Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022 Sedia Gegar Kuala Tahan, 241 Peserta dari 15 Negara!
Auto Terkini

GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022 Sedia Gegar Kuala Tahan, 241 Peserta dari 15 Negara!

WahidBy Wahid05/09/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GIVI Rimba Raid Taman Negara 2022
kembali dengan acara lebih besar dan meriah. Acara off-road tahunan motosikal advencer  bertaraf antarabangsa itu dijadualkan berlangsung di Kuala Tahan, Pahang bermula 23-25 September 2022.

Acara kali ini melibatkan dua kali jumlah peserta yang akan berentap dalam rali off-road sejauh 200km di pinggir hutan Taman Negara yang berusia 130 juta tahun.

BACA >>> GIVI Rimba Raid 2019: Pelumba Rali Dakar Honda, Jeremias Israel Pun Turun Padang!
BACA >>> Malaysia Lancar Tiga Varian BMW G310GS, dan G310GR, Harga Mula RM27.5k

Berikut beberapa fakta ringkas:

  • Jumlah nilai motosikal RM18 juta.
  • 17 pembuat motosikal.
  • 39 model motosikal berlainan.
  • 241 peserta daripada 15 negara, terdiri 236 lelaki dan 5 wanita.
  • 165 warga Malaysia, 76 bukan warga Malaysia.
  • Rali off-road sejauh 200km.
  • Perlumbaan dikendalikan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM).
  • Diluluskan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Disebabkan  terdapat motosikal pelbagai enjin dan kapasiti daripada 250cc hingga lebih 1,000cc, peserta dibahagikan kepada tiga Kelas.

  • Kelas A: Kelas utama yang dikhaskan kepada jentera advencer dan dwi-guna (dual-purpose) lebih 1,000cc, seperti BMW R 1250 GS, Honda CRF1100L Africa Twin, KTM 1290 Adventure R.
  • Kelas B: Kelas pertengahan untuk motosikal dengan enjin lebih satu silinder berkapasiti antara 250cc-999cc, seperti Kawasaki Versys-X 250/300, Aprilia Tuareg 660, Yamaha T7 Ténéré.
  • Kelas Enduro Rally: Kelas untuk jentera enjin silinder tunggal antara 250cc-800cc. Kelas ini dibahagi kepada dua untuk motosikal enduro, dan dwi-guna.
Enduro

Motosikal enduro direka khas untuk tunggangan off-road. Motosikal jenis ini ringan, tetapi mempunyai kuasa enjin tinggi, dan mempunyai servis berkala mengikut jam tunggangan (bukan jarak). Contoh model: Beta 300RR, Honda CRF250R (foto atas), dan Kawasaki KLX250.

Dwi-Guna

Motosikal jenis ini boleh digunakan atas jalan berturap dan off-road. Asasnya,  motosikal jenis ini sama seperti Kelas A, tetapi berenjin lebih kecil seperti Honda CRF250L Rally (foto atas), KTM 390 Adventure, dan Royal Enfield Himalayan.

Jumlah Penyertaan Mengikut Kelas
  • Kelas A – 76
  • Kelas B – 66
  • Kelas Enduro Rally (Enduro) – 41
  • Kelas Enduro Rally (DP) – 58

Aspek paling unik GIVI Rimba Raid adalah penyertaan motosikal advencer dan dwi-guna berkapasiti besar. Justeru acara permotoran ini adalah antara (jika bukan satu-satunya) siri rali motosikal kuasa tinggi di dunia.

Mungkin terdapat rali motosikal kuasa tinggi lain peringkat dunia, tetapi tidak mempunyai jumlah peserta ramai. Sebagai perbandingan, Rali Dakar 2022 hanya mendapat 149 penyertaan dengan kapasiti maksimum 450cc.

Satu lagi aspek unik GIVI Rimba Raid ialah motosikal digunakan ialah model massa, dan bukan dibina khas untuk perlumbaan. Tambahan lagi, semua motosikal yang bertanding diwajibkan ada lampu depan, belakang dan brek yang berfungsi sempurna.

Syarat itu mengurangkan kos penyertaan, sekali gus dapat menarik lebih ramai penyertaan, dan memberi peluang kepada peserta menguji jentera  masing-masing ke tahap maksimum. Justeru hampir setiap pengeluar menghantar jentera advencer sendiri seperti berikut:

  • Aprilia – 1
  • Beta – 4
  • BMW – 54
  • Fantic – 1
  • GASGAS – 1
  • Harley-Davidson – 2
  • Honda – 43
  • Husqvarna – 17
  • Kawasaki – 12
  • KTM – 66
  • Moto Morini – 1
  • Sherco – 1
  • Suzuki – 2
  • Tekken – 1
  • Triumph – 3
  • Wmoto – 1
  • Yamaha – 30

Tambahan lain, beberapa model yang menyertai perlumbaan kali ini tidak pernah mengambil bahagian dalam mana-mana perlumbaan utama dunia, tetapi akan beraksi di GIVI Rimba Raid. Ini patut dibanggakan, dan senarai model tersebut ialah:

  • Aprilia Tuareg 660
  • Moto Morini 650 Xcape
  • Fantic Caballero 500
  • Harley-Davidson Pan America 1250
  • WMoto SX300
  • Husqvarna Norden 901

Fakta itu juga penting buat pengeluar kerana ini kali pertama model baharu mereka akan diuji pemilik (bukan penunggang uji dilantik) dalam perlumbaan sebenar.

Peserta GIVI Rimba Raid terdiri daripada penunggang bersemangat yang mana penyertaan dipenuhi dalam hanya dua minggu selepas tarikh acara diumumkan. Kalangan peserta terdiri daripada individu, kontinjen dan pasukan. Peserta luar negara pula berasal daripada:

  • Kanada.
  • Amerika Syarikat.
  • Colombia.
  • United Kingdom.
  • Belanda.
  • Itali.
  • Poland.
  • Australia.
  • Jepun.
  • Vietnam.
  • Thailand.
  • Singapura.
  • Indonesia.

Ada kalangan peserta mengambil serius rali GIVI Rimba Raid. Peserta dari Thailand misalnya, mengadakan siri perlumbaan saringan ‘Road to GIVI Rimba Raid’ di negara sendiri. Selain itu, ramai peserta lain sedang giat berlatih sendiri atau secara berpasukan.

Ada juga beberapa kelas latihan yang dibuka individu, termasuk acara  perlumbaan dikelola pengeluar motosikal mengikut syarat GIVI Rimba Raid.

Apapun, GIVI Rimba Raid menegaskan, acara tahun ini bukan semata-mata perlumbaan kerana aktiviti seumpama itu mampu menjana ekonomi tempatan. Pihak pengelola mensasarkan minimum lebih 3,000 pengunjung yang secara tidak langsung akan membantu menyemarakkan ekonomi Kuala Tahan pasca pandemik Covid-19.

GIVI Rimba Raid juga mendapat ehsan dan sokongan Tourism Pahang dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

GIVI Rimba Raid turut mengingatkan keseronakan bukan bermaksud merosakkan khazanah alam sekitar. Sebaliknya, perlumbaan dijalankan atas laluan yang sudah sedia dibuka orang kampung, peneroka, atau pembalak di perkarangan Taman Negara, dan BUKAN dalam taman lindungan tersebut.

Pihak pengelola juga tidak menebang sebarang pokok yang hidup atau mati, manakala jambatan yang dibina untuk menyeberang sungai atau gaung akan dialihkan selepas perlumbaan tamat supaya tidak disalahgunakan penceroboh.

Pihak marsyal juga akan meronda setiap pelusuk laluan perlumbaan bagi mengalihkan sampah atau bahagian motosikal yang tertanggal. Malah, peserta yang melanggar syarat konservasi alam sekitar akan dikenakan penalti tegas atau disingkirkan. Semua peraturan itu sudah dilaksanakan sejak acara Rimba Raid pertama lagi.

Jom datang beramai-ramai ke Kuala Tahan pada 23-25 September nanti untuk menyaksikan perlumbaan mengujakan ini. Layari facebook.com/RimbaRaidAdv atau rimbaraid.asia untuk keterangan lanjut.

BACA >>> KTM 450 Rally Replica (2023) Diperkenal, Hanya 70 Unit untuk Pasaran Dunia
BACA >>> Honda Transalp Muncul Kembali, Bakal Jadi Africa Twin Mini?

 

Auto Terkini GIVI Rimba Raid 2022 Kuala Tahan lumba rali Rali Rimba Raid sukan permotoran Taman Negara
Wahid

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Ferrari Klasik Di Tingkat 29! Rembawang Cipta Dua Rekod Baharu Malaysia

    07/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    SuperGT Jepun kembali ke Sepang
    Sukan Permotoran

    Autobacs SUPER GT Sepang 2026 Mungkin Dibatalkan, Perang Asia Barat Belum Reda

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.