja menerima naik taraf terkini dengan menggunakan enjin baharu. Enjin baharu itu diberikan sedikit peningkatan kuasa bagi mematuhi piawaian emisi ekzos terkini di sana dan Honda turut memperkenalkan warna dan aksesori menarik.

Lagi perubahan diperkenalkan adalah penambahan ciri pelarasan prabeban pada suspensi belakang untuk mengubah tahap spring dalam 5-tetapan.

Berikut ciri Honda CT125 Hunter Cub (2022):

  • Enjin JA65E 123 cc OHC (model lama JA55E 124 cc) dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 9.1ps (8.9hp) @ 6,250rpm (model lama 8.8ps (8.6hp) @ 7,000rpm), dan tork 11Nm @ 4,750rpm (model lama 11Nm @ 4,500 rpm).
  • Saiz gerek 50.0mm dan lejang 63.1 mm  (model lama 52.4mm × 57.9mm).
  • Nisbah mampatan 10:0 (model lama 9:3).
  • Jarak roda 1,260mm (model lama 1,255 mm).
  • Tinggi pelana 800mm. Berat 118kg (model lama 120 kg). Kapasiti tangki petrol 5.3 liter.
  • Radius pusingan minimum 2.0 meter (model lama 1.9 meter).
  • Saiz tayar depan 80/90-17M/C 44P dan tayar belakang 80/90-17M/C 50P (model lama 80/90-17M/C 44P, belakang).
  • Sistem brek cakera dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di depan, dan brek cakera di  belakang.
  • Warna baharu Matte Armored Silver Metallic (kelabu) sebagai tambahan kepada Glowing Red (merah) dan Pearl Organic Green (hijau).

Honda turut menawarkan aksesori berikut:

  • Rak barang (carrier) depan
  • Rak barang (carrier) tengah
  • Visor angin (windshield)
  • Kotak sisi 8 liter

Honda mensasarkan jualan 14,000 unit Honda CT125 Hunter Cub (2022) dalam masa setahun di Jepun. Mode kapcai advencer dari Thailand itu dijual pada harga 440,000 yen (RM14,115)*.

Menyemak kembali artikel Mac 2020, Honda masih mengekalkan harga sama, tetapi nilai tukaran matawang pada masa itu bersamaan RM17,420.

*Nilai tukaran 21 Oktober 2022. RM1 bersamaan 0.0320 yen.

BACA >>> Honda CT125 Hunter Cub Lancar di Jepun, Harga RM17.4k
BACA >>> Honda Malaysia Buka Tempahan Civic e:HEV RS, Enjin 2.0L, Harga Masih Misteri
BACA >>> Honda HR-V, BR-V (2022) Dapat Lima Bintang dalam Ujian Asean NCAP

Honda Honda CT125 Honda CT125 Hunter Cub Honda CT125 Hunter Cub 2022 Kapcai roda2
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026

    6 Comments

    1. ZAKARIa Bin Lazat on 15/12/2022 17:17

      Bila boleh masuk malaysia

      Reply
    2. Badrul Hisham Mohd Kassim on 16/04/2023 23:57

      Ramai juga yg menanti kehadiran nya.
      Tapi tak masuk ² Malaysia.
      Hanya berita saja.

      Reply
    3. Calvyn on 23/07/2023 10:36

      Look like very suitable for food delivery people

      Reply
    4. Abu Ailis on 28/08/2023 09:36

      rakyat Malaysia tak minat motor sebegini. Kemungkinan besar takkan masuk pasaran sini.

      Reply
    5. Ismsil on 05/03/2024 21:55

      Ct125 ini ada masuk thailand, soalan saya mcm mana nak bawa masuk malaysia?
      Kena dapat AP kan…mcm mana nak apply AP tu.

      Reply
    6. Wan Tien Kwang on 23/08/2024 13:34

      Interested model ini ,,
      Bila boleh bawa masuk ke Malaysia. ?

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.