• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2019: Kymco RevoNEX Debut dengan Kelajuan 0-100kmj Sepantas 3.9 Saat!

#EICMA2019: Kymco RevoNEX Debut dengan Kelajuan 0-100kmj Sepantas 3.9 Saat!

November 9, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS menyiarkan foto acah, Kymco RevoNEX akhirnya didedahkan kepada umum di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019. Sportbike elektrik itu direka dengan ciri mirip motosikal konvensional.

Namun, berbeza transmisi motosikal elektrik biasa yang menggunakan 1-kelajuan atau automatik seperti skuter, tetapi RevoNEX memperkenalkan kotak gear 6-kelajuan, siap dengan klac tangan. Betul-betul seperti motosikal petrol biasa.

BACA >>> Beginikah Bunyi Ekzos Superbike EV Kymco RevoNEX Nanti?

Menurut Kymco, sistem transmisi tersebut memberikan sensasi tunggangan seakan motosikal tulen, malah turut ditawarkan dengan pilihan tanpa klac. Juga dilengkapkan empat mod tunggangan:

  • Poised - Tunggangan senyap di kawasan kediaman
  • Assertive - Tunggangan dalam bandar
  • Bold - Tunggangan sport
  • Extreme - Tunggangan dalam trek

Setiap mod tunggangan yang dipilih akan terpapar pada skrin LCD TFT yang turut memaparkan maklumat navigasi.

Spesifikasi penuh RevoNEX belum didedahkan, tetapi menurut Kymco, sportbike EV ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 3.9 saat, manakala pecutan 0-205kmj, iaitu kelajuan maksimum, dapat dilakukan dalam masa 11.8 saat.

Seperkara menarik, RevoNEX turut menghasilkan deruman khas menerusi Motor Akustik Aktif (AAM) ketika menunggang yang juga berfungsi sebagai bunyi amaran kepada pejalan kaki. Ciri lain dibekalkan ialah suspensi boleh laras, dan dwi brek cakera Brembo di depan dan belakang, termasuk bantuan tunggangan seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Traksi dan Quickshifter.

BACA >>> Kymco RevoNex - Superbike Elektrik dengan Deruman Ekzos Bakal Debut di Milan

GALERI
kymco-revonex-eicma2019-25
kymco-revonex-eicma2019-2
kymco-revonex-eicma2019-8
kymco-revonex-eicma2019-9
kymco-revonex-eicma2019-11
kymco-revonex-eicma2019-10
kymco-revonex-eicma2019-1
kymco-revonex-eicma2019-16
kymco-revonex-eicma2019-13
kymco-revonex-eicma2019-14
kymco-revonex-eicma2019-15
kymco-revonex-eicma2019-12
kymco-revonex-eicma2019-27
kymco-revonex-eicma2019-22
kymco-revonex-eicma2019-19
kymco-revonex-eicma2019-5
kymco-revonex-eicma2019-21
kymco-revonex-eicma2019-26
kymco-revonex-eicma2019-23
kymco-revonex-eicma2019-20
kymco-revonex-eicma2019-3
kymco-revonex-eicma2019-4
kymco-revonex-eicma2019-18
kymco-revonex-eicma2019-6
kymco-revonex-eicma2019-7
kymco-revonex-eicma2019-24

 

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: e-Motosikal, EICMA 2019, Kymco, Kymco RevoNex, motosikal elektrik, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, roda2, sportbike, Sportbike Elektrik, Sportbike EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
    Lando: "Teksi Tak Basuh Macam Mana? Aku PANG Kau Kang! Bodoh Tak Pakai Otak!"
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my