Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Guna Kereta Peronda untuk Halang Pemandu Lawan Arus, Polis Maut Dirempuh
Auto Terkini

Guna Kereta Peronda untuk Halang Pemandu Lawan Arus, Polis Maut Dirempuh

Han OthmanBy Han Othman03/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG anggota polis di Illinois, Amerika Syarikat maut ketika cuba menyelamatkan pengguna jalan raya lain dengan menghentikan sebuah kereta yang dipandu menentang arus jalan.

Kemalangan berlaku pagi Sabtu lalu (30 Mac), apabila Gerald Ellis menggunakan kereta peronda dipandunya untuk menghentikan kereta suspek yang dilihatnya memasuki laluan bertentangan di satu lebuh raya. Dia ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.

BACA >>> Keke Challenge: Dubai Tahan Penari di Media Sosial, Sepanyol Catat Kes Kemalangan

Kereta peronda dipandu Ellis.
Ellis meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan yang masih kecil.
Gerald Ellis

Menurut seorang wanita yang menyaksikan insiden tersebut, dia melihat Ellis bergegas melintang keretanya dalam dua lorong jalan untuk menghalang kereta suspek walaupun tindakan itu jelas membahayakan nyawanya sendiri. Dia kemudian dibawa ke hospital di Libertyville, tetapi gagal diselamatkan. Suspek juga maut akibat perlanggaran tersebut.

Tindakan berani Ellis itu dipuji ramai sebagai wira kerana berjaya menyelamatkan ramai nyawa yang mungkin terkorban jika dia tidak melakukan sesuatu. Malah, ketika rempuhan berlaku, kereta suspek mungkin merempuh sebuah kereta di belakang Ellis yang dipandu seorang wanita dan anak perempuannya.

“Gerald Ellis ialah wira saya. Dia korbankan nyawanya untuk selamatkan anak perempuan saya,” coret Carrie Kay dalam laman Facebook. Dia ialah saksi yang betul-betul berada di belakang kenderaan peronda Ellis ketika kemalangan berlaku.

BACA >>> #ApaNakBuat: 8 Tindakan Segera untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal

“Terima kasih atas tindakan berani kamu, anak perempuan saya dan orang lain dapat pulang ke rumah. Terima kasih, kami sangat berterima kasih,” kata Kay lagi.

Kereta peronda dipandu Ellis.
Ellis meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan yang masih kecil.
Auto Terkini Berita Antarabangsa Guna Kereta Peronda untuk Halang Pemandu Lawan Arus kemalangan polis Polis Berani Polis Illinois Maut Dirempuh Wira
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.