Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!
Roda4

Ferrari SP51 Ini Dibuat Seunit Sahaja, Khas untuk Pelanggan di Taiwan!

Abang HirataBy Abang Hirata06/10/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


APA boleh anda buat jika mahukan sebuah kereta luar biasa atau tidak mahu ia sama seperti model lain atau sedia ada? Tempah saja kereta khas mengikut kesukaan sendiri.

Perkara sebegini bukan aneh kerana objek sebesar kapal persiaran pun boleh ditempah khas. Tambahan pula, kereta moden hari ini sudah menjadi objek pelaburan. Asalkan ada duit, semua jadi!

BACA >>> Ferrari SP48 Unica – Tempahan Khas untuk Pelanggan Setia Ferrari, Cuma Satu Unit di Dunia
BACA >>> Selepas Debut 2011, Lamborghini Aventador Kini Tamat Pengeluaran

Satu contoh terbaharu, ialah Ferrari SP51 yang direka khas untuk pelanggan setia di Taiwan, yang juga seorang pengumpul kereta jenama mewah itu. Ferrari sebenarnya ada menawarkan program Special Projects untuk menghasilkan model unik Ferrari atau One-Offs yang dibuat mengikut kehendak pelanggan. Projek sebelum ini ialah SP48 Unica yang juga pernah kami laporkan.

SP51 direka Pusat Gaya Ferrari, diketuai Flavio Manzoni dengan gaya segar dan sensasi, tetapi masih lagi dalam sempadan identiti Ferrari. Ibarat model massa Ferrari, tetapi untuk seorang sahaja.

Model edisi khas ini dibina daripada platform 812 GTS Spider (tanpa bumbung, foto atas) dengan enjin V12 di depan. 812 GTS diperkenal pada September 2019 dan memasuki pasaran tempatan pada Mei 2020 pada harga bermula RM1.54 juta.

Jadi, asas platform yang digunakan sudah sedia menarik dan diserlahkan lagi pada SP51. Berikut adalah ciri-ciri SP51:

  • Direka tanpa bumbung sebagai roadster tulen.
  • Proses aerodinamik dibuat teliti melibatkan simulasi CFD (Perkomputeran Dinamik Bendalir), terowong angin dan ujian dinamik.
  • Proses itu dibuat bagi memastikan keselesaan dalam kabin dan memiliki standard sama dari segi keselesaan akustik dan fiil angin seperti 812 GTS.
  • Gaya badan menyerlah dan harmoni dengan permukaan maskulin dan beralun.
  • Tiga lapis warna Rosso Passionale, iaitu warna khas untuk SP51 dengan gaya elegan dan kekuasaan.
  • Grafik biru-putih yang diilhamkan daripada 410 S (1955).

  • Aksen biru-putih turut diguna dalam kabin dengan membawa gaya klasik di sebalik kemeriahan warna merah.
  • Komponen rekaan khas seperti lampu depan dan roda yang mempunyai sirip gentian karbon pada setiap bilah.
  • Bahagian belakang lebih agresif berbanding 812 GTS.
  • Dua terowong di belakang dengan sayap gentian karbon yang nampak seperti model Targa.

  • Sayap berfungsi menyembunyikan palang antioleng dan pernah digunakan pada model Sports Prototypes Ferrari awal 1960-an.
  • Warna Rosso Passionale untuk Alcantara dalam kabin.
  • Kemasan Kvadrat dengan sulaman putih pada panel pintu dan bawah papan pemuka.

Jika berminat, setiap projek One-Offs mengambil masa sekitar dua tahun. Walaupun lama, anda dapat memiliki sebuah Ferrari yang hanya ada satu di dunia.

Tetapi siapa peminat Ferrari dari Taiwan itu?

BACA >>> Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan
BACA >>> Bapa Ferrari F40, Nicola Materazzi Meninggal Dunia pada Usia 83 Tahun

Ferrari Ferrari 812 GTS Ferrari 812 GTS Spider Ferrari SP51 Ferrari Special Projects Flavio Manzoni Roda4 Supercar
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    10/07/2026
    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

    10/07/2026
    Jaecoo J5 EV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Jaecoo J5 EV 2027 Debut di Malaysia – EV Pertama Omoda | Jaecoo dengan Jarak Pandu 402km

    09/07/2026
    McLaren 788HS 2027
    Roda4

    Model Penutup Era Supercar, McLaren 788HS 2027 Diperkenal Hanya 200 Unit,

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.