Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2019: Yamaha MT-125, MT-03 Muncul Secara Langsung di Itali
Roda2

#EICMA2019: Yamaha MT-125, MT-03 Muncul Secara Langsung di Itali

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju08/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEBELUM Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, Yamaha sudah terlebih dulu mendedahkan butiran spesifikasi mengenai MT-125 dan MT-03.

Asalnya diramalkan diperkenalkan di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, rupa-rupanya Yamaha memilih Itali sebagai destinasi pengenalan.

Mungkin kerana duo siri MT itu mensasarkan Eropah sebagai pasaran pembeli utama. Lagipun Eropah menetapkan had 125cc sebagai syarat jentera yang boleh ditunggang penunggang muda atau mereka yang baru mendapat lesen. Manakala pasaran popular di Asia, terutama Asean ialah model 150cc dan 250cc.

Apa yang menarik tentang dua model naked bike Yamaha itu:

BACA >>> Yamaha MT-125 (2020) Dilancarkan dengan Teknologi VVT, di Pasaran Disember Depan
BACA >>> Yamaha MT-03 (2020) Masuk Amerika Tahun Depan

1. YAMAHA MT-125

Rekabentuk Yamaha MT-125 (2020) diilhamkan daripada MT-15 yang dipacukan enjin silinder tunggal 124.7cc dengan teknologi injap pemasaaan Aktuasi Injap Variabel (VVA). Model patuh Euro 5 ini mampu menghasilkan kuasa 14.4hp @ 9,000rpm dan tork 12.4Nm @ 8,000rpm yang dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Model aras mula siri MT ini juga tampil dengan rupa depan garang dan lampu utama projektor LED. Ia juga menampilkan  rekabentuk tangki bahan api maskular dan seksyen ekor pendek.

MT-125 berkongsi panel instrumen LCD digital penuh dengan MT-15. Model spesifikasi Eropah ini menerima fork terbalik (USD) 41mm di depan dan swingarm tempa aluminium. Berita baiknya, walaupun syarat emisi ketat melibatkan perubahan dalaman, tetapi berat MT-15 dapat dikekalkan pada 140kg.

Antara ciri diubah adalah kapasiti tangki minyak, dikurangkan kepada 10 liter. MT-125 akan berada di pasaran pada Disember ini dengan pilihan warna Icon Blue dan Ice Fluo, berharga €4,799 (RM21,858).

BACA >>> Yamaha MT-15 (2019) Versi Bajet Lancar di India, Harga RM8k Sahaja!


2. YAMAHA MT-03 (2020)

Abangnya, MT-03 turut dipamerkan di reruai Yamaha selepas pra-pelancaran model tersebut, Oktober lalu menerusi siaran video acah. Enjin 321cc berkenaan menghasilkan kuasa 41.4hp @10,750rpm dan tork 29.6Nm @ 9,000rpm, manakala hantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi klac manual  6-kelajuan.

Beberapa perubahan yang dapat dikesan ialah lampu utama dan lampu signal LED baharu, terutama dwi lampu posisi. Versi 2020 kali ini dikatakan mendapat kemas kini pada keseluruhan komponen bermula fork terbalik (USD) 37mm dan suspensi belakang 573mm dan talaan monoshock baharu.

MT-03 turut menerima tangki baharu bersaiz 14 liter untuk  gaya lebih ramping di sisi. Pelana rendah dan bar hendal tinggi menawarkan posisi tunggangan ergonomik. Abang kepada MT-125 itu turut menerima paparan LCD baharu dengan rekaan multifungsi terkini.

MT-03 ditawarkan dalam warna: Ice Fluo, Icon Blue dan Midnight Black  pada harga €5,499 (RM25,046). 

BACA >>> Yamaha MT-25 (2019) Siap Sedia Serang Indonesia dengan Wajah Lebih Bengis!

EICMA 2019 Enjin Yamaha Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 Yamaha Yamaha Eropah Yamaha MT-03 (2020) Yamaha MT-125
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    ZXMoto Lancar 820RR-R Di China Dengan Harga Lebih Mampu Milik

    07/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    CFMoto Flagship Store G C Ann Motor Enterprise
    Auto Terkini

    G C Ann Motor Enterprise Dilantik CFMoto Flagship Store di Kuala Selangor

    07/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    Roda2

    Harley-Davidson Perkenal Koleksi Eksklusif Liberty Edition 2026 Di Kuala Lumpur

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.