Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda City (2020) Lancar di Thailand, Kini dengan Enjin 1.0L VTEC Turbo
Roda4

Honda City (2020) Lancar di Thailand, Kini dengan Enjin 1.0L VTEC Turbo

Han OthmanBy Han Othman25/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA City (2020) generasi baharu melakukan debut global di Thailand sebentar tadi dengan menampilkan rekabentuk baharu sepenuhnya bersama trenkuasa baharu, 1.0L pengecas turbo dengan transmisi CVT.

Pelancaran City generasi kelima di Thailand itu jelas menunjukkan kepentingan model subkompak itu untuk pasaran Asean  yang kini tampil dengan rekabentuk lebih berpersonaliti dan banyak ciri dinaik taraf.

BACA >>> Honda City (2020) Lancar di Thailand Minggu Depan, Perkenal Enjin 1.0 VTEC Turbo

Di Thailand, City diposisikan sebagai model ‘kereta pertama’, disasarkan kepada golongan pembeli baharu yang kali pertama hendak memiliki kereta. Kejayaan City dikatakan akan menentukan masa depan model-model atasan Honda lain di Thailand. Tidak terkecuali juga dengan pembeli di Malaysia.

Menggantikan model aspirasi natural (NA) sebelum ini, City (2020) didatangkan dengan enjin 3-silinder 1.0L VTEC Turbo berkuasa 120hp dan tork 172Nm serta dipadankan transmisi CVT.

Menurut Honda, enjin baharu ini menawarkan tork yang lebih tinggi berbanding enjin 1.5L pada City lama, dan setanding enjin 1.8L yang ada pada Civic! Trenkuasa baharu ini juga patuh standard emisi Euro5 dengan purata penggunaan bahan api kira-kira 4.3 liter per 100km.

Rekabentuk luaran lebih maskulin dan sporty dengan rupa depan kelihatan seperti Accord menerusi kluster lampu LED besar dan lampu kabus direka semula. Lampu belakang juga diperbaharui dengan rekabentuk LED unik dan tersendiri.

Ruang dalaman City (2020) baharu kini lebih moden dengan unit infotainment yang dilengkapi ciri konektiviti Apple CarPlay. Skrin paparan juga lebih besar, cantik dan berkualiti berbanding model lama. Malah, ventilator penyaman udara juga lebih basar. Kokpit tampak lebih kompak dan bergaya menerusi stereng tiga jejari baharu rekaan sporty.

Varian paling premium ialah RS berharga 739,000 baht (RM102,080) yang dilengkapi ciri khas seperti skrin 8 inci, lampu belakang LED penuh, dan sistem Honda Connect. Selain RS, City (2020) turut menawarkan tiga varian yang lebih murah, iaitu S, V dan SV pada harga bermula 579,500 baht (RM80,040).

Ciri keselamatan yang ada pada model terdahulu dikekalkan seperti  6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABD) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Stabiliti Kenderaan (VSA), Bantuan Mula Daki (HSA) dan kamera undur. Bagaimanapun teknologi bantuan keselamatan Honda Sensing tidak ditawarkan untuk City baharu ini.

Ruang kabin City (2020) kini lebih luas dari segi panjang dan lebar, manakala profil sedan ini direndahkan untuk meningkat kestabilan pada kelajuan tinggi. Berbanding model lama, model baharu ini 113mm lebih panjang (4,533mm), dan 53mm lebih lebar (1,748mm), manakala tinggi direndahkan 10mm (1,467mm) dengan jarak roda 11mm lebih pendek (2,589mm).

Di Malaysia, City sedia ada dijual pada harga bermula RM73,496 untuk varian 1.5L S hingga RM75,615 (1.5L SE). Adakah harga sama akan dikekalkan untuk City (2020)? Mungkinkah ada kenaikan?

City (2020) dijngka diperkenalkan di Malaysia tahun depan, tetapi tiada maklumat didedahkan mengenai bilakah tarikh sebenar pelancaran sedan popular itu.

GALERI
Honda Honda City 2020 Honda Thailand Sedan sedan segmen-B sedan subkompak Thailand
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Hyundai Staria Electric dan Limousine 2026 Lancar di Korea, Dalaman Dengan Kerusi Kapten!

23/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

23/04/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Sedan 2026 Diperkenal, Badan Kekal Berkotak, Lampu Sinis

23/04/2026
Auto Terkini

Horse W30, Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid Dengan Kuasa Lebih 476 ps/600Nm!

23/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Honda CBR150R Stealth Edition 2026
Roda2

BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

By Shazwan Hisam17/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam23/04/2026
Nissan Sakura 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

By Abang Hirata13/04/2026
Roda2

Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

By Syafie14/04/2026
Helmet YOHE lancar di Malaysia
Aksesori

YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

By Syafie21/04/2026
Morbidelli F252 2026
Roda2

Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
Jetour T2 RHD
Auto Terkini

Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

By Syafie17/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.