Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?
Autotainment

Fakta atau Auta: Benarkah Ekzos Bising Selamatkan Nyawa Penunggang?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju17/03/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BARU-baru ini tular luahan seorang pemilik ‘Waisuku’ yang disaman kerana ekzos bising. Katanya, ekzos bising adalah untuk keselamatan. Bagi sesetengah penunggang motosikal, kalau ekzos senyap, pengguna jalan raya lain tidak boleh perasan kelibat mereka.

Tidaklah dapat diketahui sama ada mereka benar-benar memasang ekzos bising demi keselamatan, atau sekadar alasan untuk berselindung di sebalik hobi modifikasi.

Polemik ekzos bising untuk keselamatan ini bukan isu Malaysia saja, tetapi sudah berstatus antarabangsa kerana dibincang penunggang motosikal seantero dunia. Jadi tidak timbul isu hal-hal ini hanya berlaku di Malaysia kerana banyak negara turut menguatkuasakan larangan ekzos bising.

BACA >>> Pemilik Waisuku Kena Saman: Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya
BACA >>> Ekzos Bising Lebih Selamat untuk 4 Situasi Ini, Setuju atau Tidak?

EKZOS BISING SELAMAT NYAWA?

Loud Pipes Don’t Save Lives”

Benarkah kenyataan di atas? Hujah dilontarkan nampak semacam boleh diterima akal dan logik juga. Namun, adakah benar ekzos bising (atau kuat) benar-benar mampu menyelamatkan nyawa penunggang? Adakah wujud bukti saintifik dan data teknikal yang menyokong kenyataan tersebut?

Menurut Institut Insurans untuk Keselamatan Lebuh Raya dan Institut Data Kematian Lebuh Raya (IIHS-HLDI), jumlah kematian penunggang pada 2014 adalah 27 kali ganda lebih tinggi daripada kematian pemandu kereta.  Ini bukanlah mengejutkan kerana angka kematian jalan raya Malaysia pun sama. Biasanya kes kematian kalangan penunggang adalah lebih tinggi daripada pengguna jalan raya lain.

Mengikut data didedahkan kajian keselamatan motosikal di Amerika Syarikat (AS), Hurt Report, 75 peratus kemalangan motosikal melibatkan perlanggaran dengan kenderaan lain, terutama kereta, yang mana sebab utama adalah pemandu gagal mengesan kelibat penunggang.

Kajian di New Zealand pula, 65.3 peratus daripada kes kemalangan dianalisis menunjukkan jenis pakaian penunggang tidak memberikan sebarang kesan yang mampu membuatkan pemandu menyedari kelibat penunggang.

KENAPA TIDAK PERASAN PENUNGGANG

Memang benar antara sebab kemalangan melibatkan penunggang adalah pemandu tidak nampak kehadiran mereka. Bagaimanapun, tiada kajian saintifik mengenai kaitan bunyi ekzos dan kelibat penunggang. Ini bermakna tiada bukti boleh digunakan untuk menyokong dakwaan ekzos bising adalah baik untuk keselamatan penunggang.

Namun, kita sebenarnya tidak perlukan bukti saintifik pun untuk membuktikannya. Ini kerana majoriti pemandu gemar mendengar muzik ketika memandu. Kewujudan radio dan teknologi strim lagu setiap kali kereta dihidupkan cukup membuatkan mereka tidak dapat mendengar bunyi-bunyian luar.

Apatah lagi kereta moden sekarang mempunyai sistem pengedap yang sangat baik hingga bunyi luar hampir tidak kedengaran. Itu belum mengambil kira situasi pemandu yang gemar menggunakan telefon bimbit ketika memandu dengan fon telinga sentiasa melekat di telinga.

Lagi, dalam situasi penunggang menyelit atau ‘mencilok’ pada halaju tinggi, penunggang perlu sedar hanya pejalan kaki yang menyedari kehadiran mereka. Jika menunggang pada halaju 150kmj, hampir mustahil kereta di depan dapat dengar dan perasan kelibat anda dan motosikal.

Faktanya, gelombang bunyi yang dilontarkan ekzos tidak berfungsi seperti siren ambulan, tetapi bergantung kepada perahan atau buka-tutup terotel. Dalam pemanduan sekata, deruman bunyi ekzos akan kedengaran senada dan konsisten, serta bukan berbunyi amaran kecemasan. Lebih penting, sistem bunyi keselamatan mesti dikombokan denga lampu amaran sebagai isyarat visual supaya pemandu nampak

Persoalan lainnya, bagaimanakah pengguna jalan raya lain hendak perasan kelibat kita, terutama ketika malam, sekiranya lampu motosikal pun tidak nampak walaupun dia mungkin mendengar deruman ekzos yang bising.

Apa hendak disampaikan di sini, agak tipis peluang nyawa penunggang motosikal dapat diselamatkan hanya dengan bunyi ekzos. Bunyi kuat mungkin boleh menarik perhatian, tetapi cara tunggangan, skil membrek dan komponen motosikal yang berfungsi sempurna adalah jauh lebih penting untuk keselamatan.

EKZOS BISING KACAU KETENTERAMAN?

Berapa ramai mat motor ekzos bising akan menunggang perlahan di kawasan perumahan?

Namun dalam isu sosial lain, ekzos bising terbukti mengganggu ketenteraman awam. Kita sendiri tahu sangat kurang mat motor yang betul-betul beretika dengan ekzos bising mereka. Selalu saja mereka sengaja memandu laju dan memerah ekzos di kawasan perumahan, termasuk saling berlawan bunyi. Maklumlah, apa guna ekzos kuat kalau tidak dapat mendengar ‘kesyahduan’ deruman bunyi.

Bagaimanapun, lebih baik jika mana-mana institut atau pihak berkuasa melakukan kajian tentang hal ini berikutan kekurangan data yang kita ada. Jika benar bunyi ekzos boleh memberi lebih keselamatan kepada penunggang, mungkin pihak berwajib boleh membuat garis panduan yang lebih jelas dan mudah difahami semua orang.

BACA >>> Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

SUMBER: riders.drivemag.com

ekzos ekzos bising Fakta atau Auta jalan raya jalanraya Motor motosikal Waisuku
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    09/07/2026
    Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

    09/07/2026
    Malaysia bakal jadi hab EV Asean
    Sembang Deras

    #SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

    08/07/2026
    Autotainment

    Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.