Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Syahrin Bakal ke MotoGP? Kini dalam Senarai Utama Pasukan Yamaha
Auto Terkini

Hafizh Syahrin Bakal ke MotoGP? Kini dalam Senarai Utama Pasukan Yamaha

AryonBy Aryon01/02/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERITA ini mungkin akan membanggakan kita semua, pelumba tanah air, Hafizh Syahrin disebut sebagai antara calon utama yang bakal menggantikan pelumba Jerman, Jonas Folger untuk pasukan Monster Yamaha Tech 3 dalam kelas MotoGP musim ini.

Jika menjadi kenyataan, Hafizh, 23, adalah pelumba Asia Tenggara pertama yang akan berentap dalam saingan MotoGP paling premium!

BACA >>> Fakta Ringkas Tentang MotoGP yang Perlu Anda Tahu

Folger, 24, ketika ini sedang bergelut dengan masalah kesihatan dan minggu lalu mengumumkan menarik diri daripada bertanding untuk musim ini. Dalam ujian pra musim di Sepang, aksi Folger digantikan pelumba Colombia, Yonny Hernandez. Namun, Hernandez tidak akan menjadi pengganti Folger kerana dia sudah pun menandatangani kontrak dengan Pedercini Kawasaki dalam saingan World Superbike (WorldSBK).

Malah, Ketua Tech 3, Herve Poncharal menegaskan pihaknya tidak akan melanggar kontrak mana-mana pelumba untuk dijadikan pelumba ganti. Hernandez sendiri menyatakan dia hanya berlumba untuk pasukan yang berpangkalan di Perancis itu untuk seminggu saja.

HAFIZH DALAM SENARAI, TETAPI BELUM SAH

Bagaimanapun, situasi Hafizh, yang ditaja Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan SIC, tidak serumit Hernandez. Merekrut anak muda daripada pasukan Moto2 seliaan bekas pelumba GP, Johan Stigefelt itu adalah lebih mudah.

Poncharal ketika ditemu bual MCN di SIC turut mengesahkan nama Hafizh memang sudah berada dalam senarai pelumba berpotensi, tetapi rundingan masih belum disahkan.

BACA >>> Hafizh Syahrin Si Hero Malaya – Muncul Juara Moto2 Sepanyol

“Buat masa sekarang belum diputuskan kerana ada banyak keutamaan berbeza daripada beberapa rakan kongsi. Mereka ada idea berbeza bergantung sama ada mereka di pihak Atlantic atau sebaliknya. Bagi beberapa pihak Asia, ini sangat penting dan bagi pihak lain tidak begitu.

“Hafizh adalah antara nama baharu yang tiada dalam senarai hingga sekarang, tetapi kini sudah tentu sudah ada dalam senarai. Tetapi percayalah, ia masih terlalu jauh terlaksana. Saya benar-benar letih dengan situasi ini. Kami perlu jaga pengeluar motosikal dan penaja, dan sekarang kontrak yang saya jual kepada mereka (penaja) adalah dengan Johann Zarco dan Jonas Folger. Sebarang perbezaan perlu dibincangkan, dan setiap orang ada idea sendiri dengan saya berada di tengah,” jelas Poncharal.

PENGALAMAN JADI SANDARAN

Walapun baru berusia 23 tahun, Hafizh sudah berjuang selama 5 musim dalam kelas pertengahan sejak menyertai kejuaraan MotoGP 2013 dengan rekod terbaik di kedudukan ke-9 pada 2016. Tahun lalu, Hafizh berjaya meraih podium sebanyak dua kali dalam litar basah, iaitu Misano dan Motegi.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Rahsia di Sebalik Nombor Pelumba MotoGP?

Pasukan Tech 3 pula sudah menyertai kejuaraan GP (kini MotoGP) sejak 2001 yang berperanan sebagai pasukan junior kepada Movistar Yamaha MotoGP Team untuk mencari bakat-bakat baru dalam kejuaraan motosikal dunia itu. Musim lalu, pasukan Monster Tech 3 Yamaha menduduki tempat ke-6 menerusi pelumba utamanya, Zarco, manakala pelumba kedua, Folger ditempat ke-10. Kedudukan keseluruhan pasukan sepanjang musim 2017 pula di tempat ke-4.

Apakah Monster Tech 3 Yamaha akan membuka peluang kepada Hafizh?

SUMBER: MCN

Auto Terkini Hafizh Syahrin lumba motor Malaysia Monster Tech 3 Yamaha Moto2 MotoGP roda2 sukan permotoran Yamaha
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.