• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha MT-125 (2020) Dilancarkan dengan Teknologi VVT, di Pasaran Disember Depan

Yamaha MT-125 (2020) Dilancarkan dengan Teknologi VVT, di Pasaran Disember Depan

October 17, 2019 By AI Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


YAMAHA nampaknya tidak sabar menunggu detik bermula Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019 untuk memperkenalkan dua model siri MT baharu - MT-125 selepas melancarkan MT-03 pada awal bulan ini.

Yamaha buat kali pertama menyiarkan video MT-125 dengan berkonsepkan permainan video yang jelas mensasarkan penunggang remaja sebagai pemilik siri MT paling bongsu itu.

Penampilan MT-125 dan abangnya MT-03 tidak banyak berbeza dan dapat dikesan menerusi lampu utama kembar dengan pod LED.

BACA >>> Yamaha MT-03 (2020) Masuk Amerika Tahun Depan

Enjin silinder tunggal 125cc dipadankan teknologi pemasa injap variabel (VVT) yang memenuhi standard emisi Euro 5. Kuasa dihasilkan masih sama, 14.7hp, tetapi tork sedikit turun daripada 12Nm kepada 11.5Nm. Transmisi klac manual 6-kelajuan kini dipakejkan bersama ciri klac bantuan dan sliper (A&S). Juga diberikan skrin TFT baharu.

Bahagian casis dikekalkan, tetapi generasi baharu ini sedikit besar dengan siluet panjang dan lebar. Berat badan masih sama, 140kg walaupun saiz berubah dengan mengorbankan kapasiti tangki. Talaan suspensi dan brek juga sama, masih fork terbalik (USD) 41mm dengan brek cakera 292mm di depan dan  swingarm berserta brek cakera 220mm (belakang).

MT-125 dijangka berada di pasaran Eropah pada Disember nanti. Bagaimanapun harga masih belum diumumkan.

BACA >>> Yamaha Dedah Foto Acah Naked Bike Baharu, Adakah MT-125 (2020)?
BACA >>> #Spyshot: Foto Prototaip Yamaha Tracer 125 Bocor

GALERI
YAMAHA MT-125_8
YAMAHA MT-125_10
YAMAHA MT-125_1
YAMAHA MT-125_2
YAMAHA MT-125_3
YAMAHA MT-125_4
YAMAHA MT-125_5
YAMAHA MT-125_6
YAMAHA MT-125_7
YAMAHA MT-125_9
YAMAHA MT-125_11
YAMAHA MT-125_12

SUMBER: RideApart

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MT-125, naked bike, roda2, Yamaha, Yamaha Eropah, Yamaha EU, Yamaha Europe, Yamaha MT-125

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my