Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Harga Mazda CX-8 Diumumkan, Bermula RM179k Hingga RM217k Sahaja!
Auto Terkini

Harga Mazda CX-8 Diumumkan, Bermula RM179k Hingga RM217k Sahaja!

Abang GYLBy Abang GYL11/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

HARGA Mazda CX-8 akhirnya diumumkan selepas membuat debut pertama di Malaysia pada awal Oktober lalu. Ditawarkan dalam empat varian, Mazda CX-8 dijual pada harga bermula RM179,960 hingga RM217,922.

  • Mazda CX-8 2.5G 2WD MID PETROL – RM179,960.40
  • Mazda CX-8 2.5G 2WD MID PLUS PETROL – RM185,960.40
  • Mazda CX-8 2.5G 2WD HIGH PETROL – RM200,960.40
  • Mazda CX-8 2.5D 4WD HIGH DIESEL – RM217,722.80

2 PILIHAN ENJIN

Model yang diposisikan antara CX-5 dan CX-9 itu dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Kulim, Kedah. Ia ditawarkan dalam dua pilihan enjin: 2.2L diesel dan 2.5L petrol.

  • CX-8 petrol – 2.5L SkyActiv-G DOHC | 192hp @ 6,000rpm | tork 258Nm @ 4,000rpm
  • CX-8 diesel – 2.2L SkyActiv-D | Pacuan semua roda (AWD) | 188hp @ 4,500rpm | tork 450Nm @ 2,000rpm.

Kedua-dua varian enjin dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dengan mod pemanduan manual, manakala kapasiti tangki minyak 72 liter untuk petrol dan 74 liter untuk diesel. SUV ini turut dibekalkan teknologi kawalan pemvektoran Mazda G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) untuk pemanduan lebih stabil bagi menjamin keselesaan pemandu dan penumpang.

BACA >>> #TMS2019: MX-30 – Model EV Pertama Mazda dengan Pintu Ala RX-8

REKABENTUK KODO, SEKSI HABIS

Mazda CX-8 dibangunkan berasaskan platform dan trenkuasa sama seperti CX-5 yang menghasilkan angka kuasa dan tork. Apa yang berbeza cuma saiz, CX-8 lebih besar dan lebar berbanding CX-5.

Dari segi rekabentuk, CX-8 menampilkan sosok badan tegap dan seksi menerusi bahasa rekaan Kodo – Soul of Motion. Sekilas pandang nampak seakan CX-5, baik luaran atau dalaman. Antara ciri menarik SUV saiz pertengahan ini ialah:

  • Lampu utama, lampu kabus dan lampu siang (DRL) jenis LED
  • Sistem penghidup tanpa kunci @ keyless
  • Rim sport 19-inci
  • Sistem infotaiment Mazda Connect skrin sentuh 7-inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Brek elektronik dengan ciri pegun automatik aka Auto Hold
  • Kamera undur 360º
  • 6 beg udara, Bantuan Brek (BA), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan lain-lain.

DUA KONFIGURASI TEMPAT DUDUK

Mazda CX-8 menawarkan dua konfigurasi tempat duduk, iaitu enam (2+2+2) dan tujuh (2+3+2). Berikut konfigurasi tempat duduk untuk keempat-empat varian CX-8:

  • Mazda CX-8 Petrol Petrol 2WD Mid – 7 kerusi (2-3-2)
  • Mazda CX-8 Petrol 2.5L 2WD Mid Plus – 6 kerusi (2-2-2), kerusi kapten
  • Mazda CX-8 Petrol 2.5L 2WD High – 6 kerusi (2-2-2), kerusi kapten captain seat dengan konsol tengah
  • Mazda CX-8 Diesel 2.2L AWD – 6 kerusi (2-2-2),kerusi kapten dengan konsol tengah

Setiap varian dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 100,000km perbatuan. Ada enam warna menarik untuk dipilih, iaitu merah, kelabu, putih, biru, perak dan hitam.

BACA >>> #PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

SERVIS PERCUMA

Menariknya, setiap pembelian Mazda CX-8 akan diberikan servis percuma, terdiri daripada kos upah, alat ganti dan minyak pelincir selama lima tahun atau 100,000km perbatuan. Percuma di sini ialah anda tidak perlu bayar apa-apa mengikut apa yang tersenarai dalam buku servis berkala apabila menghantar kereta untuk diservis di pusat servis rasmi Mazda.

Tunggu apa lagi? Tempahan sudah pun dibuka. Kepada anda memang sedang mencari SUV premium dan mewah pada harga kompetitif, CX-8 mungkin boleh dimasukkan dalam senarai SUV pilihan.

bermaz Motor Harga Mazda CX-8 mazda cx-5 turbo malaysia mazda cx-8 malaysia Mazda Malaysia suv mazda cx-8
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.