Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!
Roda4

Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!

FarahBy Farah28/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGIMPORT dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia, Naza Italia hari ini memperkenalkan model terbaharu Ferrari 296 GTB ke pasaran tempatan pada harga asas bermula RM1,228,000, tidak termasuk duti import, pakej kustom, cukai dan insurans.

Nama model itu diambil sempena sesaran enjin, 2.9L dan jumlah silinder, manakala akronim ‘GTB’ bermaksud ‘Gran Turismo Berlinetta’ dengan jumlah sebenar sesaran 2,992 cc.

BACA >>> Ferrari 488 GTB (2015) – RM1,068,800
BACA >>> Lelaki Kongsi Kos Baiki Lamborghini Sama Harga Myvi AV, Siap Bayar Tunai!

Supercar dengan engin V6 itu ialah model Ferrari yang memiliki jarak roda lebih pendek 50mm berbanding model Berlinetta, 2600mm. Berikut adalah perincian 296 GTB:

TRENKUASA

  • Dijana trenkuasa hibrid plug-in (PHEV), terdiri daripada enjin pembakaran dalaman V6, 2992cc yang dipadankan seunit motor elektrik.
  • Model V6 pertama dipasangkan pada Ferrari moden selepas Ferrari Dino yang pernah diperkenalkan pada 1957.
  • Enjin pembakaran dalaman menghasilkan kuasa 653hp dan tork 740Nm @ 6,250 rpm, manakala kombinasi enjin konvensional dan motor elektrik meledakkan kuasa maksimum mencecah 818hp.
  • Walaupun secara visual nampak kompak berbanding model lain, tetapi kotak gear sama dengan SF90 Spider, iaitu dual klac (DCT) 8-kelajuan F1.
  • Pecutan 0-100kmj boleh dicapai sepantas 2.9 saat, manakala pecutan 0-200kmj hanya 7.3 saat.
  • Keupayaan membrek dari 200 ke 0kmj hanya memerlukan jarak 107 meter sahaja.
  • Kelajuan maksimum 330kmj.

MOD PEMANDUAN

  • Ada empat mod pemanduan ditawarkan:
    • eDrive: enjin pembakaran dalaman (ICE) dimatikan dan bergantung sepenuhnya kepada motor elektrik gandar depan. Setiap kali bateri dicas penuh, supercar ini dapat dipandu hingga 25km dalam halaju hingga 135kmj.
    • Hybrid: Tetapan untuk memaksimumkan sepenuhnya kecekapan trenkuasa. Sistem kawalan komputer autonomi akan menentukan sama ada ICE bergerak aktif atau dimatikan. Aliran kuasa motor elektrik pula dihadkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
    • Performance: ICE berfungsi mengawal kecekapan bateri untuk memberikan kuasa sepenuhnya kepada pemandu.
    • Qualify: Membolehkan jentera mencapai kuasa maksimum dan pada masa sama mengurangkan kadar mengecas semula bateri.

REKABENTUK

  • Rekabentuk luaran mengambil ilham jentera lumba Ferrari 250LM yang pernah diperkenalkan pada 1963.
  • Walaupun nampak kompak dan rendah berbanding model Ferrari lain, tetapi menampilkan rekabentuk digandingkan lampu depan dengan rekaan tirus  yang menonjolkan imej elegan dan eksklusif.
  • Rim 20 inci dibalut tayar 245/35 ZR (depan) dan 305/35 ZR (belakang). Sistem brek menggunakan brek cakera 398mm (depan), 360mm (belakang).

KABIN

  • Ruang dalaman menggunakan ambien sama seperti SF90 Stradale menerusi instrumen digital penuh dengan dua paparan TFT pada kluster instrumen multi-info dan unit infotainmen skrin sentuh di tengah papan pemuka
  • Dilengkapi ciri konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.

JAMINAN SERVIS 7 TAHUN

  • Setiap pembelian dipakejkan bersama program servis tujuh tahun, yang juga ditawarkan kepada pembeli Ferrari terpakai.
  • Penyenggaraan berkala melibatkan jarak pemanduan 20,000km, atau sekali setahun tanpa had perbatuan, alat ganti tulen dan pemeriksaan rapi daripada staf terlatih dari Pusat Latihan Ferrari di Maranello dengan menggunakan alatan diagnostik termoden.

BACA>>>  #Spyshot: Bocor Model SUV Ferrari Pertama di Kilang?
BACA>>> Ferrari Daytona SP3 dengan Enjin Paling Berkuasa Pernah Dihasilkan

Enjin V6 Ferrari Ferrari 296 GTB Ferrari 296 GTB (2022) ferrari lancar kereta baharu Naza Italia Roda4 Supercar
Farah

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BRABUS Bodo Rasmi Diperkenal Secara Global, Hanya Ada 77 Unit Seluruh Dunia!

    18/05/2026
    Mercedes Autohaus Kuantan
    Auto Terkini

    Pusat 4S Mercedes-Benz Terbesar di Pantai Timur, Asbenz Stern Autohaus Lancar di Kuantan

    18/05/2026
    Vision BMW ALPINA
    Roda4

    Vision BMW Alpina 2026 Gabung Elemen Garang, Elegan Sebagai Era Baharu Bawah BMW Group

    19/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    18/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.