Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Geely Cari Calon Sesuai untuk Jawatan Pengerusi Proton?
Auto Terkini

Geely Cari Calon Sesuai untuk Jawatan Pengerusi Proton?

Abang GYLBy Abang GYL07/08/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

pandu uji proton saga 2016ZHEJIANG Geely Holding Group (Geely) kini dilaporkan sedang mencari calon sesuai bagi dilantik sebagai Pengerusi Proton.

Menurut laporan Berita Harian, gergasi automotif dari China itu buat masa ini masih belum menemui calon sesuai walaupun ada spekulasi menyatakan tokoh permotoran terkenal, Li Chun Rong bakal mengisi jawatan berkenaan.

Sebagai makluman, Chun Rong sekarang memegang jawatan Pengarah dan Timbalan Pengurus Besar Eksekutif Dongfeng Honda Engine Company.

Pada 23 Jun lalu, Geely sah menjadi rakan strategik (FSP) Proton apabila memperoleh 49.9 peratus pegangan saham.

BACA >>> Trivia Geely – Gergasi Automotif China – yang Perlu Anda Tahu

proton geelyPembelian saham itu membolehkan Proton mendapat akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah jenama Geely selain berpeluang menembusi pasaran sedia ada di China, termasuk pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara (Asean).

Tambah laporan Berita Harian itu lagi, Geely mempunyai hak untuk menentukan dua jawatan utama dalam Proton berdasarkan penjanjian FSP berkenaan.

Berdasarkan perjanjian, Geely akan mengawal operasi Proton manakala Lembaga Pengarah pula masih di bawah DRB-Hicom. Calon bagi mengisi dua jawatan utama itu juga tidak semestinya dari CHina atau mana-mana negara luar kerana mereka turut boleh mengekalkan pengurusan sedia ada.

BACA >>> Adakah Ini SUV Pertama Keluaran Proton? Jika Ya, Mesti Laku Keras!

Geely Boyue MalaysiaJika ditanyakan kepada PanduLaju, secara peribadi kami tidak mempunyai sebarang masalah siapakah di sebalik hero yang bakal memimpin Proton semula ke landasan tepat. Tidak kira siapa, kami mahu zaman kegemilangan Proton kembali.

Lihat saja bagaimana Geely membeli Volvo dan menaikkan semula reputasi jenama automobil dari Sweden itu di pasaran antarabangsa.

Tak kira siapa jadi Pengerusi Proton, kami mahu jenama ini dikenali ramai dan paling penting boleh menguntungkan pengeluar automotif nasional itu.

BACA >>> 7 Fakta Positif Ini Mungkin Buat Anda Tidak Risau Jika Proton Milik Asing?

DRB-Hicom Geely Geely cari pengerusi proton pengerusi proton Zhejiang Geely Holding Group
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Volkswagen Rancang ‘Rehatkan’ Sehingga 100,000 Pekerja, Tutup Empat Kilang di Jerman

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Vespa Edizione Ottantesimo, Unit Terhad 80 Tahun, Enjin 310 HPE Berkuasa Tinggi

    30/06/2026
    Auto Terkini

    General Tire Perkukuh Kedudukan di Malaysia, Disokong Peluasan Kilang Continental di Thailand

    30/06/2026
    Auto Terkini

    Kia PV5 WAV Mula Khidmat Teksi Mesra Kerusi Roda di Seoul, Pernah Dipamerkan di KLIMS

    30/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.