Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Hafizh Lega Tak Perlu Lama Kuarantin di Hotel
Auto Terkini

Hafizh Lega Tak Perlu Lama Kuarantin di Hotel

AryonBy Aryon25/04/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KELUHAN pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin akhirnya mendapat perhatian Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan cuba membantu atlet sukan permotoran itu menjalani latihan di rumahnya.

Hafizh sebelum itu meluahkan rasa tidak puas hati mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan pihak berkuasa terhadap atlet sepertinya. Dia mempertikaikan tempoh masa kuarantin di hotel selama seminggu selepas pulang dari luar negara walaupun sudah menjalani ujian calitan dan mengambil suntikan Covid-19.

Hafizh juga mengharapkan dibenarkan kuarantin di rumah supaya dapat terus berlatih kerana masa sangat penting bagi seseorang atlet dan tempoh seminggu diberikan sangat lama.

Tambahan lagi dia mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk pulang berlatih di tanah air bagi menjimatkan kos sementara menunggu pusingan Kejuaraan Dunia MotoGP seterusnya.

Hafizh dipetik HMetro berkata;

Alhamdulillah sudah ada jalan penyelesaian dari KBS dan KKM. Terima kasih kerana mendengar luahan saya.

“Terima kasih juga kerana pandang berat perkara ini. Ia bukan saja baik untuk saya tapi juga untuk atlet lain yang berdepan kekangan masa.

“Saya tahu KKM sangat ambil berat berhubung kes Covid ini. Tapi untuk atlet yang berdepan masa yang terhad pulang untuk tempoh tertentu sebelum terbang balik untuk berdepan perlumbaan seterusnya, adalah wajar mereka diberi kelonggaran untuk kuarantin di rumah,” katanya.

Hafizh akan mengharungi perlumbaan keempat pada 2 Mei ini di Litar Jerez. Alasan kenapa dia memilih untuk pulang dan tidak tinggal di Eropah adalah kerana perlu berjimat untuk meneruskan saingan musim akan datang.

Menurutnya lagi, segala perbelanjaan untuk perlumbaan musim ini perlu ditanggung sendiri seperti kos perjalanan, dan penginapan. Jika di Sepanyol, kos penginapan saja menelan belanja kira-kira €1,500 (RM7,460) sebulan, termasuk membayar upah jurulatih, dan kos sampingan lain.

Sebaliknya di Malaysia, dia sudah ada jurulatih sendiri dan boleh buat perkara sama seperti di Eropah.

“Itu sebab saya sangat mengharapkan untuk menjalani kuarantin di rumah bila balik di sini. Saya akan ikut prosedur yang ditetapkan pihak atasan,” katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Marc Marquez Berlatih Sepanjang Musim Panas Ini
BACA >>> #Videotomotif: Beginilah Cara Rossi Berlatih, Memang Tiada Beza Macam Pelumba Muda!

SUMBER: HMetro

elPescao Hafizh Syahrin Hafizh Syahrin Abdullah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Majlis Keselamatan Negara (MKN) Moto2 MotoGP MotoGP 2021 roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.