Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Paling Berminat Jadi Rakan Strategik Proton?
Auto Terkini

Geely Paling Berminat Jadi Rakan Strategik Proton?

Han OthmanBy Han Othman02/02/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

geely-proton-bg
PENGELUAR automotif China, Geely Automobile Holdings Ltd dikhabarkan berada di kedudukan teratas dalam usaha menjadi rakan teknikal kepada pengeluar automobil nasional, Proton Holdings Bhd, menurut media tempatan TheStar sebentar tadi.

Proton turut dikhabarkan melakukan beberapa perubahan ke atas barisan eksekutif tertinggi dalam divisyen operasi sebagai persediaan menerima kemasukan rakan teknikal baharu tersebut. Antaranya membabitkan pelantikan Ketua Pegawai Teknikal (CTO), Abdul Rashid Musa untuk mengambil alih divisyen jualan kumpulan, Proton Edar Sdn Bhd bagi melonjakkan sasaran jualan produk.

Abdul Rashid Musa_CEO Edar Proton_PanduLaju
ABDUL RASHID MUSA

Abdul Rashid (gambar) bakal menggantikan Rohime Shafie yang sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar, di mana beliau akan ditugaskan ke subsidiari lain dalam Proton. Menurut TheStar lagi, bagi jawatan CTO baharu Proton pula sudah diberikan kepada seorang individu yang pernah bekerja dengan Lotus Group di Britain.

Selain Geely, pengeluar kedua terbesar di Eropah, PSA Group of France yang menghasilkan jenama terkenal seperti Peugeot dan Citroen, turut menawarkan diri untuk menjadi rakan teknikal Proton selepas tertarik dengan fasiliti dan cara kerja Proton.

“Bagaimanapun, antara kedua-dua pengeluar itu (Geely dan PSA), Geely lebih menunjukkan minat. Kedua-dua pihak sibuk dengan usaha mereka kebelakangan ini dan anda boleh lihat pegawai Geely dan PSA di ibu pejabat Proton hampir setiap hari,” kata sumber dipetik TheStar.

KUASAI KILANG PEMASANGAN DI TANJUNG MALIM

kilang-proton-tanjung-malim
Jika perjanjian termeterai, Geely atau PSA bakal menguasai 51 peratus hak di kilang pemasangan di Tanjung Malim, di mana Kerajaan juga sudah memberikan lampu hijau bagi hak pemilikan asing majoriti ke atas kilang pemasangan berkenaan.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

Sementara itu, CEO Institut Automotif Malaysia (MAI), Datuk Madani Sahari berkata, kilang pemasangan di Tanjung Malin ialah aset Proton paling bernilai untuk mendapatkan akses terbesar bagi pasaran Asia Tenggara (Asean).

madani-sahariKilang Tanjung Malim adalah aset terbaik Proton. Sesiapa saja rakan teknikal Proton akan memiliki akses segera untuk menghasilkan kereta dengan Proton, dan boleh digunakan sebagai hab pengeluaran bagi pasaran Asean. Selain kilang pembuatan, Proton sudah berada di pasaran sejak awal 1980-an. Mereka tahu cita rasa Asean.” – CEO MAI, Datuk Madani Sahari

Mengulas mengenai perubahan individu penting dalam divisyen operasi, Madani berpendapat pelantikan Abdul Rashid adalah sebahagian rancangan Proton untuk melonjakkan sasaran jualan kepada 10,000 unit sebulan, termasuk memasarkan jenama Proton supaya seiring dengan usaha teknologi yang giat dibangunkan syarikat automotif nasional itu.

“Proton sudah buat pelbagai perubahan teknologi dan Abdul Rashid dilantik ke sana untuk menguarkan mesej mengenai teknologi terbaru mereka,” kata Madani lagi.

Bulan lalu, CEO Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali memberitahu Proton bakal mengumumkan rakan kongsi strategik pada awal April ini, di mana tiga syarikat asing sudah disenarai pendek yang difahamkan sebagai Geely, PSA dan Renault SA.

SUMBER: TheStar

Abdul Rashid Musa CEO Institut Automotif Malaysia Datuk Ahmad Fuaad Kenali Datuk Madani Sahari Geely Holdings Ltd Institut Automotif Malaysia (MAI) Proton Proton Holdings Bhd PSA Group rakan strategik Proton rakan teknikal Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.