Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

Abang HirataBy Abang Hirata10/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

FERRARI mendedahkan reka bentuk dalaman dan antara muka model elektrik penuh pertama mereka yang dinamakan sebagai Ferrari Luce.

Terdahulu, jentera ini dikenali dengan kod nama Elettrica semasa pendedahan teknologi pada Oktober 2025.

Nama Luce yang bermaksud cahaya dalam bahasa Itali melambangkan fasa matang teknologi Ferrari yang menggabungkan prestasi ekstrem dengan emosi pemanduan tulen.

Melalui model ini Ferrari memperkenalkan strategi penamaan baharu bagi segmen elektrik mereka yang bakal menjadi mercu tanda penting dalam sejarah jenama Prancing Horse.

Kerjasama Kreatif LoveFrom dan Visi Sir Jony Ive

Reka bentuk ruang dalaman dan antara muka Ferrari Luce adalah hasil kerjasama selama lima tahun bersama LoveFrom yang diterajui oleh pereka Sir Jony Ive dan Marc Newson.

Fokus utama kerjasama ini adalah untuk memanusiakan teknologi elektrik melalui rekaan yang kemas dan intuitif.

LoveFrom diberi kebebasan kreatif sepenuhnya untuk menerapkan bahasa reka bentuk baharu ini ke dalam pengalaman pemanduan Ferrari yang sebenar.

Trenkuasa Elettrica & Teknologi Pengecasan

Menerusi pendedahan maklumat teknikal sebelum ini, Elettrica membuktikan keupayaan kejuruteraan Ferrari dalam era elektrik penuh.

Sistem Pacuan Semua Roda (AWD) Bebas

  • Elettrica menggunakan dua gandar elektrik bebas yang dibangunkan sepenuhnya oleh Ferrari untuk agihan kuasa yang lebih dinamik.
  • Gandar Hadapan: Menghasilkan kuasa 210 kW (285 ps) dengan tork pada roda sebanyak 3,500 Nm dan putaran motor sehingga 30,000 rpm.
  • Gandar Belakang: Menghasilkan kuasa 620 kW (843 ps) dengan tork pada roda sebanyak 8,000 Nm dan putaran motor sehingga 25,500 rpm.

Prestasi Luar Biasa

  • Kuasa keseluruhan mencecah lebih 1,000 cv/ps dalam mod boost.
  • Pecutan 0-100 km/j hanya dalam 2.5 saat dengan kelajuan maksimum 310 km/j.

Sistem Bateri Struktural 122 kWj

  • Mengandungi 210 sel (15 modul) dengan kapasiti kasar 122 kWj.
  • Reka bentuk bateri diintegrasikan terus ke dalam casis sebagai elemen struktural, sekali gus merendahkan pusat graviti sebanyak 80 mm berbanding model enjin pembakaran dalaman konvensional.
  • Menawarkan jarak pemanduan melebihi 530 km.

Kecekapan Tenaga & Inverter

  • Kawalan kuasa diuruskan oleh inverter Ferrari Power Pack dengan modul silikon karbida yang memastikan tahap kecekapan tenaga sehingga 93% pada tahap kuasa puncak.

Teknologi Pengecasan Pantas 880V

  • Menggunakan sistem voltan tinggi 880V yang membolehkan pengecasan pantas (DC) sehingga 350 kW untuk meminimumkan waktu menunggu.

Bahagian Dalaman Ferrari Luce

Sistem Kawalan Fizikal (Bukan Skrin Sentuh Sahaja)

  • Ferrari mengutamakan butang mekanikal dan suis fizikal berbanding trend skrin sentuh besar kereta elektrik sekarang.
  • Rekaan ini diinspirasikan daripada jentera Formula Satu dan kereta sport klasik untuk memudahkan pemandu mengawal fungsi penting tanpa hilang fokus.

Stereng Warisan Nardi

  • Reka bentuk tiga jejari merupakan penghormatan kepada stereng kayu Nardi yang ikonik daripada tahun 1950-an.
  • Ia diperbuat daripada 100 peratus aluminium kitar semula yang terdiri daripada 19 bahagian berbeza.
  • Hasilnya, stereng ini 400 gram lebih ringan daripada stereng Ferrari biasa tetapi sangat kuat.

Kunci Kaca Corning Gorilla dan Paparan E Ink

  • Kunci unik ini diperbuat daripada Kaca Corning Gorilla yang sangat tahan lasak dan kalis calar.
  • Ia menggunakan teknologi E Ink (pertama seumpamanya dalam automotif) yang membolehkan kunci berubah warna daripada kuning kepada hitam apabila dimasukkan ke tempat kunci di konsol tengah.

Paparan Skrin 3D Samsung Display

  • Panel instrumen dipasang terus pada tiang stereng supaya ia bergerak seiring dengan pelarasan stereng.
  • Menggunakan dua lapisan skrin OLED daripada Samsung Display yang bertindih untuk menghasilkan kesan tiga dimensi (3D) yang sangat mendalam dan tajam.

Panel Kawalan Boleh Laras dan Palm Rest

  • Panel kawalan utama dipasang pada tapak boleh laras (ball-and-socket joint) yang membolehkan skrin dilaras mengikut keselesaan pemandu atau penumpang.
  • Terdapat juga palm rest (tempat letak tapak tangan) supaya tangan lebih stabil dan selesa semasa menggunakan kawalan tanpa perlu melihat skrin.

Jam Mekanikal Pintar (Multigraph)

  • Satu karya agung mikro-kejuruteraan yang mempunyai tiga motor bebas untuk menggerakkan jarum aluminium secara automatik.
  • Jarum ini boleh berubah fungsi menjadi empat mod; jam, kronograf (jam randuk), kompas dan kawalan mula pandu (launch control).

Grafik Inspirasi Helikopter, Veglia dan Jaeger

  • Rupa bentuk nombor dan grafik pada skrin diilhamkan daripada paparan meter klasik Veglia dan Jaeger tahun 1950-an, serta panel kawalan helikopter.
  • Bertujuan supaya maklumat jelas dan boleh dibaca dengan sekali pandang, sama seperti melihat jam tangan mewah.

Teknologi Laser

  • Simbol pada penukar gear kaca diukir menggunakan teknologi laser.
  • Lubang ukiran tersebut adalah sekecil separuh daripada saiz sehelai rambut manusia bagi memastikan dakwat grafik nampak sangat sempurna dan seragam.

Pelancaran Global

Selepas pendedahan teknologi casis pada 2025 dan reka bentuk dalaman pada Februari 2026, Ferrari akan melengkapkan kitaran pelancaran ini dengan fasa ketiga iaitu pendedahan bentuk luaran yang dijadualkan berlangsung di Itali pada Mei 2026.

Ferrari Luce

Ferrari Elettrica

EV Ferrari Ferrari Elettrica Ferrari Luce
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.