Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Foto Proton Persona (2019) Facelift Didedahkan, Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’!
Roda4

Foto Proton Persona (2019) Facelift Didedahkan, Siap Ada Arahan Suara ‘Hi Proton’!

Abang GYLBy Abang GYL25/02/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS Iriz, kini giliran Proton Persona (2019) facelift pula didedahkan. Bakal dilancarkan tidak lama lagi, sedan subkompak itu bakal tampil dengan rekabentuk lebih sporty, segar dah menarik.

Sama seperti Iriz, Persona (2019) facelift jelas kelihatan beberapa perubahan ketara, terutama dari segi rekabentuk luaran. Antaranya, bentuk kemasan gril depan diilhamkan daripada ‘Ethereal Bow’  (Busur Awang-Awang) yang diperkenalkan kali pertama pada model X70, manakala gril radiator menggunakan paten ‘Infinity Weave’ (Sulaman Infiniti) yang bakal menjadi signatur baharu Proton.

Persona (2019) facelift turut didatangkan dengan rekabentuk lampu kabus LED baharu yang membuat penampilan sedan ini lebih elegan, dan begitu juga bentuk bampar depan baharu.

Bampar belakang tampil ringkas dan sporty , tiada lagi lencana Proton, sebaliknya digantikan perkataan ‘P R O T O N’, seperti tertera pada X70 dan Iriz facelift. Model dipertingkat ini juga dipasangkan rekaan rim aloi 15-inci baharu, manakala  antena ditukar daripada bentuk konvensional kepada jenis sirip yu.

BACA >>> Toyota Yaris Sah Masuk Malaysia Tahun Ini, Mampukah Cabar Perodua Myvi?

 

Lebih menarik, unit infotaiment Persona (2019) facelift diberikan nafas baharu menerusi paparan skrin berwarna yang dibangunkan Proton dan ECARX dengan ciri konektiviti, termasuk fungsi arahan suara ‘Hi Proton’, sama seperti X70. Ini sedan segmen-B pertama Proton yang memiliki ciri sedemikian.

Ada juga pedal gear baharu yang sama seperti X70, manakala kerusi turut diperbaharui dengan fabrik bertekstur. Maklumat lengkap mengenai unit infotainment baharu Persona (2019) facelift akan didedahkan Proton menjelang tarikh pelancaran kelak.

Macam mana, lawa tak Persona (2019) facelift ni?

BACA >>> #PanduUji: Proton X70 yang Bukan Bishe Bishe

 

Proton Proton Persona Proton Persona (2019) Facelift Roda4 Sedan sedan segmen-B sedan subkompak subkompak Sugmen-B
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    07/07/2026
    KGM Musso Rhino di UK
    Trak dan Lori

    Trak Pikap Musso Kembali! KGM Motors UK Perkenal Musso Rhino, Musso Rhino+ 2027

    08/07/2026

    4 Comments

    1. Eisya on 22/03/2019 11:41

      Bila launching persona 2019?

      Reply
      • ABG GYL on 22/03/2019 12:40

        Dalam masa terdekat kata Proton

        Reply
      • HasanHisamudin Bin Ahmad on 09/04/2019 11:04

        Bila tarikh pelancaran sebenar sebab saya sudah lama tunggu utk beli sebuah.

        Reply
    2. nor on 04/04/2019 10:59

      berapa haribulan nak launch …

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.