Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Foto, Maklumat Awal Kia Telluride 2027 Didedahkan Sebelum Debut LAAS 2025
Roda4

Foto, Maklumat Awal Kia Telluride 2027 Didedahkan Sebelum Debut LAAS 2025

Abang HirataBy Abang Hirata12/11/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kia Telluride X Pro 2027

SEBELUM dilancar secara rasmi, Kia terlebih dahulu berkongsi sejumlah gambar dan maklumat awal model kenderaan utiliti sukan (SUV) 8-kerusi, Kia Telluride 2027.

Sejak muncul enam tahun lalu, Telluride dikenali kerana berjaya mengimbangi kemewahan dengan keupayaan lasak. SUV saiz pertengahan generasi kedua itu nampaknya tampil lebih gah dan menghangatkan lagi perang rupa depan yang menonjol.

Telluride serba baharu akan diperkenal secara rasmi pada Pameran Auto Los Angeles (LAAS) 2025 akhir bulan ini dan dijangka tiba di bilik pameran Amerika Syarikat (AS) suku pertama 2026.

Kia Telluride 2027
Kia Telluride X Pro 2027

Evolusi Rekabentuk, Dimensi

Kia Telluride 2027 dibangunkan berdasarkan warisan kejayaan generasi pertama dengan matlamat untuk mengekalkan DNA rekabentuk sambil meningkatkan keterampilan dan kecanggihan.

Hasilnya ialah Telluride dengan evolusi lebih ketara, lebih berani dan kekal dengan bentuk bersegi dan berkotak. Model generasi kedua 2.3 inci (58.42mm) lebih panjang, dengan jarak roda yang bertambah hampir 3 inci (76.2mm), dan peningkatan ketinggian 1 inci (25.4mm).

Peningkatan dimensi itu menyumbang kepada pakej dalaman lebih baik, akses lebih mudah ke barisan tempat duduk kedua dan ketiga, serta peningkatan ruang kepala hingga lebih setengah inci (12.7mm) untuk model dengan bumbung suria. Rekabentuk luaran berpandukan falsafah global Kia, ‘Opposites United’ yang menggabungkan kekuatan dengan keanggunan.

Rekabentuk Luaran

Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
  • Rupa depan menampilkan bonet lebar dan lampu depan vertikal sebagai frem gril kilatan tinggi, yang memberikan wajah\ berwibawa dan canggih
  • Ciri signatur cahaya menegak daripada model asal kini diperkukuh dengan penggunaan pada rupa depan
  • Jalur vertikal LED kembar menjadi frem gril dan membawakan grafik pencahayaan Star Map Kia baharu, bersama lampu siang (DRL) warna ambar (kuning jingga)
  • Garisan sisi ke atas memberikan ilusi kenderaan lebih tinggi, yang menyerlahkan postur SUV gagah dan atletik

Kia Telluride 2027

  • Perincian unik seperti takuk pada fender, dan hendal pintu rata seperti EV6 dan EV9
  • Dari belakang, garis tali pinggang yang menaik dan bampar berbentuk menekankan kehadiran yang teguh dan bersedia untuk laluan lasak
  • Bahagian belakang turut menarik perhatian kerana rekaan lampu belakang vertikal mengingatkan kepada sebuah SUV tersohor dari Inggeris
  • Warna baharu seperti Black Jade Green (hijau) dan Terrain Brown (coklat) tersedia dalam kemasan kilat dan kusam

Telluride X-Pro

Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027

Varian itu menampilkan grebang roda, cermin sisi, trim garis tali pinggang dan pilar-D hitam.

Ia dilengkapi rel bumbung yang dinaikkan, bampar bawah hitam lebih bersegi, tayar semua rupa bumi (AT) dan jarak tinggi bumi 9.1 inci (231mm). Cangkuk tunda depan dan belakang dijadikan ciri standard, yang menekankan karakter dan kegunaan lasak.

Ciri unik X-Pro ialah lampu tanah Ground Lighting baharu, yang memancarkan cahaya lembut dari cermin pandang belakang, di bawah pintu dan bampar belakang.

Rim dalam pelbagai saiz (18, 20 dan 21 inci) dengan kemasan kontras turut ditawarkan, manakala varian X mempunyai jejari lebih tebal.

Kabin, Kemasan Premium

Kia Telluride 2027

Kabin Kia Telluride 2027 direka sebagai ruang teknologi tinggi yang luas dan selesa, dengan susun atur horizontal lebar.

Diilhamkan konsep Grandioso (keanggunan hebat, tetapi terkawal), bahagian kabin menggunakan palet warna yang kaya dan perincian sentuhan.

Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
  • Rekabentuk Dalaman: Permukaan yang selaras bentuk alam semula jadi dan tekstur ala kayu menyuntik aura selesa serta asli. Aksen logam sebenar menonjolkan ketepatan dan kelebaran serta pemegang hendal lasak membawa gaya rugged
  • Ruang Kargo: Boleh dikonfigurasi, meja bagasi lipat dengan pembaris terbina dalam dan sekatan (partition) boleh tanggal. Ciri itu diilhamkan daripada pengembaraan luar
  • Warna dan Kemasan (CMF): Palet warna dalaman termasuk kombinasi berani seperti Deep Navy dengan Tuscan Umber, dan warna taruhan baharu, Blackberry digandingkan dengan Sand Beige

Pilihan Enjin

Kia Telluride 2027
Kia Telluride X Pro 2027

Kia belum mengesahkan secara rasmi, tetapi media automotif antarabangsa menjangka Kia Telluride 2027 akan berkongsi pilihan enjin baharu dengan model Hyundai Palisade yang berasaskan platform sama.

  • Enjin V6 Petrol (GDI): V6 3.5L dengan anggaran kuasa 287hp
  • Sistem Hibrid (T-GDi HEV): Hibrid 4-silinder 2.5L Turbo, dengan anggaran kuasa gabungan 329hp
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kia Telluride X Pro 2027
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kia Kia Telluride Kia Telluride 2027 Kia Telluride X-Pro Roda4 SUV saiz pertengahan SUV segmen-D
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Roda4

    Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

    08/07/2026
    Roda4

    Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

    08/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.