Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Geely Perkenal Emgrand (2022), Pengganti Paling Ideal untuk Proton Persona?
Roda2

Geely Perkenal Emgrand (2022), Pengganti Paling Ideal untuk Proton Persona?

Han OthmanBy Han Othman30/08/20211 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


GEELY memperkenalkan generasi keempat, sedan Emgrand (2022) serba baharu di Pameran Auto Chengdu 2021 di China yang dibina berasaskan arkitektur Modular Segmen-B (BMA).

Emgrand ialah sedan paling popular selama sembilan tahun berturut-turut di negara itu dengan mencatatkan jualan lebih 3.25 juta unit.

BACA >>> Geely Xingyue L Lancar, Harga Mula RM69k, Mungkinkah SUV 7-Kerusi Pertama Proton?

Model generasi baharu kali ini masih mengekal konsep sedan mesra bajet yang didatangkan dengan rekabentuk moden dan dalaman berteknologi tinggi.

Berikut beberapa perincian mengenai Emgrand (2022) serba baharu:

  • Emgrand asalnya ialah jenama tunggal sejak 2009 hingga 2014 sebelum produk itu dijenamakan semula di bawah Geely.
  • Sedan Emgrand baharu menandakan anjakan besar daripada model terdahulu dari segi rekabentuk dan teknologi serta tampil lebih besar dan premium.
  • Memiliki dimensi panjang 4,638mm, lebar 1,820mm dan tinggi 1460mm.
  • Ketika rekabenttk 3-kotak dilihat sebagai konservatif, rekaan gril dan lampu utama nampak cukup anggun, manakala lampu belakang LED yang diposisikan tinggi dan disepadukan bersama spoiler menyerlahkan gaya moden.
  • Menurut Geely, Emgrand memiliki pusat graviti (CoG) dan pekali seretan 0.26 Cd yang cukup mengagumkan.

  • Rekabentuk papan pemuka diilhamkan daripada Honda Civic jika melihat susun atur dan garis horizontal yang bersambung dengan ventilator penyaman udara.
  • Bagi memuaskan pelanggan domestik, Emgrand diberikan pilihan kombinasi warna cerah dan  dilengkapi teknologi terkini seperti kluster instrumen digital 12.3 inci dengan unit infotainment skrin sentuh 10.25 inci yang serasi kemas kini wayarles secara atas talian (OTA) dan menyokong bantuan suara AI.
  • Juga ada sistem penyaman udara dengan ciri penulenan, kamera papar keliling 540º(walaupun ramai kurang jelas mengenai bagaimanakan sesebuah imej itu akan dipaparkan dalam sudut lebih 360º?).
  • Ada perakam pemanduan ultra definisi tinggi (UHD) untuk varian tertinggi.
  • Platform BMA dikatakan memberikan ekstra ruang buat penumpang dan but, meningkatkan kesenyapan (NVH) kabin dan menambah baik aspek pengendalian.
  • Aspek pembrekan juga ditambah baik menerusi penggunakan ciri Program Stabiliti Elektronik (ESP) Bosch 9.3 yang membolehkan sedan ini membrek dari kelajuan 100-0kmj kurang dari 36 meter.
  • Emgrand (2022) dijana enjin 4-silinder 1.5L berkuasa 113hp dan tork 147Nm, manaklala transmisi diberikan pilihan manual 5-kelajuan dan CVT yang mampu mensimulasikan ciri gear automatik 8-kelajuan.

Emgrand (2022) serba baharu akan dihasilkan di kilang Changxing di China untuk pasaran domestik republik itu. Pengenalan Emgrand pasti mengujakan peminat Proton di Malaysia mengenai potensi sedan itu dibangunkan untuk pasaran negara kita.

Jika mengambil kira persamaan segmen, Emgrand (2022) serba baharu ini boleh saja menggantikan model Persona yang sebelum ini dikatakan memiliki masalah ruang.

Paling menarik di China, Emgrand (2022) serba baharu dijual pada julat harga 87,000 yuan dan 92,000 yuan (RM55,930 -RM59,120) yang juga dalam julat harga sedan Persona. Apa kata anda?

BACA >>> Tentang Proton Persona (2022) Baharu yang Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM45.2k
BACA >>> Geely SL – Sedan Kompak dengan Ilham Rekabentuk Volvo
BACA >>> Honda Civic Hatchback (2022) Debut di Amerika, Enjin 1.5L Turbo, 2.0L NA

SUMBER: CarScoops

 

Geely Auto Geely Emgrand (2022) Proton Persona Roda4 Sedan sedan segmen-B sedan subkompak
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

29/05/2026

1 Comment

  1. Alson P on 02/09/2021 02:19

    Pengganti Persona boleh..!! Pengganti Preve pun boleh..!!
    Semoga saja Proton bawa masuk teknologi hybrid untuk semua Varian nya..
    Varian hybrid low spec pun ok untuk perkenalkan teknologi baru dari Proton..
    Jika Perodua Akan turbo Kan semua model barunya..
    Maka proton Pula hybrid Kan semua modelnya selepas ini..
    Nak menguasai asia Tenggara Dalam 10 tahun, proton mesti berubah dengan pantas Dan mempunyai strategy..
    Di negara jiran, pasaran kereta hybrid sudah mendapat sambutan menggalakkan, sangat menggalakkan..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.