Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ford Ranger (2022) Generasi Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM108k!
Auto Terkini

Ford Ranger (2022) Generasi Baharu Lancar di Malaysia, Harga Mula RM108k!

ShawkathBy Shawkath22/07/2022
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FORD Motor Company (Ford Motor) bersama Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan siri trak pikap generasi baharu Ford Ranger ke pasaran Malaysia dengan banyak penambahbaikan ciri.

Ada tujuh varian ditawarkan, terdiri daripada XL, XLT, XLT Plus dan WildTrak. Malah SDAC dan Ford Motor turut membuat kejutan mempamerkan Ranger Raptor (varian ketujuh) secara acah sebelum model itu dialihkan ke belakang pentas pelancaran.

BACA >>> Ford Ranger Raptor (2022) Buka Tempahan di UK, Harga Mula RM316k!

Berikut perincian Ranger (2022):

VARIAN

Ada tujuh varian dengan dua pilihan trenkuasa 2.0L diperkenalkan bersama dua jenis transmisi untuk pasaran Malaysia:

  • Ranger XL – dua varian 2.0L XL AT (automatik) dan Ranger 2.0L XL MT (manual)
  • Ranger XLT – dua varian 2.0L XLT AT dan 2.0L XLT MT
  • Ranger XLT Plus – satu varian 2.0L AT
  • WildTrak – satu varian 2.0L AT
  • Raptor –  Tiba suku keempat tahun ini (foto bawah)

HARGA

  • XL MT: RM108,888
  • XL AT: RM113,888
  • XLT MT: RM124,888
  • XLT AT: RM129,888
  • XLT Plus: RM142,888
  • WildTrak: RM168,888

* Harga atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia. Harga Sabah, Sarawak dan Labuan boleh didapati di laman web SDAC Ford.

BACA >>> SDAC Buka Tempahan Ford Ranger (2022) Serba Baharu yang Lebih Canggih, Hebat!

WARNA 

  • Menampilkan dua pilihan warna menarik: Sedona Orange dan Luxe Yellow untuk varian Wildtrak.
  • Warna sedia ada lain ialah Arctic White, Meteor Grey, Aluminium Metallic, Lightning Blue dan Absolute Black (mengikut varian).

TRENKUASA

Ada dua jenis enjin dan transmisi ditawarkan seperti berikut:

Enjin
  • Diesel (I4) 1,996cc pencegas turbo tunggal dengan sistem suntikan terus Commonrail berkuasa 167.7hp @ 3,500rpm dan tork 405Nm @ 1,750-2,500rpm. – semua varian XL dan XLT
  • Diesel (I4) 1,996cc pencegas turbo kembar dengan sistem suntikan terus Commonrail berkuasa 207hp @ 3,750rpm dan tork 500Nm @ 1,750-2,000rpm. – varian XLT Plus dan WildTrak
Transmisi
  • Manual 6-kelajuan dengan Electronic Shift-on-the-Fly (ESOF) – varian XL MT dan XLT MT
  • Automatik 6-kelajuan dengan SelectShift ESOF – varian XL AT dan XLT AT
  • Automatik 10-kelajuan dengan SelectShi ESOF – varian WildTrak dan XLT Plus

BACA >>> 6 Ciri Menarik Trak Pikap EV Ford F-150 Lightning, Boleh Jadi Generator Rumah!

REKABENTUK

  • Ranger generasi baharu dikatakan trak pikap terbaik pernah dihasilkan Ford untuk memenuhi keperluan pelanggan.
  • Tarikan utama bahagian depan ialah lampu utama bentuk C yang kini dipasangkan lampu matriks (varian WildTrak) dengan fungsi lampu suluh tinggi automatik (AHB).
  • Gril depan menampikan rekabentuk baharu dengan garis badan halus untuk menyerlahkan imej trak pikap yang solid.
  • Bahagian depan ditala untuk menyalurkan lebih banyak udara ke radiator bagi membantu mengurangkan suhu panas.
  • Jarak roda ditambah 50mm berbanding model terdahulu yang membantu meningkatkan kestabilan atas jalan raya biasa dan off-road.
  • Sudut depan (approach angle) dipertingkat daripada 28.5º kepada 30º, sudut lepas (departure angle) di belakang dinaikkan daripada 21º kepada 23º
  • Posisi suspensi belakang dianjak keluar dari rel kerangka untuk pemanduan dan kawalan lebih baik, terutama ketika membawa muatan berat.
  • Ada dua cangkuk khas dipasangkan bahagian bawah bampar depan untuk memudahkan kerja menunda kenderaan.
  • Ada pemijak khas sebelah roda belakang yang memudahkan pengguna mengakses kabin  untuk mengambil barangan di ruang kargo. Tidak perlu lagi memijak tayar atau naik ke atas buat untuk ambil barang.
  • Ruang katil but (bed) ditambah baik dengan sistem pengurusan, termasuk pembahagi untuk memegang muatan kecil seperti batang kayu lapis dan kotak.

BACA >>> Ford Patenkan Kotak Gear Manual Baharu, Boleh Tukar Gear Tanpa Guna Pedal Klac

MOD PEMANDUAN

  • Ranger kini didatangkan 6 atau 4 mod pilihan mengikut varian.
  • Empat mod standard semua varian ialah Normal, Eco, Tow/Haul dan Slippery untuk kegunaan atas jalan raya.
  • Dua mode lain: Mud/Ruts dan Sand dikhaskan untuk pemanduan off-road bagi varian WildTrak.
Kegunaan Mod
  • Normal: pemanduan harian
  • Eco: memaksimumkan penjimatan bahan api
  • Tow/Haul: hantaran tork low-end lebih banyak
  • Slippery: mengurangkan insiden roda menggelincir
  • Mud/Ruts: memaksimumkan cengkaman tayar
  • Sand: mengoptimum hantaran kuasa

Setiap mod akan mengubah aspek penggearan, respons terotel, kawalan stabiliti, data cengkaman, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan beberapa aspek lain.

KABIN

  • Ruang kabin lebih minimalis dengan gaya mirip sedan premium dengan material lembut soft-touch.
  • Ada skrin unit infotainmen besar dalam kabin dalam anggaran saiz 10.1-inci atau 12-inci di tengah papan pemuka berbentuk vertikal.
  • Skrin memaparkan semua maklumat, sistem infotainmen dan komunikasi SYNC 4A dengan ciri pengaktifan suara.
  • Susun atur butang kawalan mod pemanduan lama daripada papan pemuka hingga berdekatan tombol gear dipindah masuk dalam sistem SYNC.

  • Pemandu hanya perlu menekan butang untuk akses ke skrin khas yang menempatkan semua mod pemanduan dan off-road.
  • Ciri baharu ini membolehkan pemandu memantau sistem pacuan, sudut pemanduan, tahap bunyi kenderaan (NVH) dan sudut pergerakan selain aspek kawalan lain.
  • Varian tertinggi, WildTrak mendapat bonus seperti paparan kamera 360º yang disepadukan skrin sama untuk memudahkan parkir dan boleh zum untuk melihat objek berhampiran.
  • Ada tempat menyimpan telefon pintar untuk XLT Plus atau WildTrak yang digunakan sebagai pengecas wayarles.
    Ruang simpanan sedia ada seperti poket saiz besar disediakan untuk simpanan lebih banyak.

KESELAMATAN DIPERTINGKAT

  • WildTrak dilengkapi fungsi Evasive Steer Assist, pertama dalam segmen trak pikap yang membantu mengelak insiden perlanggara secara berdepan (jika pemandu gagal membrek).
  • Wildtrak dan XLT Plus diberikan sistem Brek Pra-Perlanggaran (PCB) dengan mengaktifkan brek selepas perlanggaran bagi mengurangkan risiko pertembungan kali kedua.
  • Wildtrak dilengkapkan ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) dengan fungsi Henti Mula (Start-Stop), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan Bantuan Brek Undur. (RBA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB) untuk Wildtrak dan XLT Plus dipertingkat untuk mengesan pengayuh basikal dan pejalan kaki.
Ford Malaysia Ford Ranger (2022) Ranger Raptor 2022 Roda4 SIME Darby Auto Connexion (SDAC) Trak pikap
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

UPSI, Proton Teroka Kerjasama Strategik Perkasa Ekosistem BEV Nasional

25/02/2026
Auto Terkini

Chery Serah Tiggo Cross HEV kepada Pemenang Cabutan Bertuah!

25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

25/02/2026
Pesawat pejuang F-16 milik Tentera Udara Turkiye
Auto Terkini

F-16 Turkiye Terhempas Penerbangan Malam, Juruterbang Maut

25/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.