Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Helmet Beg Udara – Ciri Keselamatan Baharu Kenderaan Dua Roda Masa Depan?
Autotainment

Helmet Beg Udara – Ciri Keselamatan Baharu Kenderaan Dua Roda Masa Depan?

AryonBy Aryon20/04/20193 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HELMET beg udara bukanlah perkara baru jika anda mengikuti perkembangan teknologi keselamatan kenderaan. Aksesori keselamatan itu dibangunkan pengeluar Sweden, Hövding sejak 2010 dalam bentuk kolar bergelembung yang diikat sekeliling leher, seperti kolar jaket perintang angin (windbreaker) yang menyimpan hud kepala di dalamnya.

Dalam video keterangan di bawah, Hövding mendakwa helmet beg udara buatannya lebih selamat berbanding helmet tradisional. Buktinya, produk itu dilengkapi 200 sensor sekeliling hud bagi mengesan sebarang pergerakan akibat impak, sebelum mengembungkan beg udara dalam masa 1/10 saat. Malah, video berkenaan turut menunjukkan bagaimana produk mereka diuji dan diberikan penarafan.

BACA >>> AGV Tawar Program Tukar Helmet Lama (Sebarang Jenama), Dapat Diskaun Helmet Baru!

Berdasarkan ujian perlanggaran dilakukan syarikat insurans Sweden, Folksam, helmet Hövding mempunyai kapasiti penyerapan hentakan tiga kali ganda berbanding helmet tradisional, sekali gus memberikan tahap perlindungan lebih baik terhadap risiko kecederaan serius.

Bagi helmet tradisional dalam jenis kemalangan ini, kecederaan kepala serius adalah kira-kira 90 peratus, manakala risiko kecederaan maut setinggi 30 peratus. Penggunaan helmet beg udara dalam kemalangan sama pula secara dramatik mengurangkan risiko kecederaan kepala serius kepada hanya 2 peratus, manakala risiko kecederaan maut hampir tiada.

Disenaraikan bersama maklumat berkenaan (boleh lihat carta interaktif dalam laman web) ialah testimoni oleh pakar keselamatan Folksam dan agensi wakil pengguna Sweden yang mendakwa teknologi tersebut mampu menjadi penanda aras baharu bagi keselamatan kenderaan dua roda.

Hövding ialah perkara terbesar sejak munculnya helmet sikal dan menjadi penanda mula seperti mana ketika beg udara dibangunkan untuk kereta.”
– MARIA KRAFFT, Ketua Divisyen Keselamatan Lalu Lintas & Alam Sekitar di Folksam

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Memilih Helmet yang Sesuai dengan Saiz Kepala?

autotainment beg udara sikal. teknologi keselamatan sikal Folksam helmet helmet beg udara Hövding teknologi automotif
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.