Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»GEMPAR!!! Pak Rossi Positif Covid-19!
Auto Terkini

GEMPAR!!! Pak Rossi Positif Covid-19!

AryonBy Aryon16/10/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


LEGENDA hidup, Valentino Rossi menjadi pelumba pertama MotoGP disahkan positif Covid-19 dan terpaksa melupakan aksi pusingan kesepuluh di GP Aragon minggu ini.

Malah, beliau juga bakal terlepas aksi GP Teruel minggu depan yang juga berlangsung di litar sama, Motorland Aragon.

Keputusan diagnosis itu didedahkan Rossi dalam akaun media sosialnya. Padok MotoGP minggu lalu dikejutkan dengan berita enam jurutera Yamaha disahkan positif Covid-19, termasuk ketua jurutera YZR-M1, sekali gus tidak dapat menyertai GP Perancis di Le Mans.

BACA >>> Valentino Rossi Sah ke Petronas Yamaha SRT Musim Depan!
BACA >>> Angkara Covid-19, Yamaha Hadapi Aksi GP Perancis Tanpa Enam Jurutera

Juara kelas premier tujuh kali itu mengambil ujian Covid-19 selepas merasa diri kurang sihat, tetapi ujian pertama didapati negatif.  Bagaimanapun, ujian kedua disahkan positif sekitar jam 4 petang, sekali gus menjadi pelumba MotoGP pertama dijangkiti wabak tersebut selepas Jorge Martin daripada kelas Moto2 yang sudah terlepas dua pusingan di Misano.

Malang sekali, aku bangkit pagi tadi dan rasa tak berapa nak elok. Tulang aku sengal dan aku demam. Jadi aku cepat telefon doktor yang mai bagi test dua kali. Keputusan ujian pantas tu negatif, sama macam test yang aku buat Selasa lepas. Tapi test kedua yang hantar kat aku pukui 4 petang, positif pula.

“Aku sangat kecewa, aku akan terlepas race kat Aragon. Aku suka jadi opstimistik dan yakin, tapi aku jangka pusingan kedua kat Aragon pun akan jadi tak boleh juga. Aku sedih dan marah la bak hang sebab aku dah buat terbaik untuk ikut protokol apa jadah semua tu. Ujian Selasa pun negatif.

“Aku dah kuarantin sendiri sejak sampai dari Le Mans. Macam mana pun, dah ini ceritanya dan aku tak boleh nak buat lagu mana lagi untuk nak ubah. Aku akan ikut nasihat perubatan dan harap akan lega secepat mungkin.”

Siapakah selepas Rossi yang akan positif Covid-19 nanti? Mungkinkah pasukan Yamaha kini diancam bahaya dan risiko Covid-19 memandangkan semua pelumba pasukan itu berpotensi mencabar kejuaraan MotoGP tahun ini.

Ada mendakwa tempat Rossi akan digantikan seketika dengan Jorge Lorenzo untuk pada aksi minggu depan di GP Teruel. Apapun, kita tunggu perkembangan lanjut mengenai bintang itu dari semasa ke semasa.

BACA >>> Walaupun ke Pasukan Satelit, Rossi Kekal Dapat Sokongan Teknikal Pasukan Pengilang

* Gambar sekadar hiasan.

SUMBER: VisorDown

Auto Terkini Covid-19 MotoGP 2020 sukan permotoran Valentino Rossi Valentino Rossi Positif Covid-19
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.