Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!
Autotainment

#ApaNakBuat: Lakukan 8 Perkara Ini untuk Bantu Mangsa Kemalangan Motosikal!

ZYBy ZY06/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA mereka yang berpengalaman bertahun-tahun lama menggunakan jalan raya Malaysia, kemalangan motosikal pasti bukan insiden asing. Apatah lagi buat mereka yang gemar berkonvoi setiap hujung minggu ke tempat-tempat wajib ‘kaki asah lutut’ seperti Lebuhraya Karak, Berjaya Hills atau Awana Genting Highland.

Boleh dikatakan, setiap penunggang motosikal berpengalaman pasti pernah terlibat kemalangan, sama ada terjadi kepada diri sendiri atau pada penunggang lain sekeliling mereka. Boleh jadi kawan sendiri atau orang luar. Jadi, penting bagi setiap penunggang untuk bersiap sedia menghadapi situasi mencemaskan itu.

BACA >>> IIHS Tunjuk Video Demo Ujian Perlanggaran Akibat Kemalangan Langgar Lampu Isyarat

Di bawah ini ialah beberapa perkara asas yang boleh anda buat, terutama jika menjadi saksi pertama di tempat kejadian:

1. TENANG

Cuba tenangkan mangsa, jangan sendiri pula yang panik.

Pertama sekali, jangan bertindak dalam keadaan panik dan tergesa-gesa. Kebiasaannya, mangsa kemalangan akan rasa keliru atau marah (lebih-lebih lagi apabila punca kemalangan melibatkan penunggang/pengguna jalan raya lain) kerana ketika ini adrenalin sedang menguasai diri. Hampiri dengan tenang dan cuba tenangkan mangsa. Ini sangat penting kerana melibatkan beberapa situasi susulan di bawah.

2. JANGAN GERAK DAN GANGGU

Melainkan anda pasti mangsa tiada kecederaan serius (bergantung kemalangan), seeloknya jangan gerakkan mangsa atau biarkan mangsa memaksa diri bergerak. Perhatikan anggota badan terlibat (lihat tanda calar atau koyak pada pakaian) untuk sebarang tanda kecederaan seperti patah tulang atau bengkak. Elakkan pergerakan dan sentuhan pada kawasan tersebut.

Walaupun tahap adrenalin tinggi membuatkan mangsa tidak rasa sakit dan mahu bergerak, ada kemungkinan pergerakan mereka akan membuatkan kecederaan bertambah serius.

BACA >>> #SembangDeras: Lelaki Ini Saksikan Sendiri Impak Kemalangan Akibat Main Handphone!

Jika mangsa dilihat cuma mengalami kecederaan kecil, tunggu sekejap untuk pastikan mereka benar-benar mampu bergerak sebelum anda atau saksi lain bawa mereka untuk mendapatkan rawatan. Periksa jika ada barangan penting kepunyaan mangsa yang tertinggal atas jalan seperti telefon bimbit dan dompet. Jika mampu, alihkan motosikal ke tepi jalan dan tinggalkan dengan selamat.

3. SERAH KEPADA LEBIH PAKAR

Seandainya melibatkan kemalangan lebih serius dan anda tidak berseorangan, tanya jika ada saksi lain lebih mahir dalam ilmu perubatan dan serahkan kepada mereka untuk berikan bantuan perubatan awal kepada mangsa. Ingat, tidak perlu cuba jadi hero walaupun mangsa ialah orang yang sangat dekat dengan anda (misalnya, isteri atau bakal isteri).

4. BERI ARAHAN BUAT PANGGILAN KECEMASAN

Jangan beri arahan rawak, terus suruh seseorang call ambulans.

Sekiranya tiada saksi lebih mahir dalam bidang perubatan atau bantuan kecemasan dan anda pula sedang cuba menenangkan mangsa, arahkan mana-mana saksi untuk buat panggilan kecemasan. Tunding saja jari kepada seorang individu dan suruh dia menelefon pasukan kecemasan. Cara ini lebih cepat berbanding meminta secara rawak dari kumpulan saksi untuk melakukannya yang membuatkan setiap orang tertanya-tanya siapa patut mula dulu.

BACA >>> 15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal

5. JANGAN TERBURU-BURU TANGGAL HELMET

Elok tampal pelekat macam ini di helmet. Berguna ketika kecemasan.

Jika mangsa masih mampu bernafas (lihat jika dada mereka masih berombak), seeloknya biarkan saja helmet di kepala sementera menunggu bantuan pasukan kecemasan tiba di lokasi. Kecederaan tulang belakang atau tengkuk ialah antara kecederaan serius yang biasa menimpa mangsa kemalangan motosikal. Jadi, tindakan terburu-buru menanggalkan helmet mungkin memburukkan lagi kecederaan mangsa.

6. KAWAL LALU LINTAS

Bergantung situasi, anda boleh minta saksi lain mengawal lalu lintas, dan anda pula beri perhatian kepada mangsa. Ini penting untuk mengelakkan efek rantaian yang boleh menyebabkan kemalangan lain berlaku, terutama di kawasan titik buta seperti selekoh. Minta mereka berkawal dari jarak beberapa meter sebelum lokasi kemalangan. Lebih elok, pilih kawasan mudah dilihat dan selamat untuk pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan.

7. TERUSKAN HULUR BANTUAN

Jangan tinggal mangsa keseorangan selagi pihak kecemasan belum tiba. Jika melibatkan pendarahan, cuba hentikan pendarahan dengan menekapkan sebarang kain (yang diyakini bersih) pada kawasan luka. Pendarahan serius mengambil masa dihentikan, jadi teruskan saja menekap luka mangsa hingga pasukan kecemasan tiba, tidak perlu angkat tangan untuk periksa pendarahan sudah berhenti atau tidak.

8. BERI RUANG KEPADA PASUKAN KECEMASAN

Antara masalah yang mungkin dihadapi pasukan kecemasan ialah orang ramai mula mengerumuni mangsa hingga menyebabkan pergerakan mereka terbatas. Minta orang ramai beri ruang untuk pasukan kecemasan bertugas, atau seeloknya terus beredar dari tempat kejadian jika tidak diminta pihak berkuasa untuk beri keterangan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Alamak, Ada Kemalangan! Cepat Lakukan 10 Perkara Ini!

apa nak buat apanakbuat autotainment Bantuan Kecemasan first aid kemalangan motosikal Tip Kecemasan Tip Kemalangan Jalan Raya tips keselamatan
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Aveta DY115 harga RM750,000
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kapcai RM750,000? Inilah Kisah ‘PM 2’ yang Buat Netizen Kecam

21/04/2026
Helmet | Pelekat SIRIM
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bolehkah Guna Helmet Tanpa Pelekat SIRIM?

22/04/2026
Autotainment

#Perbandingan: Harga Minyak Negara Asean Setakat April 2026, Malaysia Antara Termurah

16/04/2026
Tersalah tekan pedal minyak
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Salah Tekan Pedal Minyak – Fakta, Teknologi, dan Cara Cegah

13/04/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

By Shazwan Hisam24/04/2026
Auto Terkini

MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda4

Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

By Syafie30/04/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

By Shazwan Hisam22/04/2026
Roda2

EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

By Shazwan Hisam30/04/2026
Roda2

Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

By Shazwan Hisam23/04/2026
Keeway RKR250 2026
Roda2

Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

By Shazwan Hisam20/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.