• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Anita Yusof - Penunggang Solo Wanita Pertama Malaysia Dilantik Duta GIVI

Anita Yusof - Penunggang Solo Wanita Pertama Malaysia Dilantik Duta GIVI

November 16, 2016 By Admin PanduLaju 1 Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

anita-yusof-givi
ANITA Yusof dilantik sebagai duta jenama barangan aksesori motosikal, GIVI. Bagi mereka yang tidak mengetahui siapa Anita Yusof, dia mula dikenali selepas menamatkan tunggangan solo mengelilingi dunia sejauh 65,000km. Pensyarah Institut Pendidikan Guru itu merentasi empat benua dan 40 buah negara dalam siri pengembaraan yang dinamakan Global Dream Ride 2016 (GDR).

Pemilihan Anita menurut Pengarah Operasi Antarabangsa GIVI, Joseph Perucca dilakukan tepat pada masanya selepas beberapa tahun saling bekerjasama secara tidak rasmi.

"Anita beri maklum balas yang sangat berguna untuk penambahbaikan barangan kami dan menjadi testimoni terbaik kami," katanya.


Anita memberitahu barangan GIVI banyak membantu memudahkan pengembaraannya.

"Bagi perjalanan sejauh ini, ketahanan dan kekuatan kotak atas dan sisi sangat penting. Produk GIVI berjaya melakukan tugasnya dan meyakinkan saya."
- Anita Yusof, Penunggang Malaysia Pertama Mengelilingi Dunia

Jelajah GDR melabuhkan tirai di Bukit Kayu Hitam Kedah pada Hari Malaysia, 16 September lalu, di mana Anita berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records sebagai wanita pertama negara ini menunggang motosikal mengelilingi dunia.

Walaupun baru saja berjinak dalam dunia pemotoran lebih empat tahun,  Anita pernah melakukan tunggangan solo di Central Asia ‘Stans’ Solo Tour, Trans Borneo Solo Ride, Yunnan China Adv Ride, 5 Nations Ride dan Nepal Solo Ride. Setakat artikel ini ditulis, Anita sudah mengembara sejauh lebih 89 negara!

Majlis tandatangan lantikan duta GIVI itu  disempurnakan Timbalan Presiden GIVI, Hendrika Visenzi dan Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd, On Hai Swee serta disaksikan Pemilik Team MotoGP LCR, Lucio Cecchinello.

Artikel Berkaitan

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: aksesori, Anita Yusof, Auto Terkini, GIVI, Malaysia Book of Records, Roda 2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my