Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Fikir Untung, Guna Komponen Kualiti Rendah Punca Skuter Elektrik Terbakar di India
Auto Terkini

Fikir Untung, Guna Komponen Kualiti Rendah Punca Skuter Elektrik Terbakar di India

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ADA sekurang-kurangnya 22 syarikat pemula (start-up) di India yang menawarkan produk motosikal elektrik kepada pelanggan di negara itu.

Bagaimanapun, bukan semua firma start-up memiliki sokongan pembiayaan kukuh, kepakaran dan kecekapan pembuatan serta amalan etika tinggi dalam menghasilkan sesebuah produk automobil di India.

BACA >>> Warga Emas Maut Skuter EV Meletup dalam Rumah di India, Kualiti Bateri China Diragui?
BACA >>> Lagi Kes Maut Akibat Bateri Skuter Elektrik Meletup di India

Situasi menjadi lebih buruk apabila tiada garis panduan khusus dalam bidang teknologi kenderaan elektrik (EV), termasuk campur tangan Kerajaan, sekali gus menyebabkan kewujudan pengeluar yang cenderung memikirkan keuntungan semata-mata. Perkara itu terdedah dalam beberapa siri kebakaran motosikal EV di banyak tempat di India, termasuk kes yang meragut nyawa. Khabarnya, kecuaian dan sikap lepas pandang itu sudah mula berubah.

Menteri Pengangkutan dan Lebuh Raya India, Nitin Gadkari kini mengarahkan Pusat Keselamatan Alam Sekitar, Letupan dan Kebakaran (CFEES) untuk menyiasat siri kebakaran membabitkan skuter elektrik.

LIMA FIRMA EV DISIASAT

Ada lima syarikat terpalit dalam kes kebakaran EV dan ancaman bahaya di India, iaitu Pure EV, Boom Motors, Ola Electric, Jitendra EV dan Okinawa Autotech.

Pihak Berkuasa Pelindungan Konsumer Pusat (CCPA) di bawah Kementerian Hal Ehwal Kesatuan Pengguna awal bulan ini menghantar notis undang-undang kepada dua pengeluar skuter EV, Pure EV dan Boom Motors. Notis itu menuntut dua syarikat berkenaan memberikan penjelasan mengenai isu produk terbakar (merujuk kes April lalu).

BACA >>> Kes Skuter Elektrik Terbakar di India: Sel, Modul Bateri Jadi Punca?
BACA >>> Kes Kebakaran: India Minta Pengeluar Tangguh Lancar Skuter, Motor EV Tahun Ini

Notis sama turut dihantar kepada Ola Electric, Jitendra EV dan Okinawa Autotech.

CFEES di bawah Pertubuhan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan (DRDO) menjalankan siasatan dengan penyertaan Institut Sains India di Bengaluru. Siasatan bersama itu membabitkan pemeriksaan semua kes kebakaran EV seluruh India yang mana hasil laporan mengejutkan banyak pihak.

Berdasarkan laporan siasatan, DRDO mendakwa setiap kes EV terbakar, pengeluar mungkin menggunakan material binaan murah dan berkualiti rendah hingga menyebabkan sel dan modul bateri rosak. Kementerian dikatakan mengarahkan wakil Pure EV, Boom Motors, Ola Electric, Jitendra EV dan Okinawa Autotech datang  memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

Kerajaan India dilaporkan akan mengeluarkan garis panduan mengenai kualiti kepada semua pengeluar EV.

BACA >>> Geram Rosak Selepas 6 Hari, Pemilik Heret Skuter Elektrik dengan Keldai Pusing Bandar
BACA >>> Bukan 120km, Tapi Boleh Tunggang 44km Saja, Pemilik Nekad Bakar Skuter Elektrik
BACA >>> Kes Bateri Terbakar: Ola Electric Panggil Balik 1,441 Skuter Elektrik di India
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Boleh Terbakar Selepas Kemalangan?
BACA >>> Segala Tentang ‘Panggil Balik’ (Recall) yang Perlu Anda Tahu

SUMBER: RushLane

autoterkini Boom Motors Isu Skuter Terbakar Jitendra EV Kenderaan Elektrik (EV) Okinawa Autotech Ola Electric Pure EV roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Yamaha Quality Service Kini Miliki Lebih 300 Pusat Servis, Rangkaian Terbesar di Malaysia

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.