Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#GIIAS2024: Daihatsu Rocky Hybrid Debut di Indonesia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi?
Roda4

#GIIAS2024: Daihatsu Rocky Hybrid Debut di Indonesia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/07/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TINDAKAN Astra Daihatsu Motor (ADM) menayangkan model Rocky Hybrid di Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024 menimbulkan persoalan, adakah model itu akan dijual?

Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid dari Jepun itu adalah kembar kepada Perodua Ativa Hybrid di Malaysia. Malah model itu juga pernah tersenarai dalam sekatan eksport seketika berikutan kontrobersi skandal penipuan Daihatsu, Oktober tahun lalu.

Seperkara perlu diketahui, Ativa Hybrid (foto atas) di Malaysia BUKAN dijual, tetapi ditawarkan sebagai program langganan melibatkan 300 unit kepada pelanggan Perodua.

Di Indonesia, ADM belum memberi keputusan muktamad mengenai status tawaran Rocky Hybrid, tetapi mendakwa kehadiran model itu sekadar menguji pasaran dan melihat respons pengguna di GIIAS 2024.

Varian Rocky Hybrid di GIIAS 2024 ialah varian perdana Premium G HEV 1.2L dengan enjin petrol 3-silinder WA-VEX 1.2L yang menghasilkan output kuasa 80hp @ 5,600rpm, dan tork 105Nm @ 3,200-5,200rpm.

Enjin petrol berperanan sebagai generator unit motor elektrik yang menghasilkan output kuasa 104.5hp dan tork 170Nm, manakala sistem pacuan jenis roda depan (FWD).

Daihatsu Rocky Hybrid dikatakan mampu memberikan kecekapan bahan api 28km per liter menerusi bantuan pek bateri litium-ion 4.3Ah.

Astra Daihatsu Motor (ADM) autoterkini Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid Pameran Auto Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2024 Perodua Ativa Hybrid Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
    Auto Terkini

    Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

    16/07/2026
    Auto Terkini

    #BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

    15/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    15/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026 | Bright Grey Blue
    Roda2

    MODENAS Elegan EX 250 Kini Dengan Tiga Warna Baharu, Pembeli Terima Kotak GIVI Percuma

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    By Abang Hirata10/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.