Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»5 Fakta Pantas Tentang Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand
Auto Terkini

5 Fakta Pantas Tentang Ford Ranger Raptor (2018), Debut di Thailand

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Ranger Raptor (2018) baru saja didedahkan di Thailand yang terkenal sebagai lokasi hab pengeluaran terbesar bagi trak pikap saiz pertengahan seperti Ranger. Malah Negara Gajah Putih itu turut menjadi tempat kelahiran model baharu tersebut, yang boleh dianggap sebagai adik kepada F-150 Raptor dan lebih premium berbanding Ranger.

Berikut 5 fakta pantas tentang Ford Ranger Raptor (2018) yang perlu anda tahu:

1. PRESTASI OFF-ROAD LEBIH LASAK, LANCAR

Model ini dirombak secara besar-besaran daripada Ranger T6, dan dibekalkan enjin 2.0L Bi-Turbo diesel berkuasa 210hp dan tork 500Nm. Padanan kotak gear automatik 10-kelajuan menawarkan nisbah gear lebih lancar selain menambah baik aspek pecutan dan respon kuasa, manakala anjakan transmisi jadi lebih pantas.

Sistem transmisi trak pikap itu juga dimuatkan sistem anjakan gear adaptif serba baharu yang membolehkan transmisi ditukar tepat pada masanya. Pedal syif dijadikan ciri standard bagi memudahkan pemanduan manual.

2. TAYAR DAN SISTEM BREK

Bahagian roda Ranger Raptor dipasangkan rim aloi rekaan khas, Raptor 17-inci dan dibalut tayar all-terrain BF Goodrich 285/70 R17. Sistem pembrekan menggunakan brek cakera 332mm dengan kaliper brek 2-piston di depan, dan brek cakera 332mm dengan kaliper master di belakang.

3. CIRI OFF-ROAD DIPERTINGKAT

Bampar belakang disepadukan bar tunda dan dua lubang cangkuk (recovery hook) dengan kekuatan 3.8 tan bersama kapasiti tundaan 2.5 tan. Bagi memastikan bahagian bawah kereta kekal lasak, Ford meletakkan plat bash daripada keluli kekuatan tinggi setebal 2.3mm berserta plat gelincir (skid plate) dan kotak pindah (transfer case) bagi melindungi radiator. Ciri lain diberikan ialah Stereng Bantuan Kuasa Elektronik (EPAS), sistem Pacuan Aksesori Depan (Front End Accessory Drive – FEAD), cross-member depan, takung enjin (engine sump) dan diferensial depan.

4. PENAMPILAN AGRESIF

Dari segi dimensi, Ranger Raptor memiliki ketinggian 1,873mm, lebar (2,180mm) dan panjang (5,398mm). Lebar trek tayar depan dan belakang ialah 1,710 mm (lebih lebar 150mm berbanding Ranger), manakala jarak tinggi tanah, 283mm.

Rekabentuk luaran trak pikap ini diserlahkan menerusi penampilan gril depan hitam dengan frem unik yang tertera huruf FORD besar. Liang udara pada lampu kabus LED berfungsi mengurangkan rintangan angin ketika memecut lagi. Kerusi semi-bucket pula direka untuk keselesaan pemanduan off-road, manakala ruang kabin diberikan kemasan trim benang biru di beberapa bahagian.

Ada 6 pilihan warna ditawarkan:

  • Lightning Blue (biru)
  • Race Red (merah)
  • Shadow Black (hitam)
  • Frozen White (putih)
  • Conquer Grey (kelabu).
  • Blue Oval (biru) – warna baharu

5. TEKNOLOGI PEMANDUAN CANGGIH

Ranger Raptor (2018) menawarkan Sistem Pengurusan Rupa Bumi atau Terrain Management Sistem (TMS) dengan 6 mod pemanduan yang terbahagi kepada dua opsyen utama.

Opsyen pertama ada 2 mod: Normal dan Sport, manakala opsyen kedua terbahagi kepada 6 mod off-road: Grass | Gravel | Snow, Mud | Sand, Rock dan Baja.

Di tengah papan pemuka ialah paparan skrin sentuh 8-inci dengan SYNC 3, dengan monitor kamera undur, manakala ciri bantuan keselamatan dilengkapi Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Treler Lengkuk (TSC), Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC) dan Kawalan Adaptif Beban (LAC).

Bilakah model ini akan tiba di Malaysia? Apakah akan dibawa masuk ke Malaysia?

GALERI
4x4 Ford Ford F-150 Raptor Ford Malaysia Ford Ranger Ford Ranger Raptor (2018) pickup truck Ranger Ranger Raptor Roda4 SIME Darby Auto Connexion (SDAC) Thailand Trak pikap
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026

    1 Comment

    1. Man on 08/02/2018 21:11

      Kalau aku beli raptor ni, mesti org ingat aku bawak hilux.. asal pikap double cab je panggil hilux..

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.