Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Honda Accord (2018) Versi AS Dedah Harga Bermula AS$23,570 (RM99,783) 
Roda4

Honda Accord (2018) Versi AS Dedah Harga Bermula AS$23,570 (RM99,783) 

Han OthmanBy Han Othman19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI AMERIKA SYARIKAT (AS), Honda Accord sentiasa konsisten dalam ranking teratas dalam barisan model baharu yang mencatatkan jualan tertinggi, dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam saingan segmen-D. Justeru pengenalan Accord serba baharu semestinya sangat ditunggu-tunggu peminat Honda di negara Uncle Sam itu, apatah lagi golongan elit, eksekutif dan tauke seluruh Malaysia.

Terkini, Honda menyiarkan maklumat harga Accord serba baharu untuk pasaran Amerika Utara, berserta foto-foto baharu.

Enjin 4-Silinder, 1.5L Pengecas Turbo dan Transmisi Variabel Berterusan (CVT)
  • LX – AS$23,570 (RM99,783) + AS$875 (RM3,704) untuk caj penghantaran
  • SPORT – AS$25,780 (RM109,139) – opsyen CVT dan manual 6-kelajuan
  • EX – AS$27,470 (RM116,294)
  • EX-L – AS$29,970 (RM126,878), atau AS$30,970 (RM131,111) + navigasi
  • TOURING – AS$33,800 (RM143,092)
Enjin 2.0L, Transmisi Automatik 10-Kelajuan
  • SPORT – AS$30,310 (RM128,317)
  • EX-L – AS$31,970 (RM135,345) + tambahan kos untuk navigasi
  • TOURING – AS$35,900 (RM151,982).

Namun, harga Accord versi hibrid belum dimaklumkan. Honda juga tidak mendedahkan rating tahap penggunaan bahan api untuk varian hibrid dan 2.0L.

Bagaimanapun rating EPA bagi model 1.5L CVT mencatatkan kadar 30 batu per gelen (mpg) atau 12.75km per liter (kpl) dalam bandar dan 38mpg (16.15kpl) atas lebuh raya, serta 33mpg (14.02kpl) untuk kedua-dua penggunaan bandar-lebuh raya.

Model Sport dan Touring pula mencatatkan kadar EPA lebih tinggi seperti berikut:

  • 29/35/31mpg (12.32/14.88/13.17kpl) – Sport CVT
  • 26/35/31mpg (11.05/14.88/13.17kpl) – Sport 6MT
  • 29/35/31mpg (12.32/14.88/13.17kpl) – Touring CVT

Angka dicatatkan itu menunjukkan penambahbaikan konsisten dari segi penjimatan bahan api berbanding model terdahulu yang berada pada kadar 27/36/30mpg bagi model 2.4L dengan CVT dan 18/28/21mpg untuk manual V6.

Walaupun menampilkan banyak kemas kini dan penambahbaikan, Honda cuma menaikkan sedikit harga berbanding model 2017 yang bermula AS$22,455 (RM95,063) untuk LX dan AS$34,930 (RM147,876) untuk Touring 6-silinder.

Model mana satukah yang bakal dibawa masuk Honda Malaysia? Kami menjangka model standard dan hibrid sudah berada dalam senarai utama. Pasti agak mengejutkan jika tiba-tiba model Sport turut dibawah masuk. Apapun, kata putus berada dalam tangan Honda Malaysia. Tungguuuu…

GALERI

HONDA ACCORD HYBRID TOURING
HONDA ACCORD SPORT
HONDA ACCORD TOURING
HONDA ACCORD 2.0T TOURING

SUMBER: Car Scoops

Honda Honda Accord Honda Accord (2018) Honda Accord versi Amerika mid-size Roda4 sedan saiz pertengahan Segmen D
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.