• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal

15 Fakta dan Statistik Mengejutkan Tentang Kemalangan Motosikal

October 10, 2017 By ZY 4 Comments

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADAKAH anda pernah terlibat dalam kemalangan motosikal?

Bagi mereka yang pernah mengalami, pasti cukup terseksa. Tidak seperti pengguna kenderaan lain yang terlindung di sebalik 'sangkar', penunggang motorsikal terdedah kepada persekitaran lantas setiap kemalangan baik skala besar mahu pun kecil berisiko menyebabkan kecederaan.

Walaupun ramai yang mengaitkan kelajuan sebagai faktor utama, terdapat juga pelbagai penyebab lain. Berikut adalah sebahagian fakta dan statistik menarik mengenai kemalangan motosikal yang dapat anda jadikan pedoman.

BACA >>> #ApaNakBuat: Alamak, Ada Kemalangan! Cepat Lakukan 10 Perkara Ini!

FAKTA & STATISTIK

1. Sebanyak 98 peratus kemalangan motosikal yang direkodkan bukan berpunca daripada keadaan cuaca.

2. Sebanyak 3/4 kes kemalangan motosikal melibatkan perlanggaran dengan kenderaan penumpang lain seperti kereta, lori dan lain-lain. Hanya 1/4 kes kemalangan disahkan sebagai kemalangan kenderaan tunggal tanpa melibatkan kenderaan lain (seperti terjatuh sendiri atau terlanggar objek atas jalan).

3. Kegagalan pengguna kenderaan lain mengesan kehadiran penunggang motosikal adalah antara punca utama kemalangan motosikal. Kerapkali pelanggar mendakwa hanya sedar kehadiran motosikal dan penunggang selepas atau beberapa ketika sebelum kemalangan berlaku yang membuatkan mereka tidak sempat mengelak.

Patut ada papan tanda sebegini di persimpangan juga.

4. Bukan selekoh, tetapi persimpangan ialah lokasi yang kerap berlaku kemalangan membabitkan motosikal. Sering berlaku pemandu lain menukar lorong secara mengejut menyebabkan penunggang motosikal hilang kawalan.

BACA >>> #Videotomotif: Nahas Simpang Tiga - Contoh Kesilapan Klasik Penunggang Motosikal

5. Visibiliti atau kejelasan ialah faktor utama kemalangan motosikal yang melibatkan kenderaan lain. Penggunaan lampu utama (termasuk pada siang hari) dan pakaian warna cerah seperti kuning, oren dan merah mampu membantu mengurangkan risiko kemalangan.

6. Tidak seperti kenderaan besar lain yang mana warna kenderaan memainkan peranan dalam faktor kemalangan, tetapi faktor itu tiada kaitan dengan warna motosikal kerana kebanyakan kemalangan melibatkan impak perlanggaran bahagian depan - anda tidak dapat mengecam warna motorsikal dengan hanya melihat bahagian hadapan, betul kan?

Ves/jaket fluorescent memudahkan anda dikesan dari jarak jauh.

7. Kebanyakan kemalangan motosikal berlaku membabitkan perjalanan jarak pendek seperti ke kedai runcit, berjumpa kawan dan seumpamanya. Ini mungkin disebabkan faktor hilang fokus, baik penunggang motosikal atau pengguna kenderaan lain.

8. Saluran bahan api bocor dan tumpahan minyak berlaku dalam 62 peratus kemalangan motosikal, mengakibatkan risiko berlaku kebakaran yang sangat tinggi berbanding kemalangan melibatkan kenderaan lain.

9. Dalam kemalangan kenderaan tunggal, sebanyak 2/3 kemalangan berpunca akibat kesilapan penunggang seperti tergelincir akibat menekan brek terlalu kuat, dan tersalah menganggar kelajuan di selekoh (mengambil selekoh dalam kelajuan tinggi). Kebiasaannya disebabkan penunggang tiada kemahiran counter-steering dan mengoleng (swerve) motosikal mereka.

Kelas menunggang motorsikal kerap diadakan di negara maju. Malaysia?

10. Hampir semua (92 peratus) penunggang motosikal yang mengalami kemalangan tidak pernah mengikuti kelas menunggang. Rata-rata hanya belajar sendiri atau daripada rakan-rakan dan keluarga.

* Statistik di atas ialah berasaskan jumlah kemalangan negara maju, peratusan Malaysia mungkin lebih tinggi.

11. Penggunaan aksesori keselamatan seperti sarung tangan, jaket dan but yang lebih tebal sangat efektif dalam menghalang atau mengurangkan luka-luka kecil seperti lecet dan calar, antara kecederaan yang kerap berlaku, tetapi tidak sebegitu serius.

BACA >>> 5 Tip Ringkas untuk Penunggang Bandar, Siap Sedia Hadapi Cabaran

12. Kecederaan kelangkang dilaporkan dalam 13 peratus kemalangan, melibatkan impak kuat dari depan ketika berlanggar dengan kenderaan lain.


13. Walaupun motosikal berkuasa tinggi kurang terlibat dalam kemalangan berbanding motosikal lain, tetapi kecederaan dialami penunggang lebih serius, manakala kos baik pulih lebih tinggi.

14. Kurang 10 peratus penunggang motorsikal yang mengalami kemalangan ada perlindungan insurans individu bagi menanggung kos rawatan dan hospitalisasi.

15. Kebarangkalian penunggang motosikal mendapat kecederaan ketika kemalangan sangat tinggi -  kemalangan pelbagai kenderaan (98 peratus), kemalangan kenderaan tunggal (96 peratus ), dan 45 peratus mangsa dilaporkan parah.

SUMBER: HG Legal Resources

Artikel Berkaitan

2.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: autotainment, fakta dan statistik kemalangan motosikal, kemalangan motosikal, roda2

Comments

  1. Dario says

    June 19, 2018 at 3:44 PM

    Thats good information tips for pandu laju...

    Reply
  2. Abbas says

    December 6, 2018 at 1:39 PM

    Sokong 100%

    Reply
  3. Ir Dr Muhammad Marizwan Abdul Manan says

    June 17, 2019 at 6:08 PM

    Fakta tak ada sumber... orang boleh pertikai

    Reply
    • ABG GYL says

      June 18, 2019 at 4:25 PM

      Sumber ada diberikan, mungkin tuan tidak perasan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my