• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016 & Trak Pikap Konsep Proton Di Karnival 'ALAMI PROTON'

Fakta Menarik Mengenai Proton Perdana 2016 & Trak Pikap Konsep Proton Di Karnival 'ALAMI PROTON'

October 3, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-05

NAK tengok Proton Perdana 2016 dan trak pikap concept (Proton Pickup Concept) secara langsung? Jika ya, apa kata kunjungi Karnival 'ALAMI PROTON' di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam bermula hari ini sehingga esok (4 Oktober 2015).

Bukan itu saja, anda turut berpeluang melihat dengan lebih dekat Proton Perdana edisi limousine (Perdana-Accord) yang digunakan oleh Perdana Menteri dan Menteri kabinet yang lain.

Berikut adalah beberapa fakta menarik yang anda perlu tahu mengenai Proton Perdana 2016, Proton Pickup Concept dan Proton Perdana fasa pertama yang kini digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan.

Proton Perdana 2016-pandulajudotcom-07

PROTON PERDANA 2016

Seperti mana yang anda tahu, Proton Perdana 2016 sudahpun membuat kemunculannya dalam filem Kapsul.

Kami difahamkan, ia hanyalah model prototaip dan sudah menerima beberapa lagi perubahan. Tetapi model yang dipamerkan semasa Karnival 'ALAMI PROTON' adalah Proton Perdana 2016 yang sebenarnya. Malangnya, ia masih 'berselimut' dan kami masih belum berpeluang menyaksikannya secara live.

Walau bagaimana, kami dimaklumkan Proton Perdana 2016 akan menggunakan enjin Honda Accord. Bagi fasa kedua pula, kemungkinan Proton akan menggunakan enjin keluarannya sendiri.

Dari segi saiz, Proton Perdana 2016 adalah lebih panjang iaitu 4,999mm berbanding model Accord generasi ke-8 yang hanya memiliki panjang 4,849mm.

Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-01

PROTON PICKUP CONCEPT

Apa yang mengejutkan kami, Proton turut menyediakan model konsep trak pikap. Dari segi rekaan, sememangnya ia mampu membuatkan sesiapa saja teruja melihatnya.

Untuk makluman juga, ini adalah model pertama trak pikap keluaran Proton setelah 30 tahun berada di pasaran Malaysia.

Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-07

Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-07
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-08
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-05
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-04
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-02

Kami dimaklumkan model konsep trak pikap ini menggunakan platform Proton Exora. Dari segi rekaan, ia mungkin diilhamkan menerusi model Ford F-150 Raptor. Manakala rekaan belakang pula menyerupai model SsangYong Actyon Sports.

Apa komen anda dengan rekaan trak pikap konsep ini? Mesti melelehkan air liur?

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-10

PROTON PERDANA-ACCORD

Biarpun sedikit kecewa tidak dapat melihat Proton Perdana 2016, namun ia sedikit terubat apabila diberi peluang melihat dengan lebih dekat lagi model Proton Perdana-Accord (hasil jalinan kerjasama bersama Honda) edisi limousine.

Untuk makluman, model Perdana-Accord yang dipamerkan adalah milik Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah menerima beberapa suntikan dan pembaharuan mengikut kehendak Tun.

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-06

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-08
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-09
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-04
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-02
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-03

Model yang sama juga turut diguna pakai oleh Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri buat masa ini. Berbeza dengan lain, Proton Perdana edisi limousine ini adalah 32 inci lebih panjang berbanding hanya 18 inci yang digunakan oleh Menteri kabinet.

Bagi anda yang datang Karnival 'ALAMI PROTON' 2015, saya yakin anda pasti tidak akan menyesal. Tambahan, bukan senang nak tengok model edisi terhad sebegini secara dekat.

Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-12
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-11
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-10
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-09
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-08
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-07
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-06
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-05
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-04
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-03
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-02
Proton-Perdana-Accord-Pandulajudotcom-01
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-08
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-07
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-06
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-05
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-04
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-03
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-02
Proton Pickup Concept-pandulajudotcom-01

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: DRB-Hicom, Karnival Alami Proton 2015, Proton, Proton Perdana 2016, Proton Perdana Limousine, Proton Pickup Concept, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
    Kenapa Toyota Vios Masih Pilihan Bijak di Tengah Persaingan Jenama China di Malaysia?
  • #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
    #MAS2025: Modenas Perkenal Empat Model Baharu, dari EV Bandar ke Ninja kuasa Tinggi
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev