Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford Ranger Raptor Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini, Tempahan Dibuka Sekarang!
Auto Terkini

Ford Ranger Raptor Masuk Malaysia Hujung Tahun Ini, Tempahan Dibuka Sekarang!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MELIHAT laman web rasmi Ford Malaysia ketika ini, jelas tertera imej Ranger Raptor dengan tertulis perkataan ‘RANGER RAPTOR COMING SOON’ (Ranger Raptor Akan Datang). Jadi, sudah terang lagi bersuluh model trak pikap itu bakal tiba ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Khabarnya, sekitar hujung tahun ini!

Sebaik saja memasuki laman utama Ranger Raptor, Ford Malaysia memperkenalkan trak pikap itu dengan sebaris ayat ‘Ini bukan trak. Ini ialah Ranger Raptor’. Pelikkan?
Menurut Ford, Ranger Raptor dibangunkan khusus untuk pasaran Asia dan bukan versi dipertingkat daripada mana-mana model.  Kenderaan ini sememangnya dihasilkan khas untuk meredah apa saja rupa bumi. Kepada mereka yang berminat, model ini kini boleh ditempah menerusi laman web Ford Malaysia.

Apa tunggu lagi? Pecahkan tabungan sekarang!

Tiada harga didedahkan. Bagaimanapun, di negara jiran Thailand, Ranger Raptor dijual pada harga RM210,000. Jadi, ramalan harga diramalkan tidak jauh berbeza dengan Malaysia. Wow!

BACA >>> 5 Fakta Pantas | Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand

Ranger Raptor dirombak secara besar-besaran daripada Ranger T6, dan dibekalkan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel berkuasa 210hp dan tork 500Nm dengan padanan kotak gear automatik 10-kelajuan yang menawarkan nisbah gear lebih lancar selain menambah baik aspek pecutan dan respon kuasa. Anjakan transmisi juga lebih pantas.

Dimensi Ranger Raptor memiliki 1,873mm tinggi, 2,180mm lebar dan 5,398mm panjang. Lebar trek tayar depan dan belakang ialah 1,710 mm (lebih lebar 150mm berbanding Ranger), manakala jarak tinggi tanah, 283mm.

Rekabentuk luaran trak pikap ini diserlahkan menerusi penampilan gril depan hitam dengan frem unik yang tertera huruf FORD besar. Liang udara pada lampu kabus LED berfungsi mengurangkan rintangan angin ketika memecut lagi. Kerusi semi-bucket direka untuk keselesaan pemanduan off-road, manakala ruang kabin diberikan kemasan trim benang biru di beberapa bahagian.

Bersedia?

GALERI
4WD 4x4 Ford Ford Malaysia Ford Ranger Ford Ranger Raptor Roda4 Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    Bukan Puspakom Sahaja Boleh Periksa Kenderaan, JPJ Buka Lapan Pusat Pemeriksaan Baharu Tukar Nama Kereta

    26/05/2026
    Kementerian Pengangkutan rasmi membukan lapan cawangan Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) sebagai alternatif kepada Puspakom
    Auto Terkini

    MOT Lulus Lapan Cawangan PPKM Baharu Bagi Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan

    26/05/2026
    Passport dan MyKad wahaj baharu akan diperkenal dalam enam bulan
    Auto Terkini

    Pengeluaran Pasport Baharu Malaysia Ditunda, Tarikh Baru Diumum Kemudian

    26/05/2026
    Auto Terkini

    Lebih 150,000 Kenderaan Dijangka Guna WCE Sempena Aidiladha Dan Cuti Panjang

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.