Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Horse W30, Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid Dengan Kuasa Lebih 476 ps/600Nm!
Auto Terkini

Horse W30, Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid Dengan Kuasa Lebih 476 ps/600Nm!

Abang HirataBy Abang Hirata23/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUNIA automotif ketika ini dilihat masih lagi berbelah bahagi di antara terus memperkasakan enjin pembakaran dalaman (ICE) atau beralih sepenuhnya kepada kenderaan elektrik (EV).

Beberapa pengeluar sudah menilai semula peralihan elektrik mereka dan masa depan EV nampaknya berada di tangan pengeluar China.

Horse terus mengukuhkan jurang antara ICE dan EV dengan memperkenalkan enjin 3.0 liter V6, satu konfigurasi yang jarang kedengaran susulan lonjakan EV sebelum ini.

Bagi mereka yang risaukan isu emisi, unit ini hadir sebagai nadi hibrid yang digabungkan dengan motor elektrik bagi memastikan keseimbangan antara prestasi dan kelestarian alam sekitar.

Logo HORSE Powertrain

Pengenalan Horse W30 ini dilakukan menjelang Auto China 2026 dan merupakan enjin V6 sedia untuk pengeluaran pertama daripada syarikat tersebut.

Langkah ini menandakan peralihan kepakaran Horse daripada pembangunan enjin tiga dan empat silinder ke dalam kategori V6.

Horse W30 dibangunkan sebagai enjin paling ringan dalam pasaran dan boleh dipasang dalam konfigurasi melintang atau memanjang yang membolehkan ia dimuatkan dalam pelbagai jenis kenderaan.

Rekabentuk dan Kecekapan Teknikal

Enjin ini menggunakan reka bentuk dua baris silinder yang disusun pada sudut 90 darjah.

Susunan ini untuk merendahkan pusat graviti kenderaan sekali gus memudahkan proses pemasangan serta mengoptimumkan susun atur pemangkin.

Enjin ini mampu menghasilkan kuasa antara 350-400 kW (476-544 ps) dan tork antara 600-700Nm dengan kelajuan maksimum 8,000 rpm.

Bagi memaksimumkan kecekapan, Horse W30 dilengkapi dengan manifold ekzos bersepadu dengan pengecas turbo yang dipasang terus pada kepala silinder.

Unit ini hanya seberat 160 kg iaitu kira-kira 10 kg lebih ringan berbanding enjin V6 paling ringan yang ada di pasaran sekarang.

Horse W30 dihasilkan untuk kegunaan kenderaan hibrid ringan dan hibrid penuh dengan jangkaan model pertama yang menggunakan enjin ini akan berada di jalan raya pada tahun 2028.

Trenkuasa dan Transmisi 4LDHT

Bagi menyokong sistem hibrid, enjin ini akan dipadankan dengan transmisi hibrid empat kelajuan baharu yang dikenali sebagai Horse 4LDHT.

Transmisi ini mempunyai berat 199 kg dan direka untuk dipasang dalam konfigurasi P1 + P3.

Motor elektrik P1 yang berfungsi untuk menyokong aci engkol enjin dan mengecas bateri mampu menghasilkan kuasa antara 250-300 kW (340-408 ps).

Motor elektrik P3 pula digunakan untuk menyokong pemanduan dengan keupayaan output antara 350-450 kW (476-612 ps).

Gabungan sistem ini menunjukkan keseriusan Horse dalam menyediakan penyelesaian hibrid kelas dunia untuk semua pasaran.

Ciri-Ciri Horse W30 dan Horse 4LDHT

  • Jenis enjin: 3 liter V6 sudut 90 darjah
  • Konfigurasi: Melintang atau memanjang
  • Output enjin: 476 ps hingga 544 ps (350-400 kW)
  • Tork enjin: 600-700Nm
  • Kelajuan maksimum enjin: 8,000 rpm
  • Berat: 160 kg
  • Transmisi: HORSE 4LDHT empat kelajuan hibrid
  • Berat transmisi: 199 kg
  • Konfigurasi motor elektrik: P1 + P3
  • Output motor elektrik P1: 250-300 kW (340-408 ps)
  • Output motor elektrik P3: 350-450 kW (476-612 ps)
  • Ketersediaan pasaran: Tahun 2028
Logo HORSE Powertrain
HORSE Horse W30
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Zeekr X 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM158,800

    By Syafie23/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – The Scalpel Kembali, Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R

    By Abang Hirata24/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.