Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»HLYM Taja Pasukan Ragbi Kebangsaan, Bungaraya 7s Terima RM200k ke Sukan SEA
Auto Terkini

HLYM Taja Pasukan Ragbi Kebangsaan, Bungaraya 7s Terima RM200k ke Sukan SEA

SyafieBy Syafie09/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HLYM taja pasukan ragbi kebangsaan ke Sukan SEA ke-33 di Thailand
HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sekali lagi menunjukkan komitmen terhadap pembangunan sukan negara apabila tampil sebagai Penaja Perak kepada pasukan ragbi kebangsaan lelaki dan wanita, dikenali Bungaraya 7s, yang kini giat membuat persiapan ke Sukan SEA ke-33 di Thailand, hujung tahun ini.

Sebagai penaja rasmi, HLYM menyumbang RM200,000 bagi menyokong aspek latihan, pemakanan, pembangunan dan elaun pemain dalam usaha negara memburu pingat di temasya sukan serantau itu.

Majlis Penyerahan Rasmi di Genblu Cafe

Presiden Malaysia Rugby, Amir Amri (kiri) dan Pengarah Urusan HLYM, Profesor Datuk Dr Jim Khor Mun Wei
Presiden Malaysia Rugby, Amir Amri (kiri) dan Pengarah Urusan HLYM, Profesor Datuk Dr Jim Khor Mun Wei

Majlis penyerahan cek penajaan berlangsung di Genblu Cafe, HLYM dengan kehadiran pemain Bungaraya 7s lelaki dan wanita, barisan kepimpinan Malaysia Rugby yang diketuai Presiden, Amir Amri Haji Mohamad, serta Pengarah Urusan HLYM, Profesor Datuk Dr Jim Khor Mun Wei bersama barisan pengurusan kanan dan wakil media.

Pasukan Bungaraya 7s Bukan Calang-Calang

Sebagai rekod, pasukan ragbi negara pernah meraih:

  • Pingat Perak dan Gangsa: Sukan SEA 2019
  • Naib Juara: Kejohanan Asia Tenggara 7s 2025 di Singapura

Kebanyakan pemain Bungaraya 7s terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang menunjukkan disiplin tinggi, semangat kesukanan dan daya juang luar biasa, walaupun berdepan pelbagai kekangan logistik dan kewangan.

Kami menghargai sumbangan HLYM yang sangat bermakna menjelang Sukan SEA. Ia bukan saja membantu dari aspek latihan, tetapi juga menyuntik semangat seluruh pasukan.”

– Amir Amri, Presiden Malaysia Rugby

Yamaha dan Semangat Juang Atlet

Pengarah Urusan HLYM, Profesor Datuk Dr Jim Khor Mun Wei (kiri) dan Presiden Malaysia Rugby, Amir Amri

Menurut Dr Jim, semangat ditonjolkan pasukan ragbi kebangsaan sangat bertepatan nilai utama jenama Yamaha seperti kerjasama pasukan, ketabahan dan daya juang tinggi.

Kami berharap sumbangan ini mampu memenuhi keperluan latihan, pemakanan dan kesejahteraan atlet, sekaligus meningkatkan prestasi mereka di pentas antarabangsa,” katanya.

Menu Khas ‘BLUngaraya 7’s Chicken’ di Genblu Cafe

Menu khas 'BLUngaraya 7's Chicken'
Logo Yamaha Genblu

Sebagai simbolik kerjasama, Genblu Cafe memperkenalkan menu khas bertemakan sukan, dinamakan ‘BLUngaraya 7’s Chicken‘ yang diilhamkan daripada semangat perpaduan dan kekuatan fizikal pasukan Bungaraya 7s.

Menariknya, hidangan itu diolah dengan tujuh ramuan terpilih yang mewakili unsur nutrisi seimbang dan tenaga optimum bagi menyokong prestasi atlet, sekali gus menggambarkan usaha kreatif menyokong pemakanan sukan dalam gaya santai.

Ayuh Malaysia, Sokong Bungaraya 7s ke Thailand!

Dengan sokongan korporat seperti HLYM, ditambah semangat juang anak muda negara, pasukan Bungaraya 7s kini berada di landasan terbaik untuk membawa pulang pingat buat Malaysia.

HLYM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Bungaraya 7s dan mengangkat nama Malaysia ke puncak kejayaan sukan ragbi Asia Tenggara!

Auto Terkini BLUngaraya 7's Chicken Bungaraya 7s Genblu Cafe Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Pasukan Ragbi Kebangsaan Sukan SEA 2025 Sukan SEA ke-33
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Chery x Robert Lewandowski Raikan Demam Bola Sepak, Tempah Kereta Dapat Jersi Edisi Terhad

    08/07/2026
    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.