• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Angkara Covid-19, Yamaha Hadapi Aksi GP Perancis Tanpa Enam Jurutera

Angkara Covid-19, Yamaha Hadapi Aksi GP Perancis Tanpa Enam Jurutera

October 10, 2020 By Azizi H Leave a Comment

FacebookTwitter


KETUA Projek YZR-M1, Takahiro Sumi adalah antara enam staf jurutera Yamaha yang terlepas aksi GP Perancis di Le Mans selepas salah seorang daripada kumpulan itu didapati positif Covid-19.

Ini bermakna keenam-enam orang kuat teknikal Yamaha itu tidak dapat menyertai pusingan kesembilan berkenaan kerana perlu menjalani kuarantin kendiri di Andorra.

Bagaimanapun, semua pelumba Yamaha menunjukkan aksi memberangsangkan yang mana Fabio Quartararo, Franco Morbidelli, Maverick Vinales dan Valentino Rossi menduduki kedudukan empat terbaik dalam sesi latihan bebas, semalam.

Malah Quartararo akan bermula pada grid pole esok selepas mencatatkan keputusan terpantas ujian kelayakan.

Yamaha kini di kedudukan pertama dan ketiga dalan ranking Kejuaraan Dunia MotoGP yang mana Quartararo dan Vinales terpaksa menggunakan staf alternatif ke Le Mans. Pada masa sama Sumi dan lima jurutera lain akan berkomunikasi secara jarak jauh dengan kru pasukan dan pelumba sepanjang perlumbaan berlangsung nanti.

BACA >>> Prototaip R25 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Fasiliti Yamaha Indonesia?

Disebabkan sekatan perjalanan, beberapa kakitangan MotoGP Yamaha menginap di Andorra pada cuti rehat sebelum pusingan baru bermula.

"Pada pusingan ini selepas menjalani ujian PCR (ujian swab) seperti biasa pada Isnin lalu sebelum berangkat dari Andorra,  seorang staf jurutera Yamaha mendapat keputusan ujian positif untuk Covid-19 pada Selasa. Lima staf jurutera lain mendapat keputusan ujian negatif.

"24 jam kemudian, ujian susulan dilakukan untuk pemeriksaan kali kedua. Keputusannya kekal sama yang mengesahkan keputusan positif awal untuk seorang staf itu, dan negatif untuk lima lain.

"Kesannya, semua enam jurutera Yamaha dalam kumpulan itu kini  melakukan kuarantin kendiri di Andorra dan tidak akan menghadiri perlumbaan hujung minggu ini di Le Mans, Perancis.

"Jurutera dijangkiti itu buat masa ini tidak menunjukkan tanda sakit, tetapi akan terus dipantau rakan-rakan sekerja dan kakitangan perubatan di Andorra."

Berikut keputusan akhir pusingan Kelayakan GP Le Mans yang baru selesai sebentar tadi:

  1. Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)
  2. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP20)
  3. Danilo Petrucci ITA Ducati Team (GP20)
  4. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V)
  5. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1)
  6. Andrea Dovizioso ITA Ducati Team (GP20)
  7. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP20)
  8. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16)
  9. Johann Zarco FRA Reale Avintia Ducati (GP19)
  10. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1)
  11. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1)
  12. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)
  13. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V)
  14. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
  15. Aleix Espargaro ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
  16. Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)
  17. Brad Binder RSA Red Bull KTM Factory (RC16)
  18. Alex Marquez SPA Repsol Honda (RC213V)
  19. Bradley Smith GBR Factory Aprilia Gresini (RS-GP)
  20. Iker Lecuona SPA Red Bull KTM Tech3 (RC16)
  21. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V)
  22. Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP19)

SUMBER : Crash.net

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, GP Perancis 2020, Monster Energy Yamaha, MotoGP, Petronas Yamaha SRT, Takahiro Sumi, Yamaha Monster Energy, Yamaha YZR-M1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my