• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KBS Setuju Nak Taja Hafizh!

KBS Setuju Nak Taja Hafizh!

January 11, 2020 By Aryon Leave a Comment

515
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DILEMA pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk mencari tajaan bagi saingan Kejuaraan Dunia MotoGP 2020 dalam kelas Moto2 kini mendapat perhatian Kementeran Belia dan Sukan (KBS) yang bersetuju menghulurkan bantuan kewangan kepada beliau.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman menyatakan akan mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi KBS mengenai jumlah dana yang akan disalurkan daripada Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara (KWASN) kepada pelumba itu.

BACA >>> Hafizh Syahrin ke Moto2, Sertai Pasukan Angel Nieto?

hafzh-syahrin-moto2-angel-nieto-bg
angel-nieto-team-logo

Hafizh, 25, kembali menyertai kelas Moto2 bersama pasukan Angel Nieto Team bagi musim 2020 selepas dua musim beraksi dalam kelas premier MotoGP bersama dua pasukan berbeza, Yamaha Tech3 dan KTM Tech3.

“Saya akan bantu sebaik mungkin kerana sebelum ini (fokus kita) untuk mencari penaja dalam kalangan syarikat korporat. Kita masih menunggu permohonan daripada pihak Hafizh dan kita akan terus cari jalan untuk membantu beliau,” kata Syed Saddiq, dipetik Bernama.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menyeru syarikat korporat membantu mengurangkan beban perlu ditanggung Hafizh dalam menghadapi saingan Moto2 yang akan bermula 8 Mac ini di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.

Terdahulu, konglomerat petroleum negara, Petronas mengumumkan tidak lagi menaja Hafizh untuk kelas Moto2 tahun ini, dan hanya akan menyalurkan tajaan kepada pembangunan akar umbi seperti pasukan SIC dalam kelas Moto3.

Angel Nieto Team dikatakan hanya bersetuju membantu Hafizh mendapatkan tempat dalam perlumbaan Moto2, tetapi beliau perlu mencari sendiri penaja utama bagi menampung beberapa keperluan lain termasuk gaji, tiket penerbangan, hotel dan kos latihan pengangkutan.

BACA >>> Apa Kata Orang Penting Ini Tentang Hafizh ke Angel Nieto Team?

SUMBER: Bernama

515
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angel Nieto Team, el pescao, Hafizh Syahrin, Hafizh Syahrin Abdullah, HS55, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Menteri Belia dan Sukan, Moto2, MotoGP 2020, Petronas, roda2, sukan permotoran, Syed Saddiq Abdul Rahman

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my