• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Alamak, Ada Kemalangan! Cepat Lakukan 10 Perkara Ini!

#ApaNakBuat: Alamak, Ada Kemalangan! Cepat Lakukan 10 Perkara Ini!

February 8, 2017 By Azhan O 1 Comment

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

https://www.picturerepository.com/pics/HolzerEdwards/200212573-001_Witness_Statements_and_Your_Car_Accident.jpg
APAKAH yang perlu anda lakukan apabila menyaksikan satu insiden kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan atau kematian? Perlukah anda berlalu begitu saja sambil mengharapkan ada orang lain berhenti membantu? Atau sekadar tumpang menyibuk dan menyesakkan lalu lintas?

Jika mengambil prinsip kemanusiaan, semestinya anda berhenti membantu. Bukan sekadar tertumpu kepada usaha membantu mangsa kemalangan, tetapi anda boleh menghulurkan bantuan untuk mengawal lalu lintas atau menjaga keselamatan sekitar kawasan insiden.

Di bawah ini kami senaraikan apa yang perlu anda lakukan jika terlihat atau menjadi saksi kemalangan jalan raya melibatkan kecederaan atau kematian.

1. PENUNGGANG MOTOSIKAL PATUT BERHENTI DAHULU

penunggang-motosikalJika anda menunggang motosikal, anda sepatutnya terlebih dahulu menghulurkan bantuan. Ini kerana saiz kenderaan yang kecil memudahkan anda berhenti segera.

Tetapi pastikan letakkan kenderaan anda di kawasan selamat. Jika kawasan kemalangan terdedah bahaya, terus tongkatkan motosikal secara menegak dengan posisi lampu belakang dihalakan ke belakang - bukan melintang. Nyalakan lampu bahaya pada jarak selamat lebih kurang 10 meter.

2. PEMANDU KERETA IKUT SITUASI

Anda tidak disarankan berhenti jika kemalangan berlaku di jalan raya sesak kerana anda cuma akan menambahkan lagi kesesakan. Namun, jika kawasan tersebut lengang atau anda orang pertama menjadi saksi kejadian, anda patut berhenti membantu. Pasang reflektor segitiga atau hidupkan lampu kecemasan (jika ada) di belakang kawasan insiden pada jarak selamat dan jangan lupa nyalakan lampu bahaya juga. Anda kena pastikan pengguna jalan raya lain perasan apa yang sedang berlaku.

3. INGAT DAN CATAT MAKLUMAT

Berikut ialah butiran yang perlu anda ingat. Lebih bagus jika ditulis untuk mengelak anda terlupa:

  • Nombor plat kenderaan - Pelanggar dan mangsa.
  • Kenderaan - Jenama (Proton), Model (Saga), Jenis (Sedan), warna (putih).
  • Lokasi Insiden - Nama jalan, penanda jalan, simbol lokasi atau landmark
  • Sebab - Bagaimana kemalangan berlaku.
  • Mangsa dan Suspek - Bangsa, jantina, warna kulit, rupa, ketinggian, saiz badan, jumlah orang terlibat.

4. TENANGKAN MANGSA

Mangsa mungkin panik, menjerit, menangis atau meracau akibat kecederaan dialami. Anda perlu tenangkan dia. Sesetengah orang terlalu gopoh mahu mangsa bertenang seperti memaksa mengucap (terpengaruh drama) atau mengherdik supaya diam (emosional pula). Cukup saja cakap begini;

Sikit saja ni. Sabar ye, kejap lagi ambulans sampai."

5. TELEFON AMBULANS ATAU PENYELAMAT

dail-999Kalau sudah suruh bertenang, janganlah pula terlupa mahu telefon ambulans atau petugas penyelamat.

Dail saja 999

Beritahu lokasi kejadian dengan terperinci yang boleh seperti jarak susur keluar atau tol, papan tanda apa, menghala ke mana dan seumpamanya. Beritahu juga tahap kritikal mangsa sama ada pengsan, sesak nafas, patah, luka atau sudah meninggal dunia.

6. PERIKSA KECEDERAAN, DAN BERPINDAH TEMPAT SELAMAT

Tanya dahulu bahagian anggota mana yang dirasakan sakit. Suruh mereka gerakkan jari, kaki dan tangan serta cuba bangkit perlahan-lahan - tolong papahkan jika perlu. Jika tidak cedera teruk, cuba beralih ke kawasan lebih selamat seperti di tepi jalan dan bawah teduhan.

7. BERI BANTUAN TERMAMPU

Seandainya melibatkan kecederaan fizikal, jangan sentuh apa-apa kerana anda hanya akan membuatkan kecederaan mereka jadi lebih teruk (melainkan anda betul-betul terlatih).

Bantuan asas yang boleh diberikan ialah:

  • Longgarkan - Buka atau longgarkan tali helmet mengikut situasi. Jika baju berbutang, tanggalkan dua atau tiga butang atas. Jika seluarnya bertali pinggang, tolong longgarkan (bukan londehkan!). Tanggalkan juga kasut dan stoking. Ini membantu fizikal mangsa lebih rileks.
  • Berikan Air - Selepas kemalangan, mangsa biasanya berasa sangat haus.
  • Teduhkan - Jika kawasan kemalangan panas, teduhkan mangsa sama ada menggunakan payung atau apa-apa objek peneduh.
  • Kipaskan - Berikan mangsa lebih oksigen dengan mengipas mereka.
  • Tutup Mayat - Jika anda pasti mangsa sudah meninggal dunia, tutuplah muka mayat dengan objek seperti kain, plastik atau kertas. Selain menjaga aib mayat, anda sebenarnya membantu mengurangkan panik pengguna jalan raya lain. Tidak semua orang cukup berani melihat mayat berdarah dan ada sesetengahnya boleh pitam.

8. DAPATKAN MAKLUMAT MANGSA

dail-telefonJika mangsa masih sedar, tanya dia siapa perlu dihubungi. Kalau sebaliknya, anda perlu lihat senarai panggilan terakhir yang dihubungi mangsa. Cuba berkomunikasi dengan baik dan jangan cetuskan panik. Tidak perlu beritahu situasi sebenar jika mangsa parah atau sudah meninggal dunia. Serahkan kepada polis.

9. SELAMATKAN BARANG MANGSA

Jika ada barang mangsa tercicir akibat kemalangan itu, anda boleh membantu menyimpan semua barangan tersebut dalam satu bekas. Barangan berkenaan boleh jadi:

  • Dokumen atau fail
  • Dompet
  • Kunci motosikal/kereta/rumah, kad staf/SmarTag
  • Barang berharga (duit, barang kemas, jam, telefon bimbit).

Atau simpan saja semua barang yang ada dalam laci papan pemuka (glovebox) ke dalam satu bekas khas. Jangan lupa serahkan kepada polis, waris atau kenalan yang tiba di tempat kejadian.

10. BUAT REPOT POLIS

Ini tindakan paling akhir perlu anda lakukan. Anda sepatutnya membuat laporan polis untuk memaklumkan apa saja yang anda tahu. Percayalah, maklumat anda akan banyak membantu memudahkan kerja siasatan polis, terutama apabila melibatkan kes kemalangan langgar lari atau membabitkan kematian.

Artikel Berkaitan

371
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 999, apa nak buat, apa perlu dilakukan saksi kemalangan, apanakbuat, autotainment, repot kemalangan jalan raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my