Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026
Auto Terkini

Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

Abang HirataBy Abang Hirata22/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Jualan Geely Auto

ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely Holding) mengumumkan pencapaian jualan suku pertama (Q1) 2026.

Sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, jumlah jualan terkumpul merentasi semua jenama bawah portfolio kumpulan mencecah 937,927 unit.

Daripada jumlah tersebut, jualan kenderaan elektrik tenaga baharu menyumbang 491,006 unit, membabitkan 52.4 peratus daripada keseluruhan jualan kumpulan dengan peningkatan 5.8 peratus berbanding tahun terdahulu.


Pencapaian itu mencerminkan pertumbuhan berkualiti tinggi yang stabil dalam fasa transformasi elektrifikasi dan kepintaran digital syarikat.

Selain itu, Geely Holding juga sedang mempercepat proses globalisasi sebagai asas untuk mencapai sasaran tahunan ditetapkan.

Prestasi Jenama Geely Auto, Transformasi Pintar

Geely Auto, merangkumi jenama Lynk & Co dan Zeekr, melaporkan jualan 709,358 unit bagi suku pertama 2026, meningkat kira-kira 1 peratus berbanding tahun lalu. Jualan kenderaan tenaga baharu elektrik pengeluar itu mencecah 369,059 unit, (meningkat sekitar 9 peratus).

Jenama arus perdana Geely Auto mencatatkan jualan 550,659 unit, manakala jenama premium Lynk & Co menjual 81,662 unit (meningkat 12 peratus). Jenama teknologi mobiliti elektrik mewah, Zeekr pula menunjukkan pertumbuhan paling ketara, iaitu 86 peratus dengan jualan 77,037 unit.

Zeekr 7X lancar di Malaysia

Pada Mac 2026, Geely Auto mencapai kemajuan dalam transformasi pintar melalui integrasi kabin-pemandu pintar (smart cabin-driver) yang lebih mendalam menggunakan sistem Super EVA + G-ASD 4.0.

Integrasi antara agen kecerdasan buatan (AI) super Geely, EVA dan sistem pemanduan pintar generasi seterusnya, G-ASD memperkukuh kedudukan Geely Auto sebagai peneraju automotif dalam bidang AI komprehensif.

Rekod Pengembangan Global, Pasaran Antarabangsa

Geely memulakan pelayaran kapal Ro-Ro kedua, JISU Glory ke Eropah

Kadar peluasan global Geely Auto, Lynk & Co, dan Zeekr semakin pantas pada 2026. Jualan luar China mencatatkan rekod baharu dengan 203,024 unit (melonjak 126 peratus) berbanding tempoh sama tahun lalu.

Di Eropah, Geely Auto melengkapkan pelancaran jenama di lima pasaran teras iaitu Sepanyol, Jerman, Belanda, Belgium, dan Luxembourg.

Model kenderaan elektrik (EV) terlaris dari China, Geely StarWish/EX2 (Proton e.MAS 5) juga sudah memulakan penghantaran ke pasaran Asia Tenggara.

Geely EX2 lancar di Brazil

Sementara itu, Lynk & Co dan Zeekr kini mula berkembang dari pasaran matang ke pasaran pesat membangun di Amerika Latin dan Timur Tengah.

Pencapaian Volvo Cars, Polestar

Volvo Cars mencatatkan jualan global 153,316 unit kenderaan pada suku pertama 2026. Daripada jumlah itu, EV menyumbang 72,579 unit (47.3 peratus) daripada jualan keseluruhan jenama tersebut.

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.

Bagi Polestar, jualan global mencapai 13,126 unit (meningkat 7 peratus). Jenama itu juga mempeluas rangkaian runcit global kepada 230 lokasi, iaitu peningkatan 50 peratus.

Prestasi Proton, Kenderaan Komersial Farizon

Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands
Cabaran pandu uji media Proton e.MAS 5 dari COE ke Genting HIghlands

Proton, yang juga rakan strategik Geely Holding di Malaysia menunjukkan prestasi cemerlang dengan jualan 49,140 unit, iaitu tahap tertinggi sejak 2004.

Model Proton e.Mas 5, yang dibangunkan berasaskan arkitektur GEA Geely Auto mencatatkan jualan 6,701 unit, sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai model elektrik utama di pasaran Malaysia.

Jenama kenderaan komersil tenaga baharu (NEV), Farizon pula mencatatkan jualan kenderaan komersial EV lebih 28,000 unit (meningkat 62 peratus) seluruh dunia. Farizon kini mula memperkukuh kehadiran di Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Amerika.

Trak berat hibrid metanol Farizon juga mula memasuki pasaran Amerika Tengah dan Amerika Selatan bagi memenuhi permintaan kenderaan bahan api hijau alternatif.

Strategi 2030, Acara Auto China 2026

Logo Auto China 2026

Sempena ulang tahun ke-40 penubuhan kumpulan, Geely Holding membentangkan pelan strategik 2030 –  ‘Satu Geely, Memimpin Melalui Inovasi dan Integrasi‘ (One Geely, Leading through Innovation and Integration).

Pelan itu menumpukan kepada sistem keupayaan strategik membabitkan jenama, teknologi, kenderaan, ekosistem, bakat, dan kelestarian untuk membina daya saing perkakasan serta perisian.

Pada April 2026, Geely Holding akan tampil di Pameran Auto Antarabangsa Beijing (Auto China) 2026 dengan tema ‘Global Geely, Intelligent Geely‘ (Geely Global, Geely Pintar).

Maklumat Jualan, Data Geely Holding Q1 2026

Geely Group logo

  • Jumlah jualan kumpulan: 937,927 unit
  • Jualan EV kumpulan: 491,006 unit (52.4 peratus bahagian jualan)
  • Peningkatan jualan elektrik: 5.8 peratus
  • Jualan Geely Auto: 550,659 unit
  • Jualan Lynk & Co: 81,662 unit (naik 12 peratus)
  • Jualan Zeekr: 77,037 unit (naik 86 peratus)
  • Jualan luar China: 203,024 unit (naik 126 peratus)
  • Jualan Volvo Cars: 153,316 unit (72,579 unit elektrik)
  • Jualan Polestar: 13,126 unit (naik 7 peratus)
  • Cawangan runcit Polestar: 230 lokasi (naik 50 peratus)
  • Jualan Proton: 49,140 unit (tertinggi sejak 2004)
  • Jualan Proton e.Mas 5: 6,701 unit
  • Jualan komersil Farizon: 28,000 unit (naik 62 peratus)
angka jualan Auto Terkini Geely Geely Auto Geely Holding Jualan Q1 2026 Geely Holding Jualan Suku Pertama (Q1) Geely Holding Roda4 Zhejiang Geely Holding Group
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk EV Baharu!

    09/05/2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali Lebih Besar dengan Lapan Jenama, Lancar Portfolio Kereta Sewa Budget!

    08/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie08/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.