Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Genesis G70 Menang Anugerah Kereta Terbaik Amerika Utara 2019!
Roda4

Genesis G70 Menang Anugerah Kereta Terbaik Amerika Utara 2019!

Abang HirataBy Abang Hirata15/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DI MALAYSIA, jenama Genesis sangat ‘rare’. Walaupun payah hendak jumpa, ada satu kisah menarik tentang jenama ini. Ada seorang hartawan tempatan memiliki Hyundai Genesis dan beliau menggunakan model ini sebagai kenderaan rasmi.

Selepas bertahun memiliki model ini, sudah sampai masa dia menggantikannya dengan kereta baharu. Apakah kereta baharu beliau itu? Ya, beliau menukar beli Hyundai Genesis tersebut dengan sebuah lagi Genesis baharu. Alasannya, beliau sangat puas hati sepanjang memiliki kereta itu, dan tiada masalah besar dihadapi.

BACA >>> Genesis G70 – Mahu Saingi BMW 3 Series!

Jika difikirkan, ia keputusan menarik kerana menafikan stereotaip orang kaya hanya berminat dengan kenderaan mewah buatan Eropah. Adakah Genesis benar-benar bagus?

RAIH KERETA TERBAIK DI AMERIKA


Jika berdasarkan senarai anugerah memang benar, pada penghujung 2018, G70 mencatat markah tertinggi dan dianugerahkan KNCAP sebagai kereta paling selamat di Korea Selatan. Jika anugerah tersebut belum cukup meyakinkan, pengiktirafan baharu ini kemungkinan besar menjawab sebarang keraguan anda.

Pada 14 Januari di Detroit, Genesis G70 memenangi anugerah Kereta Amerika Utara Terbaik (NACOTY) 2019 yang diadilidiadili 54 juri Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Merangkul anugerah di negara maju memberikan kredibiliti besar, apatah lagi perlu bersaing dengan banyak produk bagus di dunia.

BACA >>> Genesis G70 Diiktiraf Kereta Paling Selamat 2018 di Korea, Catat Skor Tertinggi KNCAP

PENGELUAR KERETA TERMUDA

Genesis ialah pengeluar kereta termuda memenangi anugerah itu. Di pasaran, G70 bersaing dengan jenama premium lain seperi BMW 3 Series, Mercedes-Benz C Class, Audi A4, Lexus GS dan Infiniti Q50.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global Genesis, Manfred Fitzgerald berkata, produk dan jenama Genesis mesti sepadan dengan sempurna mengikut gaya hidup, pemikiran dan kehendak pelanggan.

“Anugerah ini ialah pengesahan untuk G70 yang menggabungkan kemewahan dan karakter sport elegan, terima kasih kepada juri yang meluangkan masa melihat dan mendalami rekabentuk dan kejuruteraan ditampilkan pasukan kami,” katanya.


Anugerah NACOTY diadili setiap tahun berdasarkan tanda aras dicapai seperti inovasi, rekabentuk, keselamatan, pengendalian, kepuasan pemandu dan nilai untuk wang.

G70 ialah model Genesis pertama memasuki segmen mewah yang cukup kompetitif di pasaran Amerika Utara. Di pasaran, model itu berjaya melangkaui sempadan barisan sedan mewah sport melalui padanan prestasi, kekuatan badan, kemewahan diperhalusi dan rekabentuk aerodinamik.

G70 menawarkan tiga pilihan enjin: petrol 3.3L V6 pengecasturbo, petrol 2.0L pengecasturbo dan diesel 2.2L. Harga asas model pula tidaklah mahal, iaitu AS$34,900 (RM 143,199). Di AS, harga tersebut cuma sekitar Honda Civic Type R atau Honda Accord.

BACA >>> Genesis Sport G80 (2018) Raih 5-Bintang dalam Ujian Keselamatan NHTSA

Amerika Syarikat (AS) Amerika Utara Anugerah Kereta Amerika Utara Tahun Genesis Genesis G70 Manfred Fitzgerald NACOTY NACOTY 2019 Roda4 sedan mewah
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    DENZA Z9GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.