Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016 & Trak Pikap Konsep Proton Di Karnival ‘ALAMI PROTON’
Auto Terkini

Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016 & Trak Pikap Konsep Proton Di Karnival ‘ALAMI PROTON’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/10/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-05

NAK tengok Proton Perdana 2016 dan trak pikap concept (Proton Pickup Concept) secara langsung? Jika ya, apa kata kunjungi Karnival ‘ALAMI PROTON’ di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam bermula hari ini sehingga esok (4 Oktober 2015).

Bukan itu saja, anda turut berpeluang melihat dengan lebih dekat Proton Perdana edisi limousine (Perdana-Accord) yang digunakan oleh Perdana Menteri dan Menteri kabinet yang lain.

Berikut adalah beberapa fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Proton Perdana 2016, Proton Pickup Concept dan Proton Perdana fasa pertama yang kini digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana 2016-pandulajudotcom-07

PROTON PERDANA 2016

Seperti mana yang anda tahu, Proton Perdana 2016 sudahpun membuat kemunculannya dalam filem Kapsul.

Kami difahamkan, ia hanyalah model prototaip dan sudah menerima beberapa lagi perubahan. Tetapi model yang dipamerkan semasa Karnival ‘ALAMI PROTON’ adalah Proton Perdana 2016 yang sebenarnya. Malangnya, ia masih ‘berselimut’ dan kami masih belum berpeluang menyaksikannya secara live.

Walau bagaimana, kami dimaklumkan Proton Perdana 2016 akan menggunakan enjin Honda Accord. Bagi fasa kedua pula, kemungkinan Proton akan menggunakan enjin keluarannya sendiri.

Dari segi saiz, Proton Perdana 2016 adalah lebih panjang iaitu 4,999mm berbanding model Accord generasi ke-8 yang hanya memiliki panjang 4,849mm.

Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-01

PROTON PICKUP CONCEPT

Apa yang mengejutkan kami, Proton turut menyediakan model konsep trak pikap. Dari segi rekaan, sememangnya ia mampu membuatkan sesiapa saja teruja melihatnya.

Untuk makluman juga, ini adalah model pertama trak pikap keluaran Proton setelah 30 tahun berada di pasaran Malaysia.

Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-07

Kami dimaklumkan model konsep trak pikap ini menggunakan platform Proton Exora. Dari segi rekaan, ia mungkin diilhamkan menerusi model Ford F-150 Raptor. Manakala rekaan belakang pula menyerupai model SsangYong Actyon Sports.

Apa komen anda dengan rekaan trak pikap konsep ini? Mesti melelehkan air liur?

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-10

PROTON PERDANA-ACCORD

Biarpun sedikit kecewa tidak dapat melihat Proton Perdana 2016, namun ia sedikit terubat apabila diberi peluang melihat dengan lebih dekat lagi model Proton Perdana-Accord (hasil jalinan kerjasama bersama Honda) edisi limousine.

Untuk makluman, model Perdana-Accord yang dipamerkan adalah milik Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah menerima beberapa suntikan dan pembaharuan mengikut kehendak Tun.

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-06

Model yang sama juga turut diguna pakai oleh Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri buat masa ini. Berbeza dengan lain, Proton Perdana edisi limousine ini adalah 32 inci lebih panjang berbanding hanya 18 inci yang digunakan oleh Menteri kabinet.

Bagi anda yang datang Karnival ‘ALAMI PROTON’ 2015, saya yakin anda pasti tidak akan menyesal. Tambahan, bukan senang nak tengok model edisi terhad sebegini secara dekat.

DRB-Hicom Karnival Alami Proton 2015 Proton Proton Perdana 2016 Proton Perdana Limousine Proton Pickup Concept Tun Dr. Mahathir Mohamad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.