Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GIVI Rimba Raid 2019: Pelumba Rali Dakar Honda, Jeremias Israel Pun Turun Padang!
Auto Terkini

GIVI Rimba Raid 2019: Pelumba Rali Dakar Honda, Jeremias Israel Pun Turun Padang!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ACARA rali hutan, GIVI Rimba Raid semakin mendapat perhatian dunia. Tahun ini, pelumba motocross dari Chile, Jeremias Israel turut menyertai perlumbaan tersebut dan berentap bersama pelumba tempatan lain.

Penglibatan Jeremias dalam GIVI Rimba Raid 2019 (26-28 Julai) secara tidak langsung membantu membawa nama kejuaraan itu ke peringkat antarabangsa.

Selain bersaing sebagai peserta, Jeremias yang juga bekas juara Kejuaraan Kebangsaan Motocross MX1 (2006, 2007) dan pelumba rali dakar untuk pasukan Monster Energy Honda Team itu akan berkongsi ilmu dalam Klinik Tunggangan Teknikal Acoi Pangokolo (stunt-rider) pada 20 Julai ini di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Motosikal Motocross, Enduro dan Dwi-Guna?

Jeremias akan berkongsi teknik tunggangan mengenai kawalan terotel dan klac, mengambil selekoh, posisi dan titik brek, cara mendaki dan menuruni bukit, serta cabaran menunggang atas permukaan trek berbatu dan pasir.

Ketua Promosi Rimba Raid, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, populariti Rimba Raid semakin meningkat dan kerjasama GIVI mewujudkan persekitaran yang kompetitif.

“Kami tidak akan lupa tujuan utama sukan ini, iaitu pelumba amatur dan profesional boleh berlumba secara sah dalam trek mencabar. Penunggang amatur uga tidak akan rasa kekok dan mudah menyesuaikan diri,” katanya.

BACA >>> Anita Yusof – Penunggang Solo Wanita Pertama Malaysia Dilantik Duta GIVI

Jeremias berkata, sebagai penunggang profesional, motivasi utama ialah bersaing dan menang.

“Seiring kematangan, perkongsian pengalaman dan teknik tunggangan ialah ganjaran buat saya.

“Jadi berkongsi pengetahuan saya ialah faktor penting dan motivasi yang besar, kerana ia beri saya peluang melawat Malaysia buat kali pertama dan memulakan legasi dengan aura positif dalam membantu penunggang tempatan,” katanya.

BACA >>> Yamaha YFZ50 Bangkitkan Semangat Lumba Si Kecil

GALERI
GIVI Givi Rimba Raid Givi Rimba Raid (2018) Givi Rimba Raid (2019) Jeremias Israel Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain Rimba Raid sukan perlumbaan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

JPJ lancar JPJvBID
Auto Terkini

JPJ Lancar JPJvBID – Platform Digital Lelongan Kenderaan Sita

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.