Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#EICMA2019: Kymco RevoNEX Debut dengan Kelajuan 0-100kmj Sepantas 3.9 Saat!
Roda2

#EICMA2019: Kymco RevoNEX Debut dengan Kelajuan 0-100kmj Sepantas 3.9 Saat!

AryonBy Aryon09/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menyiarkan foto acah, Kymco RevoNEX akhirnya didedahkan kepada umum di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019. Sportbike elektrik itu direka dengan ciri mirip motosikal konvensional.

Namun, berbeza transmisi motosikal elektrik biasa yang menggunakan 1-kelajuan atau automatik seperti skuter, tetapi RevoNEX memperkenalkan kotak gear 6-kelajuan, siap dengan klac tangan. Betul-betul seperti motosikal petrol biasa.

BACA >>> Beginikah Bunyi Ekzos Superbike EV Kymco RevoNEX Nanti?

Menurut Kymco, sistem transmisi tersebut memberikan sensasi tunggangan seakan motosikal tulen, malah turut ditawarkan dengan pilihan tanpa klac. Juga dilengkapkan empat mod tunggangan:

  • Poised – Tunggangan senyap di kawasan kediaman
  • Assertive – Tunggangan dalam bandar
  • Bold – Tunggangan sport
  • Extreme – Tunggangan dalam trek

Setiap mod tunggangan yang dipilih akan terpapar pada skrin LCD TFT yang turut memaparkan maklumat navigasi.

Spesifikasi penuh RevoNEX belum didedahkan, tetapi menurut Kymco, sportbike EV ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.9 saat, manakala pecutan 0-205kmj, iaitu kelajuan maksimum, dapat dilakukan dalam masa 11.8 saat.

Seperkara menarik, RevoNEX turut menghasilkan deruman khas menerusi Motor Akustik Aktif (AAM) ketika menunggang yang juga berfungsi sebagai bunyi amaran kepada pejalan kaki. Ciri lain dibekalkan ialah suspensi boleh laras, dan dwi brek cakera Brembo di depan dan belakang, termasuk bantuan tunggangan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi dan Quickshifter.

BACA >>> Kymco RevoNex – Superbike Elektrik dengan Deruman Ekzos Bakal Debut di Milan

GALERI

 

e-Motosikal EICMA 2019 Kymco Kymco RevoNex motosikal elektrik Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 roda2 sportbike Sportbike Elektrik Sportbike EV
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.