Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Syahrin Akhirnya Dapat Tajaan, UMW Grantt Tampung 60 Peratus Kos Lumba
Auto Terkini

Hafizh Syahrin Akhirnya Dapat Tajaan, UMW Grantt Tampung 60 Peratus Kos Lumba

AryonBy Aryon27/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA negara Hafizh Syahrin Abdullah akhirnya mendapat tajaan yang pasti membolehkan beliau mengharungi Kejuaraan Dunia Moto2 musim ini.

Tajaan itu disumbangkan syarikat korporat UMW Grantt International Sdn Bhd dan dikatakan mampu menampung sekurang-kurangnya 60 peratus daripada kos perlumbaan musim ini. Bagaimanapun, jumlah sebenar tajaan tersebut tidak didedahkan.

BACA >>> KBS Setuju Nak Taja Hafizh!

Hafizh akan memulakan saingan Moto2 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar pada 6 hingga 8 Mac ini. Menurutnya, tajaan yang diberikan sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk beraksi dengan baik demi negara.

“Saya tidak boleh janjikan kemenangan di setiap perlumbaan, tapi sudah pasti akan buat yang terbaik dan beri saingan yang lebih sengit kepada pelumba lain, dalam setiap perlumbaan nanti,” katanya dipetik Bernama.

Hafizh ditemui media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian dengan UMW Grantt International Sdn Bhd, yang diwakili Pengurus Besar Kanan Kumpulan Autoparts UMW, Anas Nasrun Mohd Osman.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdullilah,Rezeki Dari Allah SWT tak salah alamat,semoga perjalanan ku dipermudahkan oleh Nya.Amin #RezekiDariAllah • • Terima kasih @umwgranttlube Dan semua yg terlibat. #teamHS #HS55

A post shared by Hafizh Syahrin Abdullah (@hafizh_syahrin) on Feb 26, 2020 at 1:33am PST

Hafizh kini beraksi bersama pasukan Angle Nieto dalam kelas Moto2 selepas meraih pengalaman dalam kelas premier MotoGP selama dua musim dengan pasukan Yamaha Tech3 dan KTM Tech3.

Pasukan Angel Nieto sebelum ini mendakwa hanya menyedia slot berlumba untuk Hafizh yang mana beliau perlu mencari sendiri sumber tajaan membabitkan gaji, tiket penerbangan, hotel, kos latihan dan pengangkutan.

Presiden Pembuatan dan Kejuruteraan UMW Datuk Abdul Rashid Musa berkata, kolaborasi bersama Hafizh Syahrin diharapkan dapat mengangkat jenama minyak Grantt di persada dunia.

“Grantt ini produk baharu, bermula 2015. Rasional pemberian bantuan kepada Hafizh adalah kerana beliau ikon permotoran negara. Beliau juga memberikan inspirasi kepada belia untuk menceburi bidang permotoran,” katanya.

BACA >>> Hafizh Syahrin Main Basikal Pula!

Angel Nieto Angel Nieto Team Auto Terkini Hafizh Syahrin Hafizh Syahrin Abdullah Moto2 MotoGP MotoGP 2020 Roa2 roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
    Roda2

    Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Kembara Lebih Mampu Milik?

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.